Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya
sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR,
Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.
“Saya tak kenal. Kenapa buat
fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke?
Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.
“Setakat yang saya tahu urusan
pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian
Kewangan.
"Lebih baik hal ini
dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia,"
katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.(semalam)
Rafizi hari ini mendedahkan
identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu
adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.
Beliau berkata kontrak kepada
Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan
terus.
Mohd Salleh memiliki tiga
syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya
Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan
raya ke-13,
Kontroversi dakwat kekal
menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan
membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan
undi.
No comments:
Post a Comment