Thursday, 18 April 2013

Azmin Ali ; Bukti Pas Bukan Dominan Dalam Pakatan Rakyat

PKR akan bertanding di 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada 102 Parlimen, 64 adalah di Semenanjung, 21 (Sabah) dan 17 (Sarawak).

Azmin berkata, senarai calon sudah dimuktamadkan kecuali dua kerusi yang sedang dibincang dengan komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Kami jangka baki kerusi akan dimuktamadkan petang ini.

"Kami dalam proses mengadakan perundingan, mahu mencapai penyelesaian terbaik," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan watikah pelatikan calon PKR di sini hari ini.

Kira-kira 25 peratus calon berusia bawah 40 tahun. Seramai 30 peratus berumur antara 40 dan 50 tahun.

Menurut Azmin, calon termuda berusia 28 tahun iaitu Siti Aisyah Sheikh Ismail yang akan bertanding di Tambun.

Azmin berkata, calon yang terpilih 'bukan calon biasa' tetapi merupakan ejen perubahan kepada parti tersebut.

Katanya, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada calon yang terpilih secara tertutup.

Menurutnya, dalam taklimat tersebut Anwar menyatakan calon terpilih mestilah mencerminkan parti yang mempunyai potensi besar dan mempunyai masa depan pada PRU13.

Beliau berkata, calon yang dipilih tersebut juga telah dimuktamadkan kerana mempunyai semangat reformasi yang dipegang oleh PKR.

"Ketua Umum telah adakan perjumpaan tertutup dengan calon yang dipilih.

"Dan beliau memberi taklimat dan amanat kepada calon bahawa mereka bukan calon biasa tetapi agen perubahan, reformasi.

"Perwatakkan dan tindak tanduk mereka mestilah mencerminkan PKR sebuah parti yang ada potensi besar dan ada masa depan pada PRU13," katanya.

PSM ; PKR Tikam Belakang

S Arulchelvan
S Arulchelvan

SEMENYIH - Parti Sosialis Malaysia (PSM) terkilan dengan keputusan pimpinan tertinggi PKR menyingkirkan parti itu daripada persaingan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dun N24 itu.

Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, tindakan PKR ini seolah ‘membuli’ PSM yang kononnya kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi itu. 
Sebelum ini, PKR meminta PSM menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU13, setelah mengadakan rundingan parti itu bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR.

“Pada 13 April, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau ulangi pendirian ini dan berjanji tidak akan umum dua kerusi iaitu Kota Damansara  dan Semenyih ketika majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April lalu, kononnya bagi membolehkan perbincangan PSM berhubung penggunaan logo PKR.
“Bagaimanapun, pada 14 April, malangnya Datuk Seri Anwar telah umum Hamidi Hassan iaitu pembantu peribadi kepada Azmin Ali sebagai calon PKR di Dun Semenyih tetapi menangguh pengumuman untuk Dun Kota Damansara yang disandang Dr Nasir Hashim,” katanya semalam.
Menurut S Arulchelvan, permohonan mereka ditolak atas alasan bangsa, PKR mahu calon Melayu berada di posisi itu untuk singkirkan pesaing utama mereka iaitu Barisan Nasional (BN).

“PSM memang sokong PKR untuk tumbangkan BN dan bentuk kerajaan persekutuan tetapi dengan alasan ‘bangsa’ kami digulingkan begitu sahaja. Ini tidak adil dan tidak wajar.

“Tidak salah jika saya katakan ini tindakan ‘tikam belakang’. Mahu kami guna logo PKR, kami setuju tetapi ini pula alasan mereka singkirkan PSM,”katanya.

Wednesday, 17 April 2013

Sah DAP Proksi Singapura


bila kita kata dap itu sangat rasist, bukan main back up si macai pas.. sanggup menjadi pertahanan depan untuk dap tersayang tu, adakah macai sedar atau buat-buat tak sedar.. yang dap adalah proksi singapura.. apa macai pas dah lupa harga diri sampai sanggup jual maruah kerana kuasa... gila babi...

Jika kita perasan, pemimpin dan penchacai Pakatan, terutamanya DAP suka membandingkan Negara kita dengan Singapura. Kata mereka, Malaysia tidak semaju Singapura kerana diperintah oleh pemimpin Islam UMNO. Walhal, bukannya kita tidak tahu, perbandingan dengan Singapura dibuat kerana mereka begitu mengidamkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah lagi dinasti pemerintahan keluarga Lim.

Kecur air liur mereka membayangkan, sebuah negara sebesar Malaysia dapat mereka perhambakan rakyat majoritinya sambil menikmati hasil negara yang mewah untuk diagih-agihkan kepada kelompok kaum mereka sahaja. PRU-13 ini menjadi titik tolaknya kepada merealisasikan usaha ini jika orang Islam di negara ini terus menerus berpecah belah sesama sendiri.

Namun, benarkah dakwaan mereka yang orang Melayu tidak mampu menguruskan negara sendiri? Amatlah tidak adil jika membandingkan pentadbiran sebuah "bandar" seperti Singapura dengan sebuah negara luas yang mempunyai dua wilayah yang terpisah! Agak-agaknya, jika keluarga LIM dan LEE lihat bukti statistik di bawah ini, mahu demam mereka selama seminggu!

Jelas sekali UMNO dan BN berjaya mentadbir negara jauh lebih baik daripada negara "bandar" seperti Singapura. Hutang mereka DUA KALI ganda lebih banyak daripada Malaysia walaupun negara mereka jauh lebih kecil daripada negeri terkecil di Malaysia sendiri! Itupuh hutang untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Yang Singapura hutang banyak-banyak ini pula untuk apa, jika dasar subsidi untuk rakyat pun tiada?


Jadi, mengapa penyokong dan pemimpin Pakatan begitu ghairah membandingkan negara tercinta kita dengan jiran seberang tambak ini?


Patutlah mudah sahaja Ketua Umum Pakatan mahu menjual Sabah kepada pengganas Sulu, rupa-rupanya mereka ini semua bukan rakyat jati negara ini pun. Malah, rangkap kedua Lagu Negaraku pun mereka tidak boleh hayati kerana mereka ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Malaysia selama ini! Kalau sebelum ini, Pakatan begitu bersungguh menuduh UMNO akan menggunakan pengundi hantu (warga asing) untuk menang PRU ini, bagaimana pula dengan Pakatan yang pemimpin sendiri pun WARGA ASING?!!

Jika negara idola Pakatan pun tampak GAGAL diurus, apakah kita mahu "bereksperiman" dengan menyerahkan nasib dan masa depan anak-anak kita kepada warga-warga asing ini?


sumber my massa

Ular Gergasi Berjaya Ditangkap di Laut Merah, Mesir

 
Seekor ular gergasi yang menakjubkan telah dijumpai di Laut Merah dimana telah mengorbankan seramai 320 orang pelancong dan 125 penyelam dari Mesir.

Ular ini telah berjaya dibunuh oleh sepasukan saintis profesional elit Mesir dan penyelam bertauliah. 

Nama-nama ahli sains yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut ialah: Dr. Karim Mohammed, Dr. Mohammed Sharif, Dr.Mr.Sea,Pelajar Dr.Mahmoud dan Dr.Mazen Al-Rashidi

. Manakala nama-nama penyelam yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut diketuai oleh Ahmed, Abdullah Karim,Knight seorang nelayan, Wael Mohammed, Mohammed Haridi,Alvajuma seorang pakar lembing, Mahmoud Shafik,kumpulan Sharif.

 Bangkai ular tersebut telah dipindahkan ke dalam bilik simpanan haiwan antarabangsa di Sharm El Sheikh Mesir.

DS Nizar ; PR Menang Besar??

 
Ini angan-angan atau nak sedapkan hati penyokong & pemimpin PR?? Atau ini sebagai perang psikologi terhadap kempen PRU 13 ini??
 
Apa kah indikator yang digunakan oleh DS Nizar dalam membuat penghujahan dengan mengemukakan carta seperti di atas?? Tapi apa pun yakin dan pastilah bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui atas tiap sesuatu. Kalau Allah tak izinkan PR memerintah, ianya tak akan terjadi
 
Kita bagi aje lah sokongan kepada DS Nizar mengeluarkan kenyataan yang dimahukan.. Sebab kita tahu, DS Nizar ni memang terkenal dengan meroyan nya.. 

Chu Jui Meng Bagai Orang Gila Kempunan Jawatan Ahli Parlimen



Tindakan Rakyat meletakkan Datuk Chua Jui Meng di kawasan Parlimen Segamat hanyalah sebagai tindakan belas kasihan selepas Pengerusi PKR Johor itu merajuk apabila kerusi yang diidamkannya iaitu  Gelang Patah dirampas DAP dengan meletakkan Lim Kit Siang.
 
Malah beliau juga selepas pengumuman Kit Siang bertanding di Gelang Patah dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meghilangkan diri selepas bertikam lidah dengan Pengerusi DAP Dr Boo Cheng Hau berebut Gelang Patah. Amat menyedihkan apabila Jui Meng juga mengeluarkan kenyataan secara terbuka beliau tidak lagi "memiliki rumah" selepas segala usahanya di Gelang Patah dicantas begitu sahaja oleh Kit Siang.
 
Atas dasar itulah PR memberikan kerusi Segamat untuk ditandinginya, bukan kerusi Gelang Patah mahupun Bakri yang pernah diwakilinya sejak lima penggal sebelum menyertai PR. Umum menyedari Jui Meng meninggalkan MCA selepas kedudukannya sebagai Naib Presiden dicabar dalam pemilihan parti yang menyaksikan beliau gugur.
 
Meletakkan Jui Meng di Segamat juga tidak menjanjikan kemenangan untuk PR kerana kawasan Dr S Subramaniam itu merupakan kubu kuat Barisan nasional (BN) dan banyak pihak melihat tindakan PR meletakkan Jui Meng di Segamat adalah untuk menamatkan karier politiknya.
Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri, Lee Ching Yong yang berkata, strategi meletakkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.
Lebih mengejutkan Jui Meng juga tidak kisah sekiranya kalah di Segamat dan hanya mahu bertanding kerana itu menunjukkan beliau hanya gilakan kedudukan dan pangkat. Beliau juga berkata PRU13 adalah medan terakhirnya dalam politik. Apa yang boleh dilaksanakan pemimpin pembangkang yang umum mengetahui akan bersara? Kosong! itulah perumpamaan paling tepat. Malaha, beliau juga dilihat sambil lewa dalam menerima kerusi berkenaan.
Jika beginilah sikap beliau, tidak seharusnya pengundi Segamat memilih beliau yang tamak kuasa dan kedudukan. Taktik Chua Jui Meng merajuk dan memekak berjaya juga akhirnya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Rakyat untuk Parlimen Segamat.  Ini juga membuktikan Pakatan Rakyat dipenuhi pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Chua Jui Meng.
Kenyataan beliau bahawa beliau tidak kisah samada menang atau kalah di Segamat jelas menunjukkan sikap beliau yang hanya mahukan kerusi dan jawatan sehingga sanggup timbulkan pertelingkahan bersama DAP.

Gelang Patah: Kit Siang Gelabah Nak Lawan Ghani Hingga Salahkan Tun M?

LKS

Lain benar bunyinya dari Lim Kit Siang kali ini. Dia tuduh Tun Dr. Mahathir sebagai “master mind” meletakkan calon BN menentangnya? Kenapa? Takut dengan percaturan BN itu? Dari mana pula fakta yang dia perolehi tentang dalang di sebalik pencalonan itu?
Sebagaimana maklum, Parlimen Gelang Patah yang bakal ditandingi Kit Siang itu merupakan kawasan yang memiliki majoriti kaum Cina. Dia sengaja mahu bertanding di situ kerana kaumnya ramai di situ selain dikatakan berniat untuk menerap sifat rasis di kalangan masyarakat Cina Johor.
Kaum Cina ramai disitu, bukan? Jadi apa yang perlu Kit Siang takut? Ghani yang menentangnya pula berbangsa Melayu, sudah tentulah Menteri Besar itu yang lebih sepatutnya “gentar” bertanding ditempat seperti itu, bukan?
Apakah Kit Siang fikir BN sengaja mahu mematikan karier Ghani di parlimen majoriti Cina?
Kit Siang perlu tahu bahawa budaya dan sentimen kaum Cina di Johor tidak bersifat “chauvinis” sepertinya. Kaum Cina di Johor bersatu padu dengan seluruh kaum yang ada di sana. Tidak ada sebarang sentimen perkauman di Johor melainkan Kit Siang yang cuba mencetusnya, bukan?
Siapa kata Tun M yang letakkan Ghani di Gelang Patah? Tun M sendiri pun tak tahu menahu tentang pencalonan calon-calon BN. Jadi bagaimana Kit Siang boleh buat cerita begitu? Nampak sangat mengalabah…
Kit Siang perlu tahu. Individu yang cuba menguburkan karier “antik”nya itu ialah sahabat “syaitan”nya, Anwar Ibrahim. Senang saja Anwar “letak umpan pada pancing”, kenapa pula Kit Siang boleh termakan “umpan” tersebut?
Mungkin Anwar tahu kerusi Parlimen Gelang Patah itu sememangnya kawasan ampuh BN. Tsunami melanda pada PRU ke-12 yang lalu, tapi BN di Parlimen Gelang Patah begitu konsisten menyumbang satu kerusi BN di Parlimen itu. Ternyata Kit Siang sudah termakan “jerangkap samar” Anwar…
Tarikh 5 Mei semakin hampir. Mana Kit Siang nak letak muka kalau menarik diri dari Gelang Patah pada saat-saat akhir? Kalau tarik diri, sudah tentu Kit Siang akan dituduh “tak ada telur”. Lawan sajalah dan insyaAllah tiada kerusi tertulis namanya di Dewan Rakyat penggal depan..