Tuesday, 27 January 2015

JAKIM, PERKIM dan Pusat Zakat... Tolong Laaa Peka


Tak tahu tang mana yang silapnya...
 
Tapi berdasarkan pengalaman penulis sendiri, memang terlalu banyak red-tape membabitkan pihak-pihak berkenaan yang sepatutnya diselesaikan dengan sebaik-baiknya bagi kemaslahatan ummat terutama sekali golongan mualaf. 
 
Tak guna bercakap hebat tentang KEJAYAAN PUNGUTAN ZAKAT tetapi asnaf-asnaf berkaitan, terlalu daif dan adakalanya dinafikan hak mereka. 
 
Media sosial sekarang, seharusnya menjadi sumber maklumat terbaik untuk pihak-pihak berkenaan mempertingkatkan khidmat serta tanggungjawab mereka. Bukan menjadikan pendedahan menerusi media sosial sebagai permasalahan ego!
 
Mohon diambil tindakan dari pihak-pihak berkaitan!
 
Tq The Flying Kick

Saturday, 24 January 2015

Konspirasi Dalam PASma


Sehingga ke hari ini, Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang bermusuh dengan Timbalannya (atau bekas timbalannya?), dan sekarang ini cukup terkenal kerana menjadi sebuah Presiden sebuah parti di dalam parti bergelar PASMA, masih enggan melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PAS.

Biarpun sudah dikenen berulang-ulang kali oleh Presiden PAS sendiri, namun Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang bersekutu kuat dengan Nasir Mustafa, ADUN PAS bagi DUN Kubang Rotan yang sama-sama membenci Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah (RUJUK DI SINI) tetap buat muka selamba dan mahu terus berada di dalam PAS.

Phahrolrazi Zawawi bersama konco-konconya telah bertemu Lim Guan Eng baru-baru ini di Komtar bagi membincangkan suatu bentuk kerjasama antara DAP-PKR dengan PASMA seandainya PAS ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia bukan pakatan rahsia lagi. Malah apabila Anthony Loke memarahi Hadi Awang kerana isu Pilihanraya Perbandaran yang disifatkan oleh Hadi Awang sebagai cubaan mewujudkan semula krisis perkauman terbesar selepas 1969, semakin jelas ke mana hala tuju Phahrolrazi dan PASMA.

Dalam banyak hal, apabila melibatkan konflik antara DAP dengan PAS, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi akan berpihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Malah Phahrolrazi juga melebih-lebihkan Anwar Ibrahim berbanding Hadi Awang, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang terlantar keuzuran.

Sudah ada desakan dari dalam PAS sendiri agar sesiapa sahaja yang terlibat dengan PASMA, disingkirkan dari parti itu. Namun kepimpinan utama PAS juga sedar, seandainya langkah tersebut diambil, maka PAS akan menjadi parti tercorot memandangkan hampir tiga suku daripada populasinya dalam DUN dan Parlimen akan bertukar menjadi DAP walaupun wujud mereka sekadar Biro Islam dalam parti chauvinist yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim?

Apatah lagi kenyataan Phahrolrazi sendiri bahawa PASMA akan bergerak sebagai sebuah parti politik yang akan bersama-sama DAP sekiranya PAS memilih untuk keluar dari Pakatan Rakyat, sudah cukup untuk membuatkan kita mengukur setebal manakah kulit muka Phahrolrazi yang masih tidak juga keluar dari PAS di mana dia mempunyai jawatan sekarang. (RUJUK SINI)

Nik Abduh Semakin Di Benci DAP


Cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan penanda aras kepada demokrasi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menyokong kenyataan presiden PAS, anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meneruskan pertelagahan secara terbuka dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Adakah pilihan raya PBT aras kemajuan dalam demokrasi negara?

"Atau ia sekadar memenangi impian golongan bergelar ekstremis demokrasi?” kata ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

Beliau berkata dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek. (SUMBER)

Tq The Flying Kick

Senarai Penghinaan Terhadap Islam

 
Pada 25 Oktober 2005 Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Pusat) mengatakan dalam parlimen bahawa AZAN SUBUH MENGGANGU MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAP HINA AZAN!

Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!

Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.

Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.

Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok. Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia. Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.

Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan. Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.

Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa. Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut. Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan. Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.

Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!

Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua. DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.

Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.
 
Tq Buliten Sengal

Kenapa Pilihan Raya Perbandaran Tak Di Benarkan??

 
14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan memutuskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP, tidak boleh mengadakan pilihanraya perbandaran sepertimana yang sedang dikempenkan oleh DAP sekarang ini.
Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak berkuasa untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan. 
Hakim Tan Sri Raus Sharif yang mengetuai panel lima anggota berkata negeri tidak ada kuasa secara unilateral menggantung peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya tersebut. 
"Pengecualian itu juga bertentangan dengan dasar negara," katanya semasa menyampaikan keputusan sebulat suara yang dicapai hari ini. Raus juga berkata pilihan raya kerajaan tempatan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 
Katanya Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 enakmen diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2012 bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen. (RUJUK SINI)
Kenapa DAP tetap berkeras untuk mengadakan pilihanraya perbandaran?
 
Tq The Flying Kick

Isteri Najib VS Isteri LGE


Para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya tentera-tentera siber DAP seringkali menggambarkan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sebagai seorang yang amat boros, gemar membazir, malah menyamakannya dengan Imelda Marcos yang telah menggunakan kuasa suaminya selaku diktator Filipina untuk menukarkan status dirinya daripada keluarga miskin menjadi wanita terkaya di Filipina yang setiap sen wang yang digunakannya adalah wang negara.

Semua yang dilakukan oleh Rosmah, dikatakan sebagai pembaziran wang negara. Rosmah digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak layak langsung menikmati status sebagai isteri Perdana Menteri. Malah kekayaan, kebangsawanan dan kehartawanan keluarga Najib Abdul Razak selain keluarga Rosmah sendiri, langsung tidak diambil kira dalam tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada Rosmah Mansor.

Dan anehnya, mereka sentiasa menganggap Rosmah Mansor sama 'darat' dengan Betty Chew!

Setiap kali Perdana Menteri bekerja di luar negara, setiap kali itulah para pecacai Pakatan akan mempersoalkan tentang belanja minyak pesawat, kos penerbangan dan pelbagai kos yang lain yang telah digunakan oleh Rosmah Mansor.

Namun pernah atau tidak mereka mempersoalkan Betty Chew yang menemankan Lim Guan Eng BERCUTI KE LUAR NEGARA (memandangkan tidak satu pun pelaburan yang dibawa masuk ke Pulau Pinang walaupun telah 7 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang).

Adakah kerana terlalu takut segala perbuatan Betty Chew mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan Lim Guan Eng, maka tidak hairanlah mengapa para pecacai DAP dan Pakatan Rakyat beria-ia sangat menyerang dan membuat pelbagai tuduhan liar sehingga ke tahap fitnah ke atas Rosmah Mansor.

Tq The Flying Kick

CHRISTINA LIEW KATA KERAJAAN BN SABAH MENIPU, TETAPI MAHKAMAH PERINTAHKAN DIA BAYAR RM500 JUTA KEPADA ORANG KAMPUNG YANG CUBA DITIPU TANAH MEREKA!!!


Ingat lagi dengan Christina Liew, ADUN PKR Api-Api, Sabah yang telah didapati bersalah kerana menipu penduduk dengan menjual tanah mereka kepadanya dengan dia sendiri bertindak sebagai peguam? (RUJUK SINI)

Penipuaan yang dilakukan oleh Christina Liew bersama-sama dua orang pekerja syarikatnya membabitkan 10,000 ekar tanah, menyebabkan dia, kedua-dua orang pekerjanya (bumiputera) dan syarikatnya diperintahkan untuk membayar hampir RM700 juta kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah.

Khamis lalu, Christina Liew telah dihalau keluar dari DUN Sabah setelah dia mengeluarkan kata-kata 'KERAJAAN PENIPU' dan enggan menarik balik kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada perbahasan Bajet Sabah 2015 Isnin lalu biarpun telah diminta berkali-kali.

Christina Liew Budikusuma seringkali memperkatakan tentang kerakyatan warga asing dan hak mereka mengundi di Sabah. Bagaimanapun, Christina Liew sendiri tidak pernah mampu atau berani menjawab tentang status kerakyatannya walaupun terdapat banyak khabar angin yang menyatakan, Christina Liew memang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia. Malah Christina Liew juga tidak pernah mahu menerangkan dari mana dia berasal atau latar belakang keluarganya. (RUJUK SINI). Biarpun mengaku malah diperakui oleh penyokongnya yang dia lahir di Tawau, kod 71 pada kad pengenalannya tetap juga menimbulkan keraguan.

Individu inilah juga yang banyak mempertikaikan status tanah bahkan memberikan cadangan bagaimana mahu 'menyelamatkan' tanah adat. Namun yang lebih menarik, berdasarkan kepada keputusan mahkamah yang mensabitkan kesalahan menipu tanah rakyat oleh Christina Liew, dua pekerja syarikatnya dan syarikatnya, isu yang ditimbulkan oleh Christina Liew itu sebenarnya mempunyi konflik dengan kepentingan dirinya. (RUJUK SINI)

Dia menuduh KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENIPU tetapi dia tidak pernah dapat menerangkan mengapa pula mahkamah mendapati dia menipu orang kampung termasuklah yang buta huruf dan tidak tahu membaca sehingga dia perlu membayar kembali RM700 juta kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah?

Siapa yang menipu sebenarnya
 
Tq The Flying Kick