Tuesday, 16 July 2013

Peha Wanita Melecur Gara-Gara Galaxy S3 Miliknya Meletup

paha
Wanita berusia 18 tahun ini mungkin tidak akan menyangka telefon Samsung Galaxy S3 miliknya yang ketika itu disimpan di dalam poket seluarnya akan meledak dan mencederakan bahagian pahanya.
 
Samsung Galaxy S3 mlik seorang wanita 18 tahun yang meletup di saku seluar sampai saat ini masih belum diketahui apa penyebabnya.
 
Samsung yang mengetahui peranti telefon bimbit buatannya  yang meletup terus bertindak untuk melakukan siasatan lanjut. Bahkan Samsung akan membawa telefon yang meletup itu terus ke Korea Selatan yang menjadi markas utama samsung untuk siasatan apa penyebab Galaxy S3 tersebut boleh meletup.
 
Serta akan melakukan siasatan lebih mendalam mengenai punca letupan dan kualiti telefon pintar tersebut.
 
Jika anda mahu menyimpan telefon di dalam poket seluar atau ditempat yang berhampiran dengan organ vital sebaiknya mulai saat ini harus lebih berhati hati, sebab boleh saja telefon bimbit yang kamu bawa meletup dan mencederakan Anggota tubuh kamu terutama anggota vital yang seharusnya di lindungi. - realitiabadi.blogspot

Isteri Orang Ditemui Berpelukan Telanjang Bulat Dengan Lelaki Lain

curang (1)
 
Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kg. Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

 Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

 Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

 Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya -  Informasi Dot My

Murahnya Maruah Umat Islam.. Buat Salah Dan Minta Maaf??


Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino hari ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.
 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.
 
Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari, kata Anifah dalam kenyataan di sini.
 
Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai rujukan kepada ‘God’ dalam kalangan penganut Kristian.
 
Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia

Thursday, 11 July 2013

PRK Kuala Besut ; Calit Susah, Celup Pun Susah.. Mandi Aje Lepas Ni..

Pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, demikian nasib yang terpaksa ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 lalu yang didakwa tidak berkesan sehingga kebaikan lain dilakukan badan bebas itu tidak dihargai.

Pensyarah Kanan Politik Islam dan Minoriti Muslim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, SPR cuba memenuhi kehendak rakyat dalam menambah baik sistem pilihan raya di negara ini namun usaha yang dilakukan badan itu sering kali dipandang negatif.

"Dakwat kekal itu rakyat yang minta, tapi kebaikan SPR memberi respon kepada kehendak rakyat itu tidak dihargai.

"Kalau timbul lagi tidak puas hati dakwat tidak kekal itu, nampaknya terpaksalah SPR kena guna dakwat mati pula,”katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang memutuskan untuk menggunakan kaedah mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal pada PRK Kuala Besut, 24 Julai ini, berbanding kaedah mencalit jari pada PRU13 lalu.

Abdul Aziz berkata, peraturan tambahan itu bertujuan mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali oleh pengundi yang tidak bertanggungjawab dan ia akan digunakan untuk pengundian awal pada 20 Julai serta pengundian biasa pada 24 Julai ini.

Dalam pada itu, Samsu Adabi berkata, masalah yang timbul melibatkan dakwat kekal itu hanyalah di kawasan yang dimenangi oleh BN, sedangkan bagi kerusi dimenangi pembangkang pula, dakwat kekal itu nyata tidak membawa sebarang masalah.

"Perkara sebegini rakyat kena berpada-pada, sebenarnya ejen calon sudah ada dalam bilik mengundi, itu pun sudah cukup untuk memuashatikan orang bahawa pilihan raya itu tiada penipuan.

"Bila kalah, mereka (pembangkang) salahkan sistem, tapi di negeri yang mereka menang, calit jari OK saja.

"Inilah masalah dalam demokrasi, kita kena faham betul-betul, kalau dalam perjalanan itu berlaku dakwat cair dan sebagainya, inikan pula melibatkan 13 juta pengundi itu,” tegasnya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, langkah yang diambil SPR dengan memperkenalkan kaedah mencelup jari telunjuk itu perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan insiden lalu berulang kembali.

"SPR kene buktikan penggunaan dakwat kekal kali ini benar-benar berkesan, jika ada aduan lagi mengatakan boleh tanggal beberapa jam seperti PRU13 lalu, ia akan memalukan dan menjejaskan nama baik SPR sekali lagi.

"Jangan pula kali ini SPR mengulangi kesilapan yang sama dengan menggunakan pewarna makanan, sudah pasti kandungannya tidak kekal seperti yang dikehendaki,” katanya.

Ditanya jika masalah dakwat tidak kekal berulang kembali selepas PRK Kuala Besut, 24 Julai ini, beliau menegaskan dakwat kekal bukan perkara pokok, sebaliknya SPR perlu fokus untuk mengelakkan daripada orang mengundi dua kali yang perlu diberi keutamaan.

"Nyatakan apa jua kaedah untuk elak penipuan, saya rasa pengundi tidak membantah, asalkan sistem pilihan raya negara kita bersih dan adil,” katanya.

Kejutan Terbesar PRK Kuala Besut




Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN.

Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang ‘LUARBIASA’ bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu. Ramai pemerhati melihat ia tidak lebih dari mengubati hati Husam yang telah disisihkan dari jawatan exco negeri setelah PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan, manakala secara peribadi saya beranggapan ia bakal menambahkan lagi senarai kegagalan kepada ‘track rekod’ Husam selepas membuat berbagai ‘KEJUTAN LUARBIASA PADA RAKYAT KELANTAN’.

Apakah nanti akan ada pengumuman luar biasa seperti ‘STADIUM BARU TERAPUNG ‘ di Kuala Besut bakal dijanjikan? Sama sama kita tunggu, kerana di dalam suasana Pilihanraya Kecil begini isu isu setempat lebih dominan dalam menentukan pola pengundi di sini. Para pengundi tidak akan terkesan sangat dengan cerita cerita diluar seperti isu BLACKOUT, mereka juga agak sukar melihat BANGLA berkeliaran di Kuala Besut untuk termakan dengan isu pengundi Hantu. Jadi jalan yang perlu dipilih oleh PAS adalah dengan menjanjikan sesuatu yang agak luarbiasa untuk memikat hati rakyat Kuala Besut?

 
Idea kerusi dun 16:16 juga , diperingkat ini bukanlah suatu yang boleh memikat hati rakyat Kuala Besut kerana ia seolah olah ‘ cuba memperjudikan nasib’ mereka kepada sesuatu yang belum pasti apabila Dun ‘tergantung’, ramai dari penduduk Kuala Besut tidak mahu mereka dijadikan bahan ujian untuk sebuah masa depan yang belum pasti. Dengan majoriti 2434 amat sukar untuk PAS memenangi isu dan inilah yang membuatkan tidak nampak kesungguhan di pihak PAS untuk memenangi Dun Kuala Besut, hanya sekadar untuk ‘cukup syarat’ bertanding.

Sumber: Kickdefella

Awas Pemegang Kad Debit & Kad Kredit

Untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?

Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?

Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)

Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....

Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx

Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...

Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...

Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan4283 3210
Mz: ye btol...

Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx

Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...

Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...

Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.

En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.

Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.

Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.

Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...

Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?

Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2...nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 digit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!

Sila share kepada rakan-rakan anda. - Sumber








DAP Persoal Pula Fasal Tanah Rezab Melayu


Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming melontarkan persoalan mengapa kerajaan tidak melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu walaupun dibenarkan Majlis Tanah Tenaga bagi tujuan pembangunan.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, jika kerajaan tidak berhasrat melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu apa gunanya Majlis Tanah Negara memutuskan bahawa tanah rizab Melayu boleh dipajak untuk tempoh 60 tahun.

"Merujuk kepada Majlis Tanah Negara yang meluluskan liberalisasi tanah rizab Melayu dengan membenarkan dipajak 60 tahun tetapi sehingga kini masih tergantung. Apa perkembangan terkini dasar ini kerana ia sudah berlarutan 10 tahun?," katanya.

Beliau melontarkan persoalan itu ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat hari ini.

James bagaimana pada mulanya tidak menjawab persoalan tersebut menyebabkan Kor Ming bangkit semula dan mendakwa keputusan Majlis Tanah Negara itu sekadar indah khabar dari rupa jika kerajaan tidak berminat untuk meliberalisasikannya.

"Soalan saya mengapa keputusan Majlis Tanah Negara tidak dilaksanakan? Apa sebab kerajaan tidak mahu melaksanakan? Ini indah khabar dari rupa. Majlis sudah buat keputusan tetapi kementerian tidak laksanakannya," katanya.

"Dahulu kerajaan negeri Perak (semasa ditadbir pembangkang) hendak bagi geran kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru majlis kata tak boleh. Sini kata boleh. Apa bidang kuasa majlis dan di manakah sikap konsisten dalam isu ini," soalnya.

Susulan desakan tersebut, James menafikan kerajaan Persekutuan membenarkan geran kekal dikeluarkan kerana tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri manakala kerajaan Pusat hanya berkuasa untuk memastikan segala undang-undang dan polisi dipatuhi.

Terdahulu beliau memberitahu, jumlah tanah rizab Melayu di seluruh negara ketika ini ialah 4.36 juta hektar tetapi penggantian semula tanah rizab yang sudah ditukar status sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan adalah bidang kuasa kerajaan negeri