Tuesday, 27 January 2015
Kenapa Kit Siang Perlu Gelabah Bila UMNO Sokong Haji Hadi??
Meloncat dah Lim Kit Siang dan DAP apabila tumpuan dan 'sokongan' diberikan oleh kebanyakan orang Melayu-Islam-Bumiputera kepada Hadi Awang, sekalipun Hadi Awang adalah Presiden PAS, parti yang merupakan seteru kuat UMNO-BN semenjak tahun 1951 sebelum gencatan senjata sejenak pada tahun 1969 sehingga 1977.
PAS menyertai Perikatan selepas tragedi 13 Mei 1969 dan secara rasminya pada 1973 menyebabkan Perikatan bertukar menjadi Barisan Nasional. PAS bagaimanapun disingkirkan dari Barisan Nasional setelah beberapa insiden berlaku terutama sekali yang membabitkan FELDA.
DAP di sebalik perintah Mahkamah Persekutuan yang menolak hajat mereka untuk mengadakan Pilihanraya PBT memandangkan pilihanraya tersebut telah dibatalkan dari Perlembagaan Persekutuan, tetap mahu mengadakannya. DAP tidak peduli dengan perintah Mahkamah Persekutuan 14 Ogos 2014 yang tidak membenarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan pilihanraya perbandaran.
Selepas isu membabitkan Lim Guan Eng, pembalakan dan banjir di Kelantan serta kemewahan gaya hidup Betty Chew, isteri Lim Guan Eng, cuba mengalihkan isu dan perhatian dengan mengembalikan semula polemik Pilihanraya PBT. Biarpun sedar bahawa keinginan mereka itu amat bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara, namun keinginan untuk mengalihkan isu serta menyelamatkan Lim Guan Eng dan isterinya, DAP meneruskan cadangan Teresa Kok yang dibuat pada tahun 2006 itu.
Hadi Awang dalam kenyatan terbarunya telah menentang keras cadangan tersebut dan menyifatkan DAP sengaja bermain dengan sentimen perkauman. Pilihanraya PBT akan menyebabkan satu lagi tragedi berdarah perkauman akan tercetus, memandangkan pilihanraya berkenaan dibuat untuk penguasaan majlis-majlis daerah. Apatah lagi kebanyakan pengundi di kawasan perbandaran pula, merupakan penyokong kuat DAP, sekaligus akan mengenepikan sama sekali wakil-wakil dari kaum lain, sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan CEC DAP sendiri yang menyaksikan, wakil Melayu hanya dilantik dari kalangan Cina yang mengaku dia Melayu bernama Zairil Khir Johari.
DAP cuba menafikan faktor berkenaan malahan cuba memutarbelitkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pilihanraya perbandaran akan membolehkan pihak yang menang menaikkan kadar cukai di daerah masing-masing. Selepas pemansuhan Pilihanraya Perbandaran (PBT) pada 1960-an, semua PBT di Malaysia mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
Barangkali kerana melihat 'kerjasama' yang membantu Hadi Awang, dan bukannya menghentam, membuatkan DAP dan Lim Kit Siang begitu gusar. Sekaligus menyebabkan Apek Tua Dinasour Jurassic itu gementar sekiranya benar desas-desus PAS-UMNO akan bekerjasama sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara.
Maka atas sebab itulah, DAP dan Lim Kit Siang cuba menunjukkan sedikit kemesraan ke atas PAS dan Hadi Awang, walaupun pada masa yang sama, mereka sedang dengan giatnya menjalankan kempen menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS!
Dan seperti biasa, dalam usaha untuk membela serta menipu peranan sebenar DAP dan Lim Kit Siang dalam Tragedi 13 Mei 1969, Roketkini terpaksa menggunakan tarikh tersebut untuk membuktikan mereka teraniaya dan UMNO-BN itu jahat serta kaki fitnah!!!
Tq The Flying Kick
PAS vs DAP.... PASMa Yang Menang
Agak hangat dan gamat bila laki bini bergaduh dan tuduh menuduh kononnya si suami tak perform, lembik dan si isteri pula bersikap dingin dan tak feel langsung.
Mungkin itulah yang terjadi antara PAS dan DAP sekarang. Semuanya kerana permainan orang ketiga yang cuba menganggu gugat keharmonian perkahwinan mutaah mereka.
Cinta tiga segi mereka yang disangka indah apabila bermadu rupanya begitu mengerikan disebabkan kecurangan.
Tak mungkin akibat 'kelonggaran' atau 'kurang kemantapan' tersebut dapat diperbaiki lagi meskipun diberi ubat kuat perkasa dan jamu perabat dengan dos yang begitu tinggi.
DAP selama ini bongkak menganggap mereka begitu besar kerana ada banyak wang memperleceh PAS hanya sekadar pak-pak turut yang boleh dibayar untuk meramaikan majlis.
Namun ternyata PAS terutamanya para ulama masih punyai maruah tak rela diperkudakan oleh DAP.
Hudud Kelantan jadi igauan ngeri DAP
Di kalangan ahli-ahli DAP dulu dan kini masih lagi menganggap Islam dan Melayu sebagai musuh utama tak kira samada Melayu itu PAS atau UMNO.
DAP dah mula memperlekeh kerajaan PAS Kelantan kononnya lembab menangani isu banjir hingga terpaksa menjemput kerajaan Persekutuan yang diketuai Najib.
Bagi DAP ia seolah-olah membuka pekung sendiri dan menyembah musuh tradisi minta simpati.
Namun di pihak kerajaan Persekutuan dan BN, rakyat yang susah wajib dibantu tanpa kira ideologi...
Hmmm... begitu tinggi dan mulianya sifat orang-orang BN-UMNO yang selama ini hebat dikeji namun masih lagi meletakkan sifat kemanusiaan dan ukhwah sebagai pegangan.
Nak harap keikhlasan DAP bantu mangsa banjir di Kelantan...mungkin boleh dipertikaikan. Tetapi kenapa PASMa dijadikan sebagai orang tengah dalam pemberian bantuan DAP kepada kerajaan Kelantan?
Adakah untuk menutup isu pembalakan haram ahli DAP Ngah dan Ngeh atau untuk mengangkat imej Husam Musa sebagai penggerak PASMa di Kelantan sekaligus menutup skandal balaknya.
Pemberian bantuan itu juga bersyarat untuk mengikat PAS Kelantan agar tidak melaksanakan hudud di negeri itu yang amat ditakuti DAP.
Malah DAP sebenarnya amat takut jika fenomena hudud ini menjadi ikutan dan dibawa ke negeri-negeri lain.
Apatah lagi UMNO sendiri sudah berlembut dengan PAS dalam menangani isu banjir di Kelantan dan menyerahkan sepenuhnya kuasa pada PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri yang mereka tadbir itu.
Maka PASMa yang liberal dan kadang kala biadap itu akan dijadikan pengimbang bagi menyekat kemaraan golongan ulama dalam PAS.
Perangai macam ni tentulah tidak disukai golongan ulama-ulama syura PAS.
PAS dah cabar DAP
Bila DAP mempertikaikan kemampuan PAS Kelantan mengendalikan banjir dan mempersoalkan kenapa PAS menentang pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), PAS mula bangkit mencabar DAP.
PAS mencabar DAP agar membentangkan rang undang-undang persendirian pilihanraya PBT di Parlimen.
Sudah pasti undang-undang itu tidak akan diluluskan kerana tiada sokongan majoriti. UMNO-BN dan PAS mesti tak setuju.
Jadi sekarang PAS ada modal baru menentang ketamakan DAP. Sudah ada kuasa dan modal untuk mengugut serta mengimbangi kerakusan DAP.
Jika DAP boleh menentang hudud, maka PAS juga boleh menentang pilihanraya PBT yang tidak berfaedah itu...
Isu Anwar: Siapa nak kena tutuh lepas ni?
Menjelang 41 Januari bersamaan 10 Januari 2015 sempena Kedatangan tahun Kambing Jamnapari, kes Anwar Ibrahim akan diputuskan samada dia kekal dipenjarakan atau sebaliknya atas kesalahan meliwat pekerjanya; Saiful Bukhari.
Hingga sekarang para peguam Anwar tidak boleh menjawab mengapa benih boboinya si Anwar berada jauh 4 inci di dalam rektrum si Saiful.
Sebagai majikan Anwar telah bertindak menganiayai pekerjanya dengan meliwat mangsa tanpa kasihan dan memikirkan maruah serta masa depan pekerjanya itu.
Jika adapun alasan suka sama suka atau mangsa rela diliwat itu tetap menjadi kesalahan dan wajar Anwar dihukum penjara dan rotan.
Perbuatan keji ini amat memalukan Islam. Manusia sedemikiankah mahu dijadikan pemimpin Malaysia, menjadi Perdana Menteri?
Berapa ramai lagi rakyat yang akan dibiayai duit-duit haram tokey-tokey DAP untuk menjadi hakim negara yang tidak bertauliah berdemo atau mungkin merusuh demi membela si KETUM itu?
Adakah para ulama PAS mahu membisu atau menyokong lagi si KETUM yang menjadi punca pepecahan dalaman PAS hingga mewujudkan PASMa yang masih ketagihkan bini si KETUM menjadi MB Selangor?
Adakah para ulama syura PAS masih mahu menfatwakan bahawa menyokong Anwar adalah jihad menentang kezaliman UMNO sedangkan sudah nyata ke mana saja Anwar pergi pasti ia menimbulkan kerosakan?
Tq My Massa
Pasport Anwar Ibrahim Dirampas??
Keputusan rayuan peringkat paling akhir kes liwat Anwar-Saiful Bukhari Azlan sudah ditetapkan pada 10hb Februari 2015.
Rayuan akhir itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu nanti adalah muktamad dan tidak boleh dikemukakan rayuan lagi.....
Kalau Anwar tetap didapati bersalah bermakna, Ketua Umum PKR ini akan menjadi penghuni penjara Sungai Buloh! Akan jadi banduan..., merengkok dalam penjara!!
Mahukah Anwar sekali lagi menjadi Banduan sedangkan cita-citanya mahu jadi Perdana Menteri menggantikan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak...?
Nampak gayanya cuaca dan udara atmosfera sekeliling juak juak penjilat tegar Anwar juga tenang seolah olah mereka yakin Anwar akan dibebaskan walaupun masih belum terjawab ,air mani siapa dalam dubur Saiful yang telah dibuktikan sewaktu perbicaraan mahkamah.....?
Iya! Anwar dilihat sangat-sangat konfiden dia akan dibebaskan....
Sehingga ke saat ini, tidak ada Road Show untuk berkempen mendesak Mahkamah membebaskan Anwar. Tak ada "rally" secara besar-besaran berkempen untuk menentang sebarang keputusan memenjarakan Anwar....
Sehingga ke saat ini, tidak ada Road Show untuk berkempen mendesak Mahkamah membebaskan Anwar. Tak ada "rally" secara besar-besaran berkempen untuk menentang sebarang keputusan memenjarakan Anwar....
Namun begitu, tak kurang juga ada beberapa pihak yang sangat konfiden bahawa Anwar akan didapati bersalah dan menjadi banduan menginap di sel penjara Sungai Buloh.
Apakah secara senyap senyap Anwar akan keluar negara dalam tempoh terdekat dan tidak akan pulang dan membiarkan hari 10 Februari 2015 berlalu tanpa dirinya berada dalam negara....?
Tq Medan Info Kita
"PR BAKAL BERKUBUT...." Pemimpin Utama PR Cakap
"Pakatan tidak berfungsi ketika ini. Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.
Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?
Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam.
Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya.
Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.
PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR.
Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.
Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR.
Pemimpin PR yang dihubungi berkata, agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang duduk semeja.
Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.
Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor.
Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.
Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat.
Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat.
"Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.
"Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS.
Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.
Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR.
"Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Adalah difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi.
Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan.
Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.
"Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku.
Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.
PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.
Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya.
Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.
Tq Belia Bangkit...
MIC Tetap MIC
Datuk Saravanan telah ‘disingkir’ dari jawatan Ketua MIC Negeri Wilayah Persekutuan dan digantikan dengan Datuk Rajoo Vyraperumal oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel petang tadi. Dalam kenyataan akhbar, Datuk Seri Palanivel mengatakan bahawa perubahan itu adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk memperkasakan MIC tetapi ada sumber dalaman mengatakan bahawa penyingkirkan Datuk Saravanan adalah disebabkan ketegasan beliau dalam meminta Datuk Seri G. Palanivel untuk patuh kepada arahan ROS dan mahukan pemilihan parti semua.
Bukan itu sahaja, juga terdapat dalang dari wilayah persekutuan yang menasihati Datuk Seri G. Palanivel untuk menyingkir Datuk Saravanan.
Bukan Datuk Saravanan seorang sahaja yang “digugurkan’, terdapat dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan dan Perak. Yang anehnya, Datuk Seri G. Palanivel melantik Tan Sri Ramasamy sebagai Ketua MIC Negeri Perak dimana pada surat ROS 6 Disember 2013, telah menyatakan bahawa Tan Sri Ramasamy hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Bahagian MIC Tanjong Malim yang juga ketua Cawangan Kampung Bidor Stesen kerana gagal menghadiri mesyuarat bahagian Tanjung Malim SELAMA 3 TAHUN! Jadi keputusan yang diambil oleh Datuk Seri G.Palanivel tidak masuk akal sama sekali!
(Keratan Surat ROS yang mengatakan Tan Sri Ramasamy Hilang Kelayakan)
Pada pendapat saya, Datuk Seri G. Palanivel membuat keputusan yang kurang bijak disaat MIC menghadapi krisis kepimpinan dan kestabilan. Di masa – masa ini-lah Datuk Seri G. Palanivel harus membuat keputusan untuk menangani isu yang dihadapi oleh MIC dengan pihak ROS. Bukannya bermain catur politik dengan mengubah posisi pemimpin negeri kerana kelekaan Palanivel akan menyebabkan MIC dibatalkan pendaftarannya.
Datuk Saravanan bukan jenis mendiamkan diri dan akur dengan apa jua keputusan tidak masuk akal yang diambil oleh Datuk Seri G.Palanivel, saya percaya beliau berjuang untuk perkara yang benar dan adil. kadang – Kadang keadilan itu tidak datang dengan mudah dan memperlukan perjuangan. Maka berjuang -lah Ahli MIC! Demi Kebenaran, kestabilan dan legasi MIC.
Business Urus Jenazah... Macam Ni Pun Ada Kaa??
Ramai juga yang menyatakan bahawa resit berkenaan merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan masjid dan jawatankuasanya.
Namun ternyata, '
Alasan yang diberikan adalah tambahan RM2000 adalah untuk bacaan al Quran selama tiga malam berturut-turut.
Amalan membaca al Quran di atas kubur, sebenarnya sudah lama ditinggalkan terutama selepas umat Islam di Malaysia semakin sedar bahawa amalan tersebut sebenarnya lebih kepada adat dan bertentangan sama sekali dengan syariat. Ia merupakan sebahagian daripada adat lama yang cuba diasimilasikan dengan amalan Islam sekalipun amalan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan kepada waris mahupun si mati.
Mungkin keterlaluan tetapi alasan 'perubahan persekitaran' serta kos-kos semasa seringkali dijadikan sebagai upaya menghalalkan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.
Barangkali Pulau Pinang tidak cukup ustaz untuk mengajarkan Jawatankuasa Masjid berkenaan atau menasihati keluarga waris si mati bahawa perbuatan mereka hanyalah sia-sia.
JAKIM, PERKIM dan Pusat Zakat... Tolong Laaa Peka
Tapi berdasarkan pengalaman penulis sendiri, memang terlalu banyak red-tape membabitkan pihak-pihak berkenaan yang sepatutnya diselesaikan dengan sebaik-baiknya bagi kemaslahatan ummat terutama sekali golongan mualaf.
Tak guna bercakap hebat tentang KEJAYAAN PUNGUTAN ZAKAT tetapi asnaf-asnaf berkaitan, terlalu daif dan adakalanya dinafikan hak mereka.
Media sosial sekarang, seharusnya menjadi sumber maklumat terbaik untuk pihak-pihak berkenaan mempertingkatkan khidmat serta tanggungjawab mereka. Bukan menjadikan pendedahan menerusi media sosial sebagai permasalahan ego!
Mohon diambil tindakan dari pihak-pihak berkaitan!
Tq The Flying Kick
Saturday, 24 January 2015
Konspirasi Dalam PASma
Biarpun sudah dikenen berulang-ulang kali oleh Presiden PAS sendiri, namun Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang bersekutu kuat dengan Nasir Mustafa, ADUN PAS bagi DUN Kubang Rotan yang sama-sama membenci Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah (RUJUK DI SINI) tetap buat muka selamba dan mahu terus berada di dalam PAS.
Phahrolrazi Zawawi bersama konco-konconya telah bertemu Lim Guan Eng baru-baru ini di Komtar bagi membincangkan suatu bentuk kerjasama antara DAP-PKR dengan PASMA seandainya PAS ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia bukan pakatan rahsia lagi. Malah apabila Anthony Loke memarahi Hadi Awang kerana isu Pilihanraya Perbandaran yang disifatkan oleh Hadi Awang sebagai cubaan mewujudkan semula krisis perkauman terbesar selepas 1969, semakin jelas ke mana hala tuju Phahrolrazi dan PASMA.
Dalam banyak hal, apabila melibatkan konflik antara DAP dengan PAS, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi akan berpihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Malah Phahrolrazi juga melebih-lebihkan Anwar Ibrahim berbanding Hadi Awang, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang terlantar keuzuran.
Sudah ada desakan dari dalam PAS sendiri agar sesiapa sahaja yang terlibat dengan PASMA, disingkirkan dari parti itu. Namun kepimpinan utama PAS juga sedar, seandainya langkah tersebut diambil, maka PAS akan menjadi parti tercorot memandangkan hampir tiga suku daripada populasinya dalam DUN dan Parlimen akan bertukar menjadi DAP walaupun wujud mereka sekadar Biro Islam dalam parti chauvinist yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim?
Apatah lagi kenyataan Phahrolrazi sendiri bahawa PASMA akan bergerak sebagai sebuah parti politik yang akan bersama-sama DAP sekiranya PAS memilih untuk keluar dari Pakatan Rakyat, sudah cukup untuk membuatkan kita mengukur setebal manakah kulit muka Phahrolrazi yang masih tidak juga keluar dari PAS di mana dia mempunyai jawatan sekarang. (RUJUK SINI)
Nik Abduh Semakin Di Benci DAP
Menyokong kenyataan presiden PAS, anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meneruskan pertelagahan secara terbuka dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
“Adakah pilihan raya PBT aras kemajuan dalam demokrasi negara?
"Atau ia sekadar memenangi impian golongan bergelar ekstremis demokrasi?” kata ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi Twitter hari ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.
Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.
Beliau berkata dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek. (SUMBER)
Tq The Flying Kick
Senarai Penghinaan Terhadap Islam
Pada 25 Oktober 2005 Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Pusat) mengatakan dalam parlimen bahawa AZAN SUBUH MENGGANGU MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAP HINA AZAN!
Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!
Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.
Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.
Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok. Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia. Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.
Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan. Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.
Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa. Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut. Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan. Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.
Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!
Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua. DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.
Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.
Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!
Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.
Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.
Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok. Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia. Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.
Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan. Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.
Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa. Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut. Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan. Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.
Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!
Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua. DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.
Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.
Tq Buliten Sengal
Kenapa Pilihan Raya Perbandaran Tak Di Benarkan??
14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan memutuskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP, tidak boleh mengadakan pilihanraya perbandaran sepertimana yang sedang dikempenkan oleh DAP sekarang ini.
Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak berkuasa untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
Hakim Tan Sri Raus Sharif yang mengetuai panel lima anggota berkata negeri tidak ada kuasa secara unilateral menggantung peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya tersebut.
"Pengecualian itu juga bertentangan dengan dasar negara," katanya semasa menyampaikan keputusan sebulat suara yang dicapai hari ini. Raus juga berkata pilihan raya kerajaan tempatan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 enakmen diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2012 bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen. (RUJUK SINI)
Kenapa DAP tetap berkeras untuk mengadakan pilihanraya perbandaran?
Tq The Flying Kick
Isteri Najib VS Isteri LGE
Semua yang dilakukan oleh Rosmah, dikatakan sebagai pembaziran wang negara. Rosmah digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak layak langsung menikmati status sebagai isteri Perdana Menteri. Malah kekayaan, kebangsawanan dan kehartawanan keluarga Najib Abdul Razak selain keluarga Rosmah sendiri, langsung tidak diambil kira dalam tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada Rosmah Mansor.
Dan anehnya, mereka sentiasa menganggap Rosmah Mansor sama 'darat' dengan Betty Chew!
Setiap kali Perdana Menteri bekerja di luar negara, setiap kali itulah para pecacai Pakatan akan mempersoalkan tentang belanja minyak pesawat, kos penerbangan dan pelbagai kos yang lain yang telah digunakan oleh Rosmah Mansor.
Namun pernah atau tidak mereka mempersoalkan Betty Chew yang menemankan Lim Guan Eng BERCUTI KE LUAR NEGARA (memandangkan tidak satu pun pelaburan yang dibawa masuk ke Pulau Pinang walaupun telah 7 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang).
Adakah kerana terlalu takut segala perbuatan Betty Chew mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan Lim Guan Eng, maka tidak hairanlah mengapa para pecacai DAP dan Pakatan Rakyat beria-ia sangat menyerang dan membuat pelbagai tuduhan liar sehingga ke tahap fitnah ke atas Rosmah Mansor.
Tq The Flying Kick
CHRISTINA LIEW KATA KERAJAAN BN SABAH MENIPU, TETAPI MAHKAMAH PERINTAHKAN DIA BAYAR RM500 JUTA KEPADA ORANG KAMPUNG YANG CUBA DITIPU TANAH MEREKA!!!
Ingat lagi dengan Christina Liew, ADUN PKR Api-Api, Sabah yang telah didapati bersalah kerana menipu penduduk dengan menjual tanah mereka kepadanya dengan dia sendiri bertindak sebagai peguam? (RUJUK SINI)
Penipuaan yang dilakukan oleh Christina Liew bersama-sama dua orang pekerja syarikatnya membabitkan 10,000 ekar tanah, menyebabkan dia, kedua-dua orang pekerjanya (bumiputera) dan syarikatnya diperintahkan untuk membayar hampir RM700 juta kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah.
Khamis lalu, Christina Liew telah dihalau keluar dari DUN Sabah setelah dia mengeluarkan kata-kata 'KERAJAAN PENIPU' dan enggan menarik balik kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada perbahasan Bajet Sabah 2015 Isnin lalu biarpun telah diminta berkali-kali.
Penipuaan yang dilakukan oleh Christina Liew bersama-sama dua orang pekerja syarikatnya membabitkan 10,000 ekar tanah, menyebabkan dia, kedua-dua orang pekerjanya (bumiputera) dan syarikatnya diperintahkan untuk membayar hampir RM700 juta kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah.
Khamis lalu, Christina Liew telah dihalau keluar dari DUN Sabah setelah dia mengeluarkan kata-kata 'KERAJAAN PENIPU' dan enggan menarik balik kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada perbahasan Bajet Sabah 2015 Isnin lalu biarpun telah diminta berkali-kali.
Christina Liew Budikusuma seringkali memperkatakan tentang kerakyatan warga asing dan hak mereka mengundi di Sabah. Bagaimanapun, Christina Liew sendiri tidak pernah mampu atau berani menjawab tentang status kerakyatannya walaupun terdapat banyak khabar angin yang menyatakan, Christina Liew memang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia. Malah Christina Liew juga tidak pernah mahu menerangkan dari mana dia berasal atau latar belakang keluarganya. (RUJUK SINI). Biarpun mengaku malah diperakui oleh penyokongnya yang dia lahir di Tawau, kod 71 pada kad pengenalannya tetap juga menimbulkan keraguan.
Individu inilah juga yang banyak mempertikaikan status tanah bahkan memberikan cadangan bagaimana mahu 'menyelamatkan' tanah adat. Namun yang lebih menarik, berdasarkan kepada keputusan mahkamah yang mensabitkan kesalahan menipu tanah rakyat oleh Christina Liew, dua pekerja syarikatnya dan syarikatnya, isu yang ditimbulkan oleh Christina Liew itu sebenarnya mempunyi konflik dengan kepentingan dirinya. (RUJUK SINI)
Dia menuduh KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENIPU tetapi dia tidak pernah dapat menerangkan mengapa pula mahkamah mendapati dia menipu orang kampung termasuklah yang buta huruf dan tidak tahu membaca sehingga dia perlu membayar kembali RM700 juta kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah?
Siapa yang menipu
Subscribe to:
Posts (Atom)