Tuesday, 25 February 2014

Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram - Kadir Jasin

 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.
 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja.
 
 
 

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan," katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.
Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia," katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Street Dakwah Lebih Baik Dari Valentine Day...



Tempohnya sebagai ketua pemuda PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan bantahan terhadap konsert dan sambutan Hari Valentine.

Maka, ia adalah satu kejutan apabila Nasrudin Hassan yang kini merupakan MP Temerloh memetik gitar untuk program dakwah jalanan 'Street Dakwah'.

Lengkap berjubah dan berserban, Nasrudin menyertai satu kumpulan pemuzik yang membuat persembahan di depan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam masukan di laman sosial Facebook miliknya, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menyifatkan persembahan itu sebagai satu "variasi dakwah".

"Pendekatan ini sangat berkesan namun memerlukan komitmen penglibatan dari dae'i (pendakwah) kita," kata beliau.

Nasrudin, yang masih lagi belajar memetik gitar, mengundang respons dari pengikut laman Facebook-nya.

"Pakai serban jangan ingat  tak pandai main gitar... tabik sama awak," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Jamel Rawi.

Pemuda PAS yang kini dipimpin Suhaizan Kaiat, mengambil pendirian yang lebih lunak terhadap sambutan Hari Valentine awal bulan ini dan menggesa 'Street Dakwah' dipromosikan

Rasuah Punca Kos Sara Hidup Naik - Ali Hashim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.

Beliau berkata, penting bagi rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.

“Jihad (lawan) korupsi lebih penting daripada jihad (lawan) orang tengah, ini kerana ramai orang Melayu dan Islam berjaya menjadi orang tengah dalam pasaran.

“Jihad perangi monopoli juga pula diberi perhatian dengan berteraskan strategi bisnes dan mengelak ia didorong ketamakan,” kata beliau dalam Wacana “Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran” anjuran Sinar Harian semalam.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

Sistem kapitalis 'tamak'

Sementara itu, Muhammad Ali juga berkata, sistem pasaran bebas kapitalis “bersisikan ketamakan” yang dianut sekarang menyebabkan ketidakadilan berlaku di negara ini

“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,” kata beliau.

Beliau turut mahu kerajaan menyediakan satu platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya untuk jangka pendek semata bagi mengelak pemberontakan terhadap kerajaan.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inflasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas golongan kelas menengah dan pertengahan.

“Malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” kata beliau.

Saturday, 15 February 2014

Sabah & Sarawak Nak Keluar Malaysia - Prof James

 Profesor James  Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014. 
Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.


Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.

Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Golongan elit Malaysia Timur baik daripada  parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.

Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka  ‎hanya akan menuntut lebih banyak kerusi ‎Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi  dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.
Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia

Daging Babi Pula Dijumpai Di Depan Pintu Masjid


Timbalan imam di Permatang Pauh terjumpa sekeping daging dipercayai babi di perkarangan Masjid Cherok Tok Kun di Pulau Pinang, hari ini.

Saksi, Saad Arop, 78, berkata beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden seperti ini pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis sedang menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi tadi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. - 16 Februari, 2014.

Pinjaman Rumah Tanpa Faedah Di Johor.. Selangor & Kelantan Bila Lagi??



Johor Bahru: Kerajaan Johor mengumumkan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah bagi kemudahan kira-kira 20,000 kakitangan awam.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis amanat Tahun Baru 2014, di Kota Iskandar, dekat sini, sebentar tadi.      
 
Mohamed Khaled berkata, menerusi skim itu kerajaan negeri akan menghapuskan kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan kakitangan awam negeri berkuatkuasa 1 Mac ini.

Katanya, bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei dengan bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.

WANTED!! Mat Tyson Diperlukan Utk Pastikan Anwar Jadi MB

mat-taib
Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.

Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.
Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.

Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.

Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia

Bukti PAS Semakin Tak Bertelur Di Selangor

ahlimajlis
Subang Jaya dengan jumlah penduduk seramai 708,296 (bancian 2010). Pecahan pengundi pula adalah seperti berikut: Melayu 29.2%, Cina 56.79% dan India 11.93%. Pada PRU-13 yang lalu, DUN Subang Jaya telah dimenangi oleh Hannah Yeoh Tseow Suan dari DAP dengan majoriti 28,069 undi sekaligus meletakkan Hannah Yeoh selaku salah seorang daripada Ahli Parlimen yang mendapat undi majoriti terbanyak dalam sejarah Malaysia.
 
Dengan kata lain, di Subang Jaya, PAS tidak mempunyai banyak pengaruh. Bagaimanapun, jumlah 29.2% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 61,688 orang seharusnya memberikan signifikan kepada kewujudan PAS. Sudah tentulah antara pendorong kepada kejayaan besar Hannah Yeoh di Subang Jaya adalah kerana kesungguhan PAS mendapatkan undi daripada orang Melayu-Islam di kawasan tersebut.
 
Apatah lagi perolehan undi sebanyak 12,297 oleh Gan Meng Foo dari Barisan Nasional, menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Melayu di kawasan berkenaan memang tidak memilihnya. UMNO di Subang Jaya tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu-Bumiputera kepada wakil dari MCA itu. 18,013 orang Melayu di kawasan berkenaan lebih berpihak kepada Hannah Yeoh. Begitu juga dengan 35,033 orang Cina di Subang Jaya, sebahagian besarnya lebih menyokong Hannah Yeoh.
 
Sepatutnya statistik tersebut membuatkan PAS mendapat tempat yang agak istimewa dalam peruntukan Ahli Majlis PBT. Bagaimanapun, pemilihan terbaru iaitu bagi sesi 2014/2015 tidak menunjukkan keistimewaan tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan tempat sebagai Ahli Majlis dibolot oleh DAP, sama ada peruntukan untuk parti mahupun untuk NGO.
 
Daripada 19 orang, PAS hanya diberikan tiga tempat yang diwakili oleh Mohd Nasir Yusof, Ir. Izham Hashim dan Mohd Rosharizam Mohd Roslan.
 
Berbeza pula dengan PKR. PKR mendapat 6 kerusi selaku Ahli Majlis walaupun PKR di Subang Jaya, hidup segan mati tak mahu kerana PKR lebih tertumpu di Kelana Jaya.
 
Begitulah nasib PAS. Di mana-mana pun, PAS tidak ubah seperti malukut di tepi gantang. Walaupun PAS beria-ia membela DAP dan memberikan pelbagai dalih termasuklah untuk memujuk mereka mengenali dan memeluk Islam, hakikatnya, PAS tidak ubah seperti anjing kembiri yang apabila disuruh menyalak, dia menyalak. Disuruh makan tulang, terjelir-jelir sajalah lidah dengan air liur berlenja-lenja. Semuanya dilakukan untuk mengambil hati DAP sedangkan DAP langsung tak pandang PAS.
 
Adakah PAS akan memberikan alasan kononnya PAS hanyalah bahagian yang kecil di Subang Jaya, justeru mereka berpuas hati dengan tiga kerusi Ahli Majlis berbanding tiada langsung?
 
Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan bermajoriti Melayu seperti Ampang yang mengandungi Parlimen Ampang dan Pandan di mana PAS menguasai DUN Lembah Jaya (Ampang) dan Cempaka (Pandan) tapi jumlah Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya mewakili PAS juga tidak melebihi jumlah Ahli Majlis DAP dan PKR? Bahkan peruntukan untuk NGO juga diberikan kepada NGO yang didalangi DAP.
 
Sampai bila sebenarnya PAS dan ahli-ahlinya hendak sedar bahawa mereka hanyalah kuda tunggangan bagi PKR dan DAP? Samai bila sebenarnya baru mereka hendak sedar, tanpa PAS, DAP dan PKR hanyalah parti kecil yang terpaksa menyalak-nyalak tentang anti rasuah atau penyelewengan yang dijadikan modal kempen mendapatkan undi? Sampai bila sebenarnya PAS baru hendak sedar bahawa mereka sebenarnya pemain utama politik di Selangor, manakala PKR dan DAP bergantung dengan mereka, bukan sebaliknya?
 
Dan sampai bila sebenarnya, PAS akan menggunakan kelebihan mereka bagi memaksa PKR dan DAP pula menuruti kehendak mereka, bukan sebaliknya?
 
Atau sampai bila-bila pun, PAS memang tidak bertelur?

Krisis Selangor : Azmin Ali Bakal Umum Tinggalkan PKR, Sertai UMNO??

1888615_10151986125449998_180016905_n
Sejarah dan perkembangan politik di negara ini sangat menarik untuk kita nilai dan renungkan. Tidak ada perkara yang mustahil akan berlaku.
 
Pada tahun 1946, ketika Melayu berpecah belah, secara tiba-tiba Inggeris yang melihat keadaan tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menubuhkan Malayan Union. Hasilnya, semua fraksi Melayu bergabung dan bertemu dalam sidang meja bulat yang diadakan sebanyak tiga kali dan dalam bulan Mei 1946, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu dari semua cabang politik, sama ada kiri, nasionalis, agamawan, feudal, bahkan yang menyokong Komunis, turut bergabung fikiran dan mengusulkan penubuhan UMNO di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. 11 Mei 1946, UMNO atau PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ditubuhkan.
 
Bagaimanapun, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu itu kembali membawa haluan masing-masing. Ada sesetengahnya berada terus di dalam UMNO, sesetengah pula kembali melakukan penentangan terhadap Inggeris secara bersenjata dan sesetengahnya pula melakukan tentangan terhadap Inggeris sambil mengimpikan kewujudan Melayu Raya yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura.
 
September 1951, Parti Islam Se-Malaysia ditubuhkan setelah Biro Agama UMNO bergabung dengan Persatuan Ulama Se-Malaya dalam beberapa kemelut yang melanda kepimpinan UMNO khususnya melibatkan penentangan golongan agamawan terhadap tindakan sekular Tunku Abdul Rahman selain keperluan UMNO dipimpin oleh individu yang bukan tergolong dalam kelompok bangsawan. UMNO berpecah buat kali kedua dan kali pertama secara rasmi.
 
1987, UMNO diharamkan setelah 11 orang pengikut Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati dan membawa perasaan tidak puas hati mereka ke mahkamah. Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim dengan disokong oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1988. Manakala Dr. Mahathir pula menubuhkan semula UMNO. UMNO berpecah buat kali ketiga.
 
1996, Semangat 46 dan para pemimpin mereka menyertai UMNO semula. Semangat 46 dibubarkan. Namun menjelang 1998, UMNO kembali bergolak apabila Anwar Ibrahim yang dipecat dan ditendang keluar dari parti serta Kabinet, telah dibicarakan kerana rasuah salahguna kuasa serta liwat. Isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dengan dibantu oleh Azmin Ali menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada September 1998 yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia atau nama lamanya, Parti Sosialis Rakyat Malaysia pada Ogos 2003 mewujudkan Parti Keadilan Rakyat.
Itu ringkasan daripada perpecahan UMNO. Dalam apa juga keadaan, kebanyakan pemimpin UMNO yang menubuhkan parti serpihan akhirnya kembali semula ke dalam UMNO kecuali mereka terlibat dengan jenayah yang membuatkan mereka terpaksa bersara dari politik. Tidak ada perkara yang mustahil berlaku.
 
PKR di Selangor memiliki 14 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. Walaupun kelihatan seperti bersatu dan utuh, PKR Selangor sebenarnya berpecah kepada tiga kumpulan besar iaitu yang menyokong Wan Azizah-Nurul Izzah, Azmin Ali-Anwar Ibrahim dan Reformasi 1998. Khalid Ibrahim merupakan salah seorang anggota penting dalam kem Wan Azizah-Nurul Izzah. Manakala Azmin Ali serta beberapa orang pemimpin Melayu PKR di Selangor, berada dalam kem yang menyokong kuat Anwar Ibrahim.
 
Barangkali ramai yang berasa aneh mengapa anak beranak dan Anwar Ibrahim sendiri mewujudkan kem-kem bagi pihak mereka. Keperluan memecahkan dan mengecilkan kelompok merupakan kaedah terbaik untuk pecah dan perintah. Anwar Ibrahim semenjak dari dalam UMNO mengamalkan kaedah tersebut secara berkesan. Apabila Wan Azizah menubuhkan sebuah parti khas untuk Anwar Ibrahim, kaedah yang dipercayainya mampu menghalang sebarang tentangan terhadapnya, digunapakai.
 
Namun keadaan sudah berada di luar jangkauan serta kawalan Anwar Ibrahim. Mereka yang berada dalam kem Wan Azizah berasakan, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya terus berlagak sebagai Tuhan memandangkan Wan Azizah adalah Presiden parti berkenaan. Dalam satu perkembangan yang lain, Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu mendapatkan sokongan serta mengukuhkan kelompok mereka bagi memastikan Azmin Ali tidak meluaskan pengaruhnya dan seandainya berubah fikiran, PKR serta sokongan terhadap Anwar Ibrahim, tidak akan hilang begitu sahaja.
 
Dari awal lagi, Wan Azizah malah tidak mustahil juga Anwar Ibrahim sendiri menjangkakan, Azmin Ali hanya menunggu untuk ‘meletup’ dan kemudian membuat pengisytiharan yang dia keluar dari PKR bersama rakan-rakannya yang lain termasuklah ADUN-ADUN PKR Selangor yang cukup setia dengannya.
 
Azmin Ali tidak mungkin akan menyertai PAS memandangkan sudah beberapa kali dia berjaya menghuru-harakan PAS seperti langkah dan tuntutan yang diambilnya agar Hasan Ali dipecat dari parti selain bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hanya dijadikan ahli biasa tanpa sebarang jawatan dalam parti. Azmin Ali juga tidak mungkin akan menyertai DAP memandangkan para pemimpin DAP sendiri tidak pernah mengalu-alukan Azmin Ali. Para pemimpin DAP Selangor terpaksa memaniskan muka dengan Azmin Ali kerana Anwar Ibrahim. Dalam banyak keadaan, Azmin Ali tidak pernah dijemput oleh DAP.
 
Satu-satunya pilihan yang ada bagi Azmin Ali yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah dengan menyertai UMNO. Dan sudah tentulah, Azmin Ali akan membuat kira-kira dengan UMNO Selangor bagi membolehkan dia mendapat kedudukan yang lebih terjamin seandainya tindakannya keluar parti bersama rakan-rakan ADUN PKRnya yang lain. Azmin Ali tidak mungkin akan menawarkan diri secara percuma. Pasti ada balasan.
 
UMNO sekarang hanya menang 12 Kerusi DUN. Tekanan terhadap Khalid Ibrahim pula, menyaksikan Menteri Besar Selangor itu berada dalam keadaan yang amat tertekan ekoran Anwar Ibrahim turut bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar Selangor yang baru walaupun dia sebenarnya tidak layak.
 
Dengan kata-kata lain, peluang untuk Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor sudah tertutup rapat. Justeru, da akan melakukan sesuatu yang lebih besar untuk tujuan berkenaan. Tidak mustahil sekiranya Khalid Ibrahim memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya terus ditekan terutama sekali selepas PKR langsung tidak membelanya dalam isu hutang RM60 juta dengan Bank Islam Malaysia.
 
UMNO Selangor tidak sekuat mana pun, tetapi dengan ‘bantuan’ daripada Azmin Ali, sebarang tindakan membubarkan DUN Selangor dalam tempoh terdekat, amat membantu UMNO Selangor membersihkan arang yang terconteng di muka. Pertaruhannya sudah tentulah Azmin Ali!
 
Jadi, mustahilkah Azmin Ali berpindah dari PKR menyeberang masuk ke UMNO memandangkan berdasarkan kepada sejarah lampau, penentang paling kuat UMNO pun, akhirnya menyertai UMNO biarpun tidak menjawat sebarang jawatan?
 
tq Mykmu.net

Azwan Bapuk Kata Azmin Lagi Layak Dari Anwar!!


Perang merebut jawatan Menteri Besar Selangor masih belum berkesudahan. Khalid Ibrahim dilaporkan enggan menandatangani surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang telah disediakan oleh Anwar Ibrahim. Manakala Azmin Ali yang telah diketepikan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru pula, terus merengek dan mendakwa dia adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan berkenaan.

Apa kesudahannya?

Azwan Ali, pengacara terkenal yang penuh kontroversi dan masih cuba mencipta nama menerusi pelbagai imejnya yang pelik seperti pondan dan gay, turut campurtangan. Minggu lepas, dia menghentam teruk bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin yang disifatkannya sebagai SELAPUT DARA TEBAL. Malah tidak cukup dengan itu, Azwan Ali turut menyerang sesiapa sahaja yang memperkecil-kecilkan abangnya, Azmin Ali menerusi Twitter.

Terbaru, Azwan Ali mencabar Anwar Ibrahim agar mengisytiharkan abangnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selain menyatakan tidak bersetuju Anwar Ibrahim mahukan jawatan tersebut untuk dirinya sendiri.

Menurut Azwan Ali, Azmin merupakan antara sekelompok kecil yang masih tinggal untuk menyokong Anwar Ibrahim dengan penuh setia selepas Anwar Ibrahim diterajang daripada kabinet dan UMNO. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dari zaman Reformasi, kebanyakannya sudah meninggalkan Anwar, bahkan sebahagian besarnya pula kembali menyokong UMNO.

Tuesday, 4 February 2014

KM Sarawak ; Abang Johari Ganti Taib!!


KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.

"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. Saya tidak boleh ulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan sebuah akhbar pada Rabu bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.
.

Laporan itu, yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandangjawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.

Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri Perumahan Sarawak, turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi. - BERNAMA

Saturday, 1 February 2014

Kenapa Anwar Takut Sangat Dengan Shafee Abdullah??

Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.

Menurut Muhammad Shafee, keputusan pada hari yang sama itu perlu dibuat bagi membolehkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, dapat didengar pada 12 dan 13 Februari tanpa perlu sekali lagi ditunda.
“Saya mengetuai pendakwaan ini. Jika Mahkamah Persekutuan tidak buat keputusan sama ada saya layak atau tidak, kita tidak boleh teruskan rayuan ini kerana status saya. Hanya satu cara sahaja untuk pihak pendakwaan meneruskan rayuan tanpa saya iaitu jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan saya tidak layak.

“Namun semuanya terpulang kepada Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh baharu iaitu pada 11 Februari ini untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar bagi mengetepikan beliau yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.
Pada Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar dan memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah sah mengikut undang-undang.

Rayuan terhadap kes liwat Anwar dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara antara pukul 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dalam pada itu, diminta mengulas tindakan Anwar dan pasukan peguam belanya yang berterusan bertindak membuat rayuan bagi mengetepikan beliau meski pun pelantikan tersebut sah mengikut undang-undang, Muhammad Shafee berkata, rayuan dibenarkan tetapi berharap tidak berlanjutan.

“Kita perlu melangkah ke depan dalam kes ini. Kita ada peringkat lain dan kita tidak tahu keputusannya macam mana. Kedua-dua pihak mungkin merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan, (jika keadaan itu berlaku) lama lagi perjalanan yang perlu ditempuhi,” katanya.

Kepada persoalan sama ada keputusan rayuan kes liwat itu nanti jika berpihak kepada kerajaan bakal menjejaskan Anwar untuk bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau berkata, tidak terjejas kerana Ketua Pembangkang boleh membuat rayuan.

“Anwar masih boleh bertanding dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (sekiranya menang) kalau pun dia disabitkan bersalah dalam kes liwat dengan syarat rayuannya di Mahkamah Persekutuan nanti kekal dengan keputusan itu (dilepas dan dibebaskan). Jika tidak, beliau akan berdepan dengan masalah.

“Sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan ini (tuduhan liwat) adalah satu kesalahan yang serius, maka anda sama ada sebagai ahli politik, ahli Parlimen atau doktor akan berakhir. Keseluruhan kerjaya anda berakhir,” jelas Muhammad Shafee.

Mengenai spekulasi beliau bakal dilantik menjadi menjadi peguam negara, Muhammad Shafee menjelaskan, khabar angin sedemikian telah bertiup sejak 15 tahun dahulu tetapi pada masa yang sama menegaskan, jika kerajaan yakin atau percaya dengan kepakarannya beliau bersedia untuk memikul amanah tersebut