Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.
"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.
Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.
"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.
Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.
"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.
Tak heran jike Tun Dr Mahathir kate kerajaan Barisan Nasional akan kalah teruk pade PRU 14 akan datang. Fakta2 yang menjurus kepade kekalahan BN yang di bentangkan oleh Tun Dr Mahathir tu memang tepat dan benar belaka.
Pada PRU13 yang lepas BN terselamat hanye kerane BR1M. Rakyat yang kurang faham berpolitik dan sukar memahami dari mana datang nye wang BR1M inilah yang masih kuat menyokong BN. Tetapi dengan kenaik kan harga barang dan perkhidmatan yang terus mendadak sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran kepade kumpulan manusie yang kurang faham tentang berpolitik ini.
Semakin ramai kumpulan yang kurang faham tentang berpolitik ni sudah mule memahami tentang keadaan politik, mereka semakin sedar bahawe BR1M tu bukan nya wang yang keluar dari poket UMNO. Mereke juga sedar mengapa kerajaan BN mengurangkan atau menarik balik subsidi yang sepatut nya diberikan kepada rakyat.
UMNO juge pasti akan menerima padah apebilaGST di kuatkuasa kan pada tahun hadapan. Sebenar nya dengan penguat kuasaan GST ni pasti ianya akan melonjak kan kenaikan barang dan kos perkhidmatan. Rakyat sedar segala kos yang bertambah tu pasti akan terbeban di bahu rakyat. Sebenar nya tidak ada barang sesiapa yang hidup di muka bumi Malaysia ni terlepas dari bebanan GST.
No comments:
Post a Comment