Tuesday, 14 January 2014

TERKINI!! Saifuddin Diumum Pengerusi SPR Yang Baru


Sudah lama tidak tulis tentang Saifuddin Abdullah ini. Masa tengah panas isu Adam Adli turunkan bendera UMNO di PWTC, inilah orangnya (ketika itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) yang mahu berpihak kepada orang yang tidak menyokong UMNO. 
 
Ketika dua orang pengawal keselamatan UPM cedera dirempuh oleh pelajar pro pembangkang di UPM, inilah juga orangnya yang masih membela budak budak yang bersalah tersebut. 
Kemudian Saifuddin tulis lagi dalam Twitter "Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” ketika pembangkang mahu berkumpul di Dataran untuk gulingkan kerajaan pada 31 Disember 2013. 
 
Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Saifuddin? Beliau sebenarnya berada di pihak mana? Apakah kerana kalah dalam pemilihan di Bahagian Temerloh dan Majlis Tertinggi maka beliau sudah hilang pertimbangan sebagai seorang ahli UMNO?
Jika beginilah sikapnya, maka lebih baik Jawatankuasa Disiplin UMNO mengambil tindakan tatatertib ke atasnya. Tidak rugi UMNO tanpa Saifuddin. Ribuan lagi akan menyokong jika Saifuddin dikenakan tindakan. 
Semakin banyak dia bercakap, semakin ramai orang UMNO akan marah pada dia. Ini bukan cara politik baru.

No comments:

Post a Comment