PAS meminta semua pihak berikan tumpuan kepada perbincangan untuk menyelesaikan masalah rakyat supaya kerajaan sedar untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan cara itu kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
Beliau berkata demikian dalam akaun Facebooknya.
“Alangkah baiknya jika agensi agama, agamawan dan rakyat sentiasa berbicara mengenai penindasan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah,” katanya.
Beliau berkata, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
katanya, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
Tuan Ibrahim berkata, selain sukan, perkara seperti penindasan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.
“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” katanya.
Kenyataan beliau dibuat ketika negara menghadapi pelbagai masalah apabila kos sara hidup meningkat, pertembungan pendapat berlaku antara agama dan tekanan semakin hebat terhadap pemerintah negara sekarang.
Ini berikutan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan melalui pemotongan subsidi serta gagal menyelesaikan kegelisahan antara agama.
Di dalam Umno, tekanan semakin kuat agar Najib turun dan mereka mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke tampuk pemerintahan negara
No comments:
Post a Comment