Monday 9 September 2013

Masa Depan Azalina Makin Malap, 7 Negeri Sokong Penuh Kak Jat

                                       
IPOH - Wanita Umno di tujuh negeri telah menyatakan sokongan terhadap ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Shahrizat berkata Melaka, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Perak menyatakan sokongan itu ketika beliau melawat negeri-negeri berkenaan.

"Saya hargai dan saya mengambil berat amanah yang diberikan kepada saya," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Wanita Umno Perak di sini, hari ini.

Katanya jika diberi peluang untuk terus menerajui pergerakan itu, beliau akan memberi fokus terhadap peranan wanita dalam politik.

"Saya tidak berpuashati dengan pencapaian Wanita dalam politik. Ini akan menjadi obor perjuangan saya jika saya dipilih untuk mengemudi pergerakan Wanita Umno," katanya.

Pertandingan jawatan Ketua Wanita setakat ini membabitkan Shahrizat dan bekas ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Penamaan calon bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diadakan serentak pada 21 Sept manakala tarikh pemilihan 12 Oktober.  - Bernama

No comments:

Post a Comment