Thursday 12 September 2013

Gempar ; Azmin Ali Langgar Wan Azizah


Kebanyakan pemerhati politik tanah air berpendapat, krisis terbuka antara Timbalan Presiden Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan berlakunya konflik antara kepentingan parti dan kepentingan individu kepimpinan, yang mana dapat dilihat dalam Umno pada suatu ketika dahulu.

Bukan lagi krisis terpencil, Azmin sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan parti yang dilabel "parti keluarga" itu dengan Wan Azizah sebagai Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, dan anak mereka Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden.

Malahan, terdapat juga ura-ura Azmin akan menentang Wan Azizah dalam pemilihan parti berkenaan yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, meskipun pertandingan merebut jawatan parti itu normal, namun PKR perlu membuktikan sikap keterbukaan sekiranya Azmin benar-benar bertanding menentang Wan Azizah dalam pemilihan akan datang.

"Kita tahu berlakunya krisis antara Azmin dan Khalid, dan juga Wan Azizah... namun kita tak tahu berapa serius krisis ataupun keretakan itu," katanya ketika dihubungi.

"PKR adalah parti serpihan Umno, dan Umno suatu ketika pernah mengalami insiden sama sehingga mengakibatkan perpecahan, namun bagi PKR kita sedar krisis telah berlarutan sejak sekian lama," katanya.. Lapor The Malaysian Insider di SINI

..... Aku setuju dengan pendapat Prof Madya Shaharuddin Badaruddin yang menganggap pertandingan dalam parti tidak boleh dianggap sebagai perpecahan kerana ia adalah lumrah dalam politik.

Tetapi dalam hal Azmin dikatakan akan mencabar Wan Azizah bagi kerusi Presiden PKR dalam pemilihan yang akan berlangsung pada tahun hadapan, aku tak nampak akan berlakunya pertandingan bagi jawatan itu..

Sebabnya ialah.. Dalam Kongres khas PKR yang telah diadakan pada 13 June 2009 telah diluluskan pindaan perlembagaan parti.

Antara pindaannya ialah menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali, pindaan itu diterima selaras dengan apa yang di peruntukan dalam Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Bagi mengelakkan Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama.. serta bagi mengelakkan apa yang berlaku di parti-parti lain contohnya UMNO berulang di PKR, tempoh yang telah ditetapkan bagi Presiden memegang jawatan itu ialah maksimum tiga penggal atau selama sembilan tahun.

Dan pada 4 April 2013 yang lalu KEADILAN telah mencapai genap usia 14 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.

Jadi selama 14 tahun itulah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjadi Prediden bagi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang pada mulanya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.

Oleh itu jika berpegang kepada perlembagaan yang telah diluluskan itu.. Presiden yang ada sekarang telah tamat tempoh perkhidmatannya..

Jika tiada sebarang perubahan pada perlembagaan pada saat-saat akhir.. Azmin Ali bakal mengambil alih teraju Parti Keadilan Rakyat sebagai Presiden tanpa sebarang pertandingan..

Lagipun buat masa ini hanya Azmin yang dilihat layak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.. takkan nak suruh Ketua Umum bertanding jawatan Presiden pulak kot..

Ketua Umum tu kan kalau ikut hiraki parti kedudukannya lebih tinggi dari Presiden, walaupun pada hakikatnya Ketua Umum tu takdak dalam jawatan rasmi parti pun.

Cerita ni Mc baca di blog sebelah sana. Kadang-kadang kita pun kena tau juga apa jadi dengan puak depa ni. Tapi nampak gaya, Wan Azizah lepas ni dah boleh berehat jaga cucu la noo.. he he

No comments:

Post a Comment