Wednesday, 7 March 2012

EXCO KEDAH SAHKAN PHAROLRAZI TEMBERANG

2 Exco Kedah telah menafikan tuduhan Phahrolrazi sepertimana yang disiarkan oleh MalaysiaKini semalam. Rupanya kat Kedah, tak ada pun projek yang bernilai RM600 juta yang didakwa oleh Phahrolrazi tu. Kalau adapun projek jalan, hanya setakat RM60 juta aje. Sah...Phahrolrazi temberang dan nampaknya benarlah yang dia cuba nak mengheret UMNO untuk mewajarkan dia memegang semula jawatan Exco tu.

                                                                   (SONGKOK TAK TANGGAL PUN MENIPU JUGAK)

Bila 2 Exco tu dah bersuara dan tak menyebelahinya, tentu nanti Phahrolrazi akan tuduh pulak 2 Exco tu dibayar oleh UMNO dan akan mintak Azizan pecat pulak 2 Exco tu. Nanti kalau Azizan tak pecat, Azizan pulak akan dituduh sekongkol dengan UMNO. Begitulah seterusnya politik PAS, UMNO sentiasa dekat dihati mereka. Sebenarnya mereka semua ni "benci tapi rindu" kat UMNO.

No comments:

Post a Comment