Thursday, 15 March 2012

Dokumen Sulit MO PKR



Anwar Ibrahim tidak perlu terkejut bagaimana dokumen sulit ini sudah berada di dalam tangan blogger-blogger pro kerajaan.
Jejak langkah dan modus operandi PKR kini sudah diketahui sebelum bermulanya pilihanraya umum nanti.

Untuk perhatian para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, sila ambil berat dokumen yang didedahkan ini ...
Agenda tertinggi Anwar Ibrahim adalah mahu memusnahkan kepercayaan rakyat ke atas kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional melalui strategi yang dihasilkan melalui kepakaran luar ( CIA dan/atau KAF ).
1) Pengundi baru dipersetujui agar diberikan perhatian khas.
2) Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai Isu Melayu perlu ditonjolkan.
3) Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi UMNO lah penyebab kelemahan Melayu.
Ini adalah tiga isu utama yang akan diketengahkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyuburkan kebencian amat tinggi rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.


Dokumen Sulit Fitnah dan Propaganda Berada Atas Meja Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim dan PKR tahu majoriti sokongan dan undi orang Melayu sudah kembali ke arah UMNO dan Barisan Nasional. Perlu ada satu rangka strategi untuk mengalih perhatian orang Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat melalui tiga tiga isu utama yang perlu ditonjolkan secepat mungkin.
Anwar Ibrahim telah mengarahkan setiap pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumpukan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah sebagai senjata utama dalam memastikan serangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional tidak akan berhenti sehinggalah pilihanraya umum diadakan kelak.
Paling utama adalah untuk menutup segala Agenda Transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak memegang tampuk sebegai Perdana Menteri Malaysia.
Kerana itulah setiap agenda yang diperkenalkan oleh kerajaan baik dari pengenalan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan segala jenis kemudahan dan subsidi yang diberikan perlu ditutup rapat dengan agenda mengaitkan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah UMNO dan Barisan Nasional.
Hasutan dan kebencian yang mendadak perlu diterapkan ke dalam jiwa rakyat khasnya orang Melayu agar propaganda yang sama pernah dimainkan sewaktu pilihanraya umum ke-12 akan berulang dalam memberi kelebihan undi kepada Pakatan Rakyat.
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu peka dengan pendedahan dokumen sulit ini dan wajib bertindak pantas dalam membalas fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment