Cukup
menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim
sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar
Baba.
Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.
RM
200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan
Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr
Mahathir.
Kesemua
wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng
Chan. I help you ... you help me, mantap!
Pada
GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan
dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi
Awang.
Demi
kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.
Persoalan
paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan
rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir
selain dari RPK?
Dalam
Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh
sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik
wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.
Begitu
juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk.
, bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik
paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar
Baba.
(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan
pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New
York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap
di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China
Post bagi artikel politik di Malaysia.)
Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar
Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan
sejumlah wang tunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi
merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar
Baba.
Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin
merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada
barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem
naungan untuk kepentingannya.
Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan
dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan
wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan
pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada
tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh
dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah
beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.
Bagaimana
dengan wartawan dan penulis buku politk tempatan yang turut mengetahui nafsu
rakus Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik wang sewaktu dalam UMNO, namun
mendiamkan diri kerana Anugerah Tuhan ini sudah berada dalam kem yang
sama.
Dua
ekor badut sarkas pembangkang, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar a.k.a
blogger MSO cukup masak mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh
Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.
Bak
kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...
Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk
membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk
kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau
lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada
memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas
dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun
kemnya
Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah
dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua
pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat
katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan
Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan
ribu ringgit.
Berapa
lama lagi rakyat perlu berterusan mendengar pembohongan Anwar Ibrahim kononnya
mahu menghapuskan rasuah kerana beliaulah Bapa Rasuah & Politik Wang No.1
UMNO suatu ketika dahulu.