Tuesday, 14 January 2014

Muzakarah UMNO - PAS Bermula Dengan Bincang Isu Rakyat

PAS meminta semua pihak berikan tumpuan kepada perbincangan untuk menyelesaikan masalah rakyat supaya kerajaan sedar untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan cara itu kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
Beliau berkata demikian dalam akaun Facebooknya.
 
 
Beliau berkata, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
katanya, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
 
Tuan Ibrahim berkata, selain sukan, perkara seperti penindasan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.
 
“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” katanya.
 
Kenyataan beliau dibuat ketika negara menghadapi pelbagai masalah apabila kos sara hidup meningkat, pertembungan pendapat berlaku antara agama dan tekanan semakin hebat terhadap pemerintah negara sekarang.
 
Ini berikutan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan melalui pemotongan subsidi serta gagal menyelesaikan kegelisahan antara agama.
 
Di dalam Umno, tekanan semakin kuat agar Najib turun dan mereka mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke tampuk pemerintahan negara

Hari Jadi Ke 83 Tuan Guru Nik Aziz


Sekarang tiba musim maulud Nabi..! Semalam semasa kahtib menyampaikan khutbah pun menceritakan akan kebesaran dan kelebihan Rasullullah S.A.W. Menitis air mata ini bila mengenangkan pengorbanan dan rasa kasih Baginda Rasul keatas kita umatnya..!

Semalam juga jatuh hari ulang tahun Tuan Guru Nik Aziz yang ke 83 tahun… Agaknya tahun ni Tuan Guru Nik Aziz potong kek di mana? Di rumah pemimpin DAPig lagi ke? potong kek yang diberi oleh paderi gereja ke?

Kepada pengikut taksub Tuan Gunu Nik Ajis.. Sedar la bahawa tok garu kamu ni jauh dah sesat..! Jauh dah tersasar..! Lebih jauh tersasar dan sesat apabila mengatakan Tuhan mencarut, boleh berkawan dnegan syaitan, mendoakan keburukan ke atas sesama Islam malah yang lebih malang apabila menyeleweng menyamakan Rasullulah dengan Mat Mat di kampung..!
Berubah la..! Insaf la..! Bertaubat la..!



Seperkara yang menarik ialah tarikh hari jadi Tuan Guru Nik Ajis dengan YB KJ kebetulan jatuh pada hari yang sama..! yang lebih menarik tahun ni ialah sorang sambut ke 83 dan sorang lagi ke 38..nampak..!

Fakta Menarik Tentang Kangkung Yang Kita Tak Tau!!

https://www.facebook.com/pistoldanakal


Fakta Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kangkung
 
#Bersuaralah kamu pada perkara berguna. Itulah sifat orang bijaksana.

Kredit kepada MYKMU untuk gambar.

Bob Lokman Hampir Bertaubat Setelah Terlantar di Wad


Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat lemah jantung.Berita ini dikhabarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam page Facebooknya.Menurut ustaz :
 
"Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh,bersama sepupu YB Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU,setelah jantungnya lemah kembali..saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.." 
 
Walaupun perbezaan ideologi politik,saya doakan agar Bob Lokman segera sembuh dari kesulitan yang dialaminya.Kepada warga maya.doalah yang terbaik untuk Bob Lokman,mudah-mudahan dia cepat sembuh..

AMIN...

Mesyuarat UMNO Selangor di Australia...??


Tak ada masalah nak cari masalah....
 
Tak ada penyakit nak cari penyakit....
Elok elok hidup tak susah tapi sengaja menyusahkan hidup....

Demikianlah kisahnya dengan gelagat pelik seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor! Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Noh Omar.
 
Apakah Noh Omar ada penyakit kurang daya ingatan...? Beliau lupa bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang gagal, iya mereka tewas pada PRU ke 13. Untuk tambah sos dan cili kasi taruk..., jangan kita juga mahu buat buat lupa, hakikatnya daripada 22 kerusi DUN kini hanya tinggal 12 kerusi DUN sahaja, kalah teruk!
 
Tak perlu kita untuk terus-terusan menuding jari sana sini mencari salah siapa punca UMNO Selangor tak berjaya rampas negeri Selangor pada PRU ke 13 yang lalu. Kita kena berfkiran positif, think positive and Move Forward..!

UMNO Selangor khususnya kena mencari kaedah untuk membuat gerak kerja lebih gigih dari sekarang, fokus pada impian menawan semula negeri yang paling kaya di semenanjung tanahair kita ini.
 
Selain daripada UMNO Selangor perlu mula dari sekarang membuat gerak kerja tersusun, yang paling penting mereka juga WAJIB mengelak daripada membuat sebarang keputusan 'bangang' dan tak masuk akal waras manusia...
 
TETAPI malang sungguh nasib UMNO Selangor apabila mendapat Kapitan yang tak berfikir dengan baik. Noh Omar diberitakan membuat rancangan untuk mengadakan Mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor di luar negara... Mahu diadakan di Perth Australia!
 
Mujurlah cadangan ini ditolak mentah mentah oleh YAB Datuk Sri Najib yang menegur Noh supaya membatalkan idea bangang ini, sekiranya diteruskan sudah pasti ianya akan menjadi kecaman hebat ahli ahli akar umbi UMNO dan juga sudah pasti menjadi bahan untuk Pakatan Pembangkang membelasah UMNO Selangor... 
 
Akan disusuli pula dengan lahirlah kebencian meluas pengundi pengundi di Selangor terhadap UMNO!
 
Kisah ini ada kaitan dengan artikel di SINI

Kangkung Punca Populariti Najib Makin Merudum

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.
 
Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.
 
"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.
"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.
 
Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.
 
"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.
"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.
 
Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.
 
Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.
 
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.
 
Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.
 
Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.
 
Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.
 
Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
 
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.
 
Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.
 
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
 
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
 
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013

Sebab Kangkung, Vateran UMNO Nak Tun Mahathir Ganti Najib

Nostalgia untuk zaman yang lebih baik mendominasi minggu ini apabila veteran Umno secara terbuka menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula menerajui negara manakala adik perdana menteri memintanya kembali kepada integriti sebagaimana yang dilaksanakan oleh bapa mereka yang juga bekas perdana menteri.
 
Tetapi zaman yang lebih baik ialah apabila Umno adalah dominan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ) digunakan untuk menutup mulut mereka yang berbeza pendapat, sesuatu yang Tan Sri Zainuddin Maidin sentuh apabila meminta Dr Mahathir dikembalikan untuk memimpin negara.
 
Beliau adalah penyokong tegar Dr Mahathir terkini yang menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti turun. Beberapa blogger pro-Dr Mahathir membuat penyataan yang sama dalam minggu selepas pemilihan Umno lalu ketika kem Najib menang dengan bergaya.
 
Mereka juga bersikap sama terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada April 2009, setahun selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila hilang majoriti 2/3.
Tetapi Umno terpaksa memilih Najib, anak perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan lelaki yang dididik untuk kerja itu selepas bapanya meninggal dunia 38 tahun lalu, semalam.
 
Dan Dr Mahathir bersetuju dengan pilihan itu, di mana beliau menyertai semula Umno sehari selepas Najib menjadi presiden parti. Itu adalah lima tahun lalu dan Najib mengambil kuasa dengan menyedari bahawa zaman kerajaan serba tahu sudah berlalu, melembutkan tekanan undang-undang berkaitan keselamatan dan meliberalisasikan ekonomi, mahu mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, dan ia mengecewakan golongan pro-Dr Mahathir.
 
Pada tahun lalu apabila BN kalah lebih teruk dalam Pilihan Raya Umum 2013, Putrajaya memberikan semula beberapa kebebasan dan keutamaan kepada agenda ekonomi Bumiputera. Namun, golongan pro-Dr Mahathir tetap tidak gembira dan kini mahu perubahan.
 
Jadi, Najib mesti pergi dan Malaysia perlu kembali ke zaman Mahathir di mana pertumbuhan negara adalah tinggi dan mereka yang tidak bersetuju perlu tinggal di Kamunting, padahal baru beberapa hari lalu kita melihat tahanan terakhir ISA meninggalkan pintu kemnya.
 
Tetapi cadangan ini tidak boleh dilaksanakan. Zaman Mahathir mencipta terlalu ramai "kucing gemuk" yang hanya berjaya kerana mereka adalah kroni dan anggota polis yang bergantung kepada ISA untuk menjaga keamanan dan bukannya melalui kerja detektif sebenar.
 
Tidak menghairankan apabila sesetengah pihak mahu kembali ke era itu, untuk menjaga wang dan kuasa mereka dalam tahap persaingan ekonomi di padang permainan yang semakin sama rata dan ekonomi global yang semakin mengecil.
 
Tetapi siapakah di kalangan ahli parlimen Umno boleh menggantikan Najib? Yang pro-Dr Mahathir namakan tidak ada, kecuali Dr Mahathir sendiri mengetuai majlis orang tua untuk melakar masa depan Malaysia.
 
Itulah yang boleh dikatakan tentang bakat yang ada dalam Umno selepas sekian lama Dr Mahathir berkuasa. Ia memperlihatkan apa yang boleh diperolehi daripada demokrasi terpimpin Umno.
Untuk golongan pro-Dr Mahathir, hanya doktor yang baik ini boleh menyelamatkan negara dan pulang ke tahun-tahun kegemilangan 1980-an apabila Malaysia merupakan harimau ekonomi Asia bersama dengan Indonesia, Filipina dan Thailand.
 
Tidak ada orang lain. Tidak seperti syair pujian Datuk Seri Nazir Razak kepada bapanya yang dilihat sebagai seorang yang berintegriti, seorang demokrat dan pejuang nasionalis bagi negara ini lebih daripada untuk bangsa atau keluarganya sendiri.
 
Kedua-dua pro-Dr Mahathir dan Nazir adalah sentimental zaman gemilang, satu untuk seorang lelaki dan satu lagi untuk kehebatan seorang lelaki - sesuatu yang tidak ada pada Najib.
Namun, Najib mempunyai mandat untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi, kecuali berlaku pemberontakan parti. Tetapi dia mesti membuat keputusan, sama ada untuk melayan karenah golongan pro-Dr Mahathir dan berhenti atau menjadi perdana menteri seperti bapanya.
Dia mesti membuat keputusan segera atau nostalgia ini akan menjadikan dia dan negara jatuh lebih dalam.