Tuesday 27 January 2015

PAS vs DAP.... PASMa Yang Menang



Agak hangat dan gamat bila laki bini bergaduh dan tuduh menuduh kononnya si suami tak perform, lembik dan si isteri pula bersikap dingin dan tak feel langsung.
 
Mungkin itulah yang terjadi antara PAS dan DAP sekarang. Semuanya kerana permainan orang ketiga yang cuba menganggu gugat keharmonian perkahwinan mutaah mereka.
 
Cinta tiga segi mereka yang disangka indah apabila bermadu rupanya begitu mengerikan disebabkan kecurangan.
 
Tak mungkin akibat 'kelonggaran' atau 'kurang kemantapan' tersebut dapat diperbaiki lagi meskipun diberi ubat kuat perkasa dan jamu perabat dengan dos yang begitu tinggi.  
 
DAP selama ini bongkak menganggap mereka begitu besar kerana ada banyak wang memperleceh PAS hanya sekadar pak-pak turut yang boleh dibayar untuk meramaikan majlis. 
 
Namun ternyata PAS terutamanya para ulama masih punyai maruah tak rela diperkudakan oleh DAP.
 
Hudud Kelantan jadi igauan ngeri DAP 
 
Di kalangan ahli-ahli DAP dulu dan kini masih lagi menganggap Islam dan Melayu sebagai musuh utama tak kira samada Melayu itu PAS atau UMNO.
 
DAP dah mula memperlekeh kerajaan PAS Kelantan kononnya lembab menangani isu banjir hingga terpaksa menjemput kerajaan Persekutuan yang diketuai Najib.
 
Bagi DAP ia seolah-olah membuka pekung sendiri dan menyembah musuh tradisi minta simpati.  
 
Namun di pihak kerajaan Persekutuan dan BN, rakyat yang susah wajib dibantu tanpa kira ideologi...
 
Hmmm... begitu tinggi dan mulianya sifat orang-orang BN-UMNO yang selama ini hebat dikeji namun masih lagi meletakkan sifat kemanusiaan dan ukhwah sebagai pegangan. 
 
Nak harap keikhlasan DAP bantu mangsa banjir di Kelantan...mungkin boleh dipertikaikan. Tetapi kenapa PASMa dijadikan sebagai orang tengah dalam pemberian bantuan DAP kepada kerajaan Kelantan?
 
Adakah untuk menutup isu pembalakan haram ahli DAP Ngah dan Ngeh atau untuk mengangkat imej Husam Musa sebagai penggerak PASMa di Kelantan sekaligus menutup skandal balaknya.
 
Pemberian bantuan itu juga bersyarat untuk mengikat PAS Kelantan agar tidak melaksanakan hudud di negeri itu yang amat ditakuti DAP. 

Banjir balak antara sumbangan besar DAP pada Kelantan: Kini PASMa dijadikan 'orang tengah' dengan kerajaan PAS Kelantan untuk cuci sisa selut dan taik DAP...dalam masa yang sama sebagai sogokan untuk halang hudud.
Sebabnya tak pasal-pasal nanti kaum-kaum DAP akan dikenakan hukuman jika melakukan kesalahan. Tak pun pelanggan-pelanggan aktiviti haram DAP akan turut dihukum jika bersalah.
 
Malah DAP sebenarnya amat takut jika fenomena hudud ini menjadi ikutan dan dibawa ke negeri-negeri lain. 
 
Apatah lagi UMNO sendiri sudah berlembut dengan PAS dalam menangani isu banjir di Kelantan dan menyerahkan sepenuhnya kuasa pada PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri yang mereka tadbir itu. 

Maka PASMa yang liberal dan kadang kala biadap itu akan dijadikan pengimbang bagi menyekat kemaraan golongan ulama dalam PAS.
 
Perangai macam ni tentulah tidak disukai golongan ulama-ulama syura PAS.
 
PAS dah cabar DAP
 
Bila DAP mempertikaikan kemampuan PAS Kelantan mengendalikan banjir dan mempersoalkan kenapa PAS menentang pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), PAS mula bangkit mencabar DAP.
PAS mencabar DAP agar membentangkan rang undang-undang persendirian pilihanraya PBT di Parlimen.
 
Sudah pasti undang-undang itu tidak akan diluluskan kerana tiada sokongan majoriti. UMNO-BN dan PAS mesti tak setuju.
 
Jadi sekarang PAS ada modal baru menentang ketamakan DAP. Sudah ada kuasa dan modal untuk mengugut serta mengimbangi kerakusan DAP.  
 
Jika DAP boleh menentang hudud, maka PAS juga boleh menentang pilihanraya PBT yang tidak berfaedah itu...
 
Isu Anwar: Siapa nak kena tutuh lepas ni?
 
Menjelang 41 Januari bersamaan 10 Januari 2015 sempena Kedatangan tahun Kambing Jamnapari, kes Anwar Ibrahim akan diputuskan samada dia kekal dipenjarakan atau sebaliknya atas kesalahan meliwat pekerjanya; Saiful Bukhari.
 
Hingga sekarang para peguam Anwar tidak boleh menjawab mengapa benih boboinya si Anwar berada jauh 4 inci di dalam rektrum si Saiful.
 
Sebagai majikan Anwar telah bertindak menganiayai pekerjanya dengan meliwat mangsa tanpa kasihan dan memikirkan maruah serta masa depan pekerjanya itu.
 
Jika adapun alasan suka sama suka atau mangsa rela diliwat itu tetap menjadi kesalahan dan wajar Anwar dihukum penjara dan rotan. 
 
Perbuatan keji ini amat memalukan Islam. Manusia sedemikiankah mahu dijadikan pemimpin Malaysia, menjadi Perdana Menteri?
 
Berapa ramai lagi rakyat yang akan dibiayai duit-duit haram tokey-tokey DAP untuk menjadi hakim negara yang tidak bertauliah berdemo atau mungkin merusuh demi membela si KETUM itu?
 
Adakah para ulama PAS mahu membisu atau menyokong lagi si KETUM yang menjadi punca pepecahan dalaman PAS hingga mewujudkan PASMa yang masih ketagihkan bini si KETUM menjadi MB Selangor?
Adakah para ulama syura PAS masih mahu menfatwakan bahawa menyokong Anwar adalah jihad menentang kezaliman UMNO sedangkan sudah nyata ke mana saja Anwar pergi pasti ia menimbulkan kerosakan?
 
Tq My Massa

No comments:

Post a Comment