Sunday, 8 September 2013

PPPMM ; Kerajaan Perlu Fokus Nasib Orang Melayu

                                                               
A Rahman


SENAI - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta barisan menteri kabinet dan wakil rakyat lebih fokus memikirkan persediaan orang Melayu dalam tempoh lima tahun akan datang.
 
Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, tempoh lima tahun mungkin suntuk untuk membangkitkan orang Melayu dalam bidang penting seperti ekonomi, pendidikan, membasmi pengangguran dan kemiskinan tegar serta mengukuhkan ummah.
 
Menurutnya, bagaimanapun, jika tidak diwujudkan, Melayu akan terus ketinggalan dalam semua perkara.
 
“Terdapat kepentingan orang Melayu seperti tanah rizab Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi yang dilihat semakin terhakis.
 
“Ia hanya dibiar tanpa mana-mana badan memberikan tumpuan sepenuhnya, sedangkan kita mempunyai pelbagai badan untuk menganjakkan kedudukan bumiputera ke tingkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
A Rahman berkata, negara kini mempunyai banyak badan baru yang ditubuhkan sebagai tempat orang Melayu bergantung seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, tetapi masih sukar memperoleh kemudahan.
 
“Orang Melayu yang tersepit sukar mendapat pemulihan sama ada dalam bidang perniagaan mahupun dalam urusan kehidupan peribadi,” katanya.
 
Justeru beliau berpendapat semua wakil rakyat perlu ada satu mekanisme dengan membentuk satu pelan jangka panjang dengan memberi tumpuan soal ekonomi, pengangguran, pendidikan mengikut keperluan semasa.

Bila Anak Cina Bercakap Tentang Melayu

Zairil Khir Johari                                                               
SHAH ALAM - "Tiada seorang pun perwakilan yang ditindas dalam DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya bersama parti itu, beliau tidak pernah menghadapi sebarang masalah atau dikenakan sekatan bersuara atau berpolitik, walaupun beliau adalah seorang berbangsa Melayu.

"Sepanjang pengalaman saya dalam parti DAP, saya nampak tidak pernah ada masalah, lebih-lebih lagi yang berasaskan kepada kaum dan agama," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Tambah Zairil lagi, pendekatan yang diguna pakai DAP pada masa ini berasakan prinsip keterbukaan dan sentiasa positif kepada kebebasan bersuara rakyat khususnya generasi anak muda.

"Saya dapati dalam DAP ialah keterbukaannya di dalam mendengar rintihan serta suara anak muda.

"Bagi saya peluang dan ruang anak muda untuk maju di dalam DAP sangat cerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hala tuju pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam mendepani cabaran demokrasi dalam menerima keahlian selain kaum Cina dalam keanggotaan parti itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hala tuju pemilihan semula CEC pada akhir bulan ini, beliau berkata, DAP akan membuktikan yang terbaik bagi mengelakkan sebarang kontroversi susulan dilabelkan sebagai tidak demokrasi kerana mengekalkan muka lama.

"Bagi saya pada pemilihan CEC kali, yang lebih penting DAP harus buktikan bahawa calon yang terpilih adalah daripada kalangan calon-calon yang terbaik dari segi kebolehan, potensi dan rekod prestasi dalam parti.

"Warna kulit dan sebagainya tidak penting, sepertimana prinsip perjuangan pari iaitu perjuangan untuk semua," katanya.

Manakala ketika disoal mengenai bagaimana strategi DAP bagi mengelak provokasi menjelang CEC kali ini beliau mengatakan DAP sentiasa bersedia serta tidak mudah termakan dengan perkara tersebut.

"Provokasi sudah tentu akan muncul gara-gara musuh kita, yang penting kita (DAP) tidak termakan umpan perkauman," katanya.

Mat Sabun Ingkar Fatwa Nik Aziz

mat sabu                                                            
SHAH ALAM – Walaupun pucuk pimpinan inginkan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi golongan ulama, Mohamad Sabu tetap memutuskan akan mempertahankan jawatannya itu pada muktamar tahunan parti kali ke-59 November depan.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

“Selain daripada itu, saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai apakah beliau akan mempertahankan jawatannya itu atau melepaskan kepada pemimpin lain.

Persoalan ini timbul berikutan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu, yang menyatakan harapannya supaya jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama yang tinggi.

Ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz itu, Mohamad menjawab: "Tiada kenyataan lanjut daripada saya".

Nik Aziz, dalam kenyataannya, juga mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas kerana kebolehannya memimpin parti tersebut.

Kesian Tengok Cara Dato Hisham Kempen Naib Presiden

 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau bersedia elaunnya sebagai menteri dan wakil rakyat dipotong untuk bersama-sama merasai kesusahan rakyat dan membantu ekonomi negara.

Katanya, saranan yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perkara yang boleh dipertimbang dan dibincangkan.

“Sebagai wakil rakyat dan menteri, saya sanggup elaun saya dipotong dalam usaha untuk berjimat. Jika pemotongan elaun saya boleh membantu mengukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan bersedia melakukannya.

“Kita (wakil rakyat) harus melakukan perkara sama (potongan elaun) dalam konteks penjimatan supaya rakyat melihat. Pada saya secara peribadi saya sanggup tak kira membabitkan apa-apa pemotongan elaun,” katanya ketika mengulas saranan Dr Mahathir supaya perbelanjaan kerajaan dikurangkan dalam membantu menurunkan defisit negara.

Hishammuddin ditemui selepas Badan Perhubungan UMNO Johor mengadakan pertemuan tertutup bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.
 
Hishammuddin berkata, pemotongan elaun boleh dilaksanakan jika wakil rakyat bersatu hati dalam berdepan waktu sukar dan mempertahankan ekonomi negara.
 
“Kita (wakil rakyat) kena hadapi kesusahan sedikit, perkara ini bukan lama. Jika kita teragak-agak melaksanakan perkara ini semua pihak akan terjejas jika ekonomi merudum.
 

“Jika ekonomi kita gagal dipertahankan dan ketika itu baru mahu lakukan pemotongan elaun wakil rakyat, ia mungkin sudah terjejas (teruk). Oleh itu pada saya baik potong elaun kita sekarang,” katanya

Ni Wasiat Nik Abd Aziz!!



Kali ini rasanya benar la apa yang diucapkan oleh Nik Aziz kepada para kuda belang hamPAS. Kembalikan barisan pemimpin hamPAS dikalangan mereka yang sayang, suka dan berlatarbelakang kan agama. Nik Aziz tahu bahawa hamPAS sudah jauh tersasar..! 
Nik Aziz tahu bahawa tindakannya selama ini telah menyebabkan hamPAS hancur..! maka sebelum menutup mata...diharap kuda belang hamPAS boleh membantu Nik Aziz untuk lebih mudah menutup matanya walaupun lidah terjelir...!!!
Lu Fikir La Sendiri!!
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama.
Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.
Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas.
Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi menggerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama.
"Saya sokong kenyataan beliau (Nik Abdul Aziz), sebab untuk memimpin parti Pas yang memperjuangkan dasar serta matlamat perjuangan Islam, pemimpin kalangan ulama tidak diketepikan, sebaliknya sangat diperlukan.
"Sama juga kalau kita nak ambil pemandu, dia (pemandu) kena mahir selok-belok memandu dan tahu ikut jalan mana sekalipun. Kalau di jalan berselekoh, dia pergi pandu terus macam di jalan lurus, susah lah kita," katanya.
Semalam, Nik Abdul Aziz menyatakan harapannya agar perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas ke-59 bermula 22 November ini.
Katanya, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, secara peribadi, beliau juga mahu orang ulama menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Harun seterusnya berkata, sekiranya jawatan nombor dua itu diisi oleh ulama, ia juga sangat relevan dengan kepimpinan tertinggi Pas yang diterajui Abdul Hadi selaku Presiden parti

Zahid Bakal Langgar Muhyiddin??

Bagan Datoh: “Orang itu gila, sila tulis dalam laporan berita awak,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri merujuk kepada laporan portal berita bahawa ada pemimpin UMNO di Sabah mendakwa dirinya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.      
Patut tahu pendirian

  Katanya, mereka yang membuat dakwaan itu sepatutnya tahu pendiriannya malah secara sinis meminta pihak membuat dakwaan itu tahu membezakan antara jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden.

“Sudah banyak kali saya kata hanya mempertahankan (jawatan) sebagai Naib Presiden. Bezakan Naib Presiden dengan Timbalan Presiden,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra Skuad 1Malaysia Negeri Perak di Kompleks Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Simpang Tiga di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Puan Seri Zuraidah Mohamad dan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut laporan portal berkenaan khabar angin dan cakap-cakap sekumpulan pemimpin UMNO Sabah kemungkinan Ahmad Zahid akan bertanding jawatan nombor dua parti mula tersebar di Sabah.
Sambut baik hasrat

Ahmad Zahid sebelum ini turut menyambut baik hasrat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebagai calon kelima menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden UMNO.

Malah, beliau menyifatkan pemilihan UMNO kali ini lebih meriah, sekali gus membuktikan pertandingan bagi jawatan naib presiden ke bawah lebih terbuka dan meminta perwakilan UMNO membuat pilihan terbaik pada pemilihan nanti.

Farah Intan Sebabkan PEMANDU Jadi PELINGKUP!!

 
Kelakuan tingkah laku dan perangai salah seorang pegawai di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dilihat akan menjadi punca utama kerja kuat YAB Datuk Sri Najib akan gagal dalam usaha untuk mentadbir negara....
Terbongkar pula kisah seorang kakitangan orang dikira ada "power" dalam PEMANDU yang dipersoalkan intregiti beliau...! 
 
Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co.
Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Wanita ini menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.
Dia suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.
 
Inilah dia ciri ciri yang disukai oleh Anwar untuk didampingi dan berpeluang tahu rahsia kerajaan....!
Baca seterusnya..., di SINI