Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri merujuk kepada laporan portal berita bahawa ada pemimpin UMNO di Sabah mendakwa dirinya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.
Patut tahu pendirian
Katanya, mereka yang membuat dakwaan itu sepatutnya tahu pendiriannya malah secara sinis meminta pihak membuat dakwaan itu tahu membezakan antara jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden.
“Sudah banyak kali saya kata hanya mempertahankan (jawatan) sebagai Naib Presiden. Bezakan Naib Presiden dengan Timbalan Presiden,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra Skuad 1Malaysia Negeri Perak di Kompleks Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Simpang Tiga di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Puan Seri Zuraidah Mohamad dan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Menurut laporan portal berkenaan khabar angin dan cakap-cakap sekumpulan pemimpin UMNO Sabah kemungkinan Ahmad Zahid akan bertanding jawatan nombor dua parti mula tersebar di Sabah.
Sambut baik hasrat
Ahmad Zahid sebelum ini turut menyambut baik hasrat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebagai calon kelima menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden UMNO.
Malah, beliau menyifatkan pemilihan UMNO kali ini lebih meriah, sekali gus membuktikan pertandingan bagi jawatan naib presiden ke bawah lebih terbuka dan meminta perwakilan UMNO membuat pilihan terbaik pada pemilihan nanti.
No comments:
Post a Comment