Sunday 8 September 2013

PPPMM ; Kerajaan Perlu Fokus Nasib Orang Melayu

                                                               
A Rahman


SENAI - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta barisan menteri kabinet dan wakil rakyat lebih fokus memikirkan persediaan orang Melayu dalam tempoh lima tahun akan datang.
 
Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, tempoh lima tahun mungkin suntuk untuk membangkitkan orang Melayu dalam bidang penting seperti ekonomi, pendidikan, membasmi pengangguran dan kemiskinan tegar serta mengukuhkan ummah.
 
Menurutnya, bagaimanapun, jika tidak diwujudkan, Melayu akan terus ketinggalan dalam semua perkara.
 
“Terdapat kepentingan orang Melayu seperti tanah rizab Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi yang dilihat semakin terhakis.
 
“Ia hanya dibiar tanpa mana-mana badan memberikan tumpuan sepenuhnya, sedangkan kita mempunyai pelbagai badan untuk menganjakkan kedudukan bumiputera ke tingkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
A Rahman berkata, negara kini mempunyai banyak badan baru yang ditubuhkan sebagai tempat orang Melayu bergantung seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, tetapi masih sukar memperoleh kemudahan.
 
“Orang Melayu yang tersepit sukar mendapat pemulihan sama ada dalam bidang perniagaan mahupun dalam urusan kehidupan peribadi,” katanya.
 
Justeru beliau berpendapat semua wakil rakyat perlu ada satu mekanisme dengan membentuk satu pelan jangka panjang dengan memberi tumpuan soal ekonomi, pengangguran, pendidikan mengikut keperluan semasa.

No comments:

Post a Comment