Monday 28 May 2012

Tahniah Anak FELDA


Biarpun bapanya seorang peneroka Felda di Redong, Segamat, Johor dan ibunya hanya suri rumah namun ia bukan menjadi halangan latar belakang keluarga berpendapatan rendah untuk cemerlang dalam pelajaran.
 
Ini dibuktikan oleh Norasyikin Mohd. Ariffin, 21, apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Sesi Jun 2011 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Ke-11 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
.
Norasyikin anak ketujuh daripada lapan beradik itu adalah seorang pelajar yang gigih berusaha sehingga mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk semua sesi pengajiannya iaitu Sijil Kejuruteraan Awam.

No comments:

Post a Comment