Monday, 28 May 2012

Niat Hati Nak Peluk Gunung..



Hajat Hati Nak Peluk Gunung, Tapi Sayang Tangan Tak Samapai...

Sedih dan menyedihkan. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pakatan pembangakang di Johor apabila satu demi satu program anjuran mereka mula ditolak rakyat. Terbaru satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Kg Sungai Kapal gagal menarik penyertaan.


Walaupun sebelum ini, pihak kami dimaklumkan jemputan dan makluman mengenai program tersebut telah diedarkan kepada hampir 12,000 penguna Facebook. Itu tidak termasuk hebagan melalui portal-portal pembangkang dan jemputan yang dilalukan melalui pengedaran risalah, kain rentang dang sebagainya.

Jemputan yang diedarkan untuk meminta orang ramai hadir

Namun segala usaha itu ternyata tidak berbaloi apabila hanya sekitar 150 orang sahaja yang hadir pada program tersebut. Dan menurut pemerhati hanya sekitar 20 orang sahaj penduduk berbangsa Melayu yang kelihatan di tapak himpunan tersebut. Itu tidak termasuk warga Singapura yang hadir sebagai tanda sokongan.

Yang lebih mengharukan, semua media-media pembangkang termasuk portal-portal seperti Malaysiakini, MalaysiaInsider, Nusajayakini dan sebagainya langsung tidak memberikan laporan himpunan tersebut. Mungkin kerana sedar penganjuran tersebut GAGAL dari segi matlamat dan mahupun penyertaan.

Sudahlah tidak mendapat sokongan, alam juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang apabila pada hari tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga memaksa peserta himnpunan lari bertempiaran. Tidak kurang juga juga yang terus pulang ke rumah.

Makin menyedihkan, hanya Salahuddin Ayub yang mewakili pimpinan pakatan pembangkang pusat yang hadir, walaupun sebelum ini dilaporkan Azmin Ali telah pun menyatakan kesudian untuk hadir bagi menyampaikan ucapan dan sebagai tanda sokongan. Azmin telah membatalkan hasratnya di sata-saat akhir apabila dimaklumkan program tersebut akan turut disertai dan dihadiri oleh kumpulan NGO yang akan menganjurkan program 'DUDUK dan JILAT'.

Sebanyak 5 tong 'icecream' telah ditempah oleh penganjur bagi diedarkan kepada pengujung yang hadir. Namun hampa apabila Azmin Ali gagal menghadirkan dirinya sehingga program tersebut berakhir.

Kesimpulannya, kegagalan demi kegagalan yang terpaksa diterima oleh pembangkang bakal menyebabkan angan-angan mereka untuk menawan Johor semakin samar dan hampir mustahil untuk direalisasikan.

No comments:

Post a Comment