Saturday 10 March 2012

Ustaz Chua Belajar Islam

Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng mengakui selama 40 tahun berada dalam BN, Umno tidak pernah mengajarnya tentang Islam.

Bagaimanapun tambah beliau, fahaman tentang Islam itu diperolehi setelah berada dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, ajaran dan didikan Islam di perolehi daripada pemimpin PAS seperti memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka.

“Selama 40 tahun bersama BN saya tidak begitu faham tentang Islam. Saya bersama PAS dan KeADILan saya faham tentang Islam. Dulu, Menteri Agama pun tidak beritahu saya tentang al- Quran dan hadis,” kata nya.

Dr Chua mengakui setelah bersama PAS dan KeADILan, kefahaman tentang idealisme Islam yang membawa kemakmuran kepada semua lebih difahami dengan mendalam.

Tegas beliau, rakyat hari ini mencari pemimpin yang adil dan berpandukan al- Quran dan hadis dan calon seperti ini dapat menarik undi Melayu.

Beliau berharap rakyat memilih pemimpin yang mengangkat perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.
 
SRI MERSING ;-
 
Alhamdulillah, Ustz Chua sudah mula mendekati Islam, sudah pandai berbicara mengnai Islam sesudah bersama PAS. Mari kita tengok sama ada berjayakah PAS mengislamkan Chua Jui Meng.  Mungkin nama Ustz Chua agak komersial di Johor dan mungkin dilantik sebagai Menteri Besar Johor dgn nama Ahmad Chua Bin Abdololah... Sama2 kita tengok

No comments:

Post a Comment