Thursday 22 March 2012

Mazlan Aliman Kantoi Lagi


Mazlan Aliman nak kena lokap lagi ke..?

SAYA ketawa besar bila mendapat tahu bahawa Mazlan Aliman ‘pucat lesi’ apabila Presiden Kumpulan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad menegaskan bahawa Felda akan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan kebocoran maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik syarikat perladangan terbesar itu.

Datuk Sabri dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan bahawa syarikat GLC itu mengesyaki wujudnya pihak yang membocorkan maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik Felda kepada pihak pembangkang serta meminta pihak berkuasa menyiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tentang dalang di sebalik pengkhianatan itu.

Mendengar kenyataan tersebut, Mazlan Aliman kelam kabut membuat kenyataan pada akhbar untuk menjustifikasikan kenyataan tersebut.

Pelik! Datuk Sabri tak sebut pun nama Mazlan Aliman. Dia hanya kata dokumen sulit itu bocor ke tangan pembangkang saja. Kenapa tiba-tiba buat kenyataan media? Mazlan Aliman ‘terasa pedas’, kah? Mazlan Aliman ke yang dapat maklumat sulit itu?

Mazlan Aliman berkata, Felda tak perlu takut dokumen atau maklumat syarikat itu bocor ke tangan orang luar sekiranya ia membuat keuntungan dan baik prestasinya. Katanya, itu perkembangan yang tidak sihat jika dilaporkan kepada pihak berkuasa dan menandakan ada yang tak kena pada FGVH.

Nampaknya, Mazlan Aliman memang tolol dengan memberikan komen sebegitu…


Mazlan Aliman tahu tak apa itu Akta Rahsia Rasmi atau singkatannya OSA? Dan tahukah dia bahawa maklumat-maklumat di dalam sesebuah syarikat hanya boleh diumumkan atau didedahkan oleh individu-individu tertentu sahaja di dalam syarikat. Tahu tak?

Untuk pengetahuan Mazlan Aliman, segala maklumat atau dokumen rasmi syari

kat, khususnya yang ada “letter head” tertakluk sebagai maklumat rasmi syarikat dan dianggap sulit. Ia tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya meskipun oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah sekali pun.

Apatah lagi mengenai maklumat dalaman sesebuah syarikat yang besar seperti Felda. Peliknya, bagaimana angka-angka perbelanjaan dan beberapa dokumen rasmi termasuk laporan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda boleh ada di tangan Mazlan Aliman? Lainlah jika Mazlan Aliman pecah masuk pejabat Felda dan curi dokumen tersebut. Mazlan ada buat begitu ke?

Walaupun maklumat atau dokumen itu mengandungi perkara baik sebaik mana sekalipun, ia tetap sulit dan para kakitangan dalam syarikat terbabit diamanahkan untuk memelihara maklumat tersebut dari pengetahuan orang luar.

Misalnya, syarikat Apple Inc. mempunyai maklumat dan dokumen mengenai iPAD 10 yang jauh lebih tinggi teknologinya. Ia satu perkara yang baik, bukan? Jadi, para kakitangan syarikat Apple Inc bertanggungjawab untuk menjaga maklumat atau dokumen tersebut dari bocor ke pihak luar.

Apa kesannya jika maklumat Apple Inc itu bocor ke tangan pihak luar? Pihak luar itu akan menjual kepada pesaing Apple Inc seperti syarikat Samsung, Blackberry dan sebagainya. Pihak luar itu akan mendapat untung bila maklumat sebegitu dijual, bukan? Dan Apple Inc akan rugi kerana teknologi ekslusif itu bocor, bukan?

Dalam hal ini, bayangkan bahawa Felda itu sebagai Apple Inc dan Mazlan Aliman sebagai Samsung. Apple Inc penat-penat perah otak cipta iPAD 10, tiba-tiba disebabkan ada pengkhianat syarikat yang membocorkan maklumat dan dokumen, Samsung senang-senang saja kaut keuntungan.

Maka disebabkan itulah OSA diperkenalkan. Mazlan Aliman faham ke tidak perkara ini?


Dalam hal dokumen Felda itu, memang penyenaraian FGVH itu baik pun untuk seluruh warga Felda. Yang tak baiknya ialah Mazlan Aliman yang memutar belitkan fakta dan menghasut rakyat. Bila dapat dokumen sulit, lagi seronok dia putar belit dan berbohong itu dan ini.

Misalnya, penyenaraian FGVH itu sebenarnya hanya melibatkan tanah Felda Plantation sahaja, tapi Mazlan Aliman bohong pada peneroka dan takut-takutkan mereka kononnya tanah peneroka terlibat dan akan digadai Isa Samad.

Misalnya, tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar itu sebetulnya akan disewa FGVH dari Felda Holdings, tapi Mazlan Aliman kata tanah tersebut dipajak. Antara terma disewa dan dipajak tu jauh bezanya.

Bila dia dapat dokumen mesyuarat, dia pakai ikut sesedap kepala lutut dia saja untuk menafsirkan minit mesyuarat itu. Sedangkan dia tak ada pun dalam mesyuarat itu dan tak tahu apa-apa pun tentang apa yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dengan salah tafsiran itu, Mazlan Aliman buat macam-macam tuduhan buruk pada Felda dan mengelirukan minda para peneroka. Apakah wajar Mazlan Aliman buat sedemikian? Saya fikir, hanya orang bodoh dan busuk hati saja yang buat begitu…

Lagipun, apa yang Mazlan Aliman takut sangat bila Felda mahu polis siasat siapa dalang yang bocorkan maklumat rasmi Felda ke tangannya? Takut selepas ini tiada bahan lagi untuk memfitnah Felda dan menghasut peneroka? Kalau tak ada bahan, berhenti sajalah dari terus buat dosa begitu…


Pengkhianat di dalam Felda perlu dicari sehingga ke lubang cacing. Dia perlu didakwa atas kesalahan yang dilakukan berasaskan peruntukan undang-undang yang melindungi hak dan kepentingan syarikat.

Dan yang paling ditakuti AJK PAS Pusat itu adalah dia mempunyai asas untuk dipanggil memberi keterangan kepada polis mengenai siapa yang bocorkan maklumat dan dokumen rasmi Felda padanya. Maka bertambah ‘pucat lesi’lah Mazlan Aliman!

No comments:

Post a Comment