Sunday, 11 November 2012

Bukti Yang Felda Muflis


Bukti Felda Musli, gambar terbaru di atas adalah bukti Felda Muflis, tak ada duit.. Mazlan Aliman apa mcm?? Mesti mau amikkan semua mau amikkan duit kami.

Tuesday, 23 October 2012

HARUN DIN ganti NIK AZIZ


TERKINI: NIK AZIZ TERSUNGKUR - HARON DIN BAKAL NAI...: Makin hangat gerakan menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz ketika ini.. Tindakan mereka juga semakin berani mengkritik Tuan Guru Keramat ini...

Monday, 15 October 2012

Laporan Audit 20111 kerajaan buat kerajaan sawan

 LAPORAN AUDIT !!! Buat Pembangkang Sawan:

Laporan Audit 2011 y dibentangkan semalam membuatkan pembanbkang sawan. apa tak nya, dalam laporan tersebut menunjukkan penambah baikan dalam perbelanjaan kerajaan, pengurusan sistem pengurusan kewangan negara yg bertambah baik. Pembangkang mulai sawan dgn pendedahan tersebut. Sudah pasti mereka akan putar 1 alam utk menipu rakyat

Saturday, 13 October 2012

PAS semakin sawan nak ke Putrajaya.

PAS Sudah Kemaruk Ke Putrajaya....PAS Lagi Memuji ...:

Ada kalangan ahli Pas yg sudah muak dan bosan dgn kepimpinan Pas kini. Ada juga kalangan ahli Pas yg mendesak supaya Nik Aziz meletak jawatan. Mungkin Nik Aziz telah terlalu tuan dan uzur utk memimpin. mungkin juga telah nyanyuk spt yg Tony Pua kata pd Dr Mahathir

PAS semakin sawan nak ke Putrajaya.

PAS Sudah Kemaruk Ke Putrajaya....PAS Lagi Memuji ...:

Ada kalangan ahli Pas yg sudah muak dan bosan dgn kepimpinan Pas kini. Ada juga kalangan ahli Pas yg mendesak supaya Nik Aziz meletak jawatan. Mungkin Nik Aziz telah terlalu tuan dan uzur utk memimpin. mungkin juga telah nyanyuk spt yg Tony Pua kata pd Dr Mahathir

Friday, 12 October 2012

PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...

PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...:

Ini lah hakikatnya.. PAS sanggup mengorbankan  Tokoh Usahawan Melayu utk kepentingan politik mereka. Syed Mokhtar tak pernah mendabik dada dgn jasa dan sumbangannya terhadap Melayu dan Islam. PAS selaku parti Islam, apa sumbangannya dalam politik orang Melayu dan menegakkan syiar Islam? Sumbangan PAS terbesar dalam politik Melayu ialah memecah-belahkan orang Melayu. PAS sbg sebuah parti Islam sendiri mengakui tidak pernah membina masjid di Kelantan.

Inikah Parti Islam yg kita cari....

Semoga Allah Sembuhkan Ustaz Azizan

AT -TAUBAH 9:12: Yaa'sin Untuk Menteri Besar Kedah, Azizan Razak:

Kalau lah benar ini gambar Ustaz Azizan, semoga dia pulih spt sedia kala dapat menjalankan tugas sbg MB Kedah.

Pengundi Atas Pagar: Kenapa PAS &PR Semakin Susah ...

Pengundi Atas Pagar: Kenapa PAS &PR Semakin Susah ...:

Kenapa PR perlu khuatir sbb pengundi atas pagar?? Memang benar mereka ini adalah penentu.. BN kini bekerja keras untuk memenangi hati rakyat. Bukan spt PR yg hanya pandai menabur janji sahaja

Tuesday, 9 October 2012

PAS Tersasar Jauh

 
 
Siapa yg tak kenal Shahnon Ahmad?? Orang yg pernah mengkritik hebat Tun Dr Mahathir.. Kini Shahnon sendiri mengakui bahawa kerjasama PAS-DAP jauh tersasar dari kehendak Islam. Shsahnon juga menasihati supaya PAS mengkaji semula kerjasama PAS dgn DAP.
 
PAS dilihat mula menggadaikan matlamat perjuangan Islam yg selama ini didokong pemimpinnya yg terdahulu demi inginkan kuasa.. Kuasa bagi PAS kini adalah segala-galanya. Pemimpin PAS kini dilihat semakin rakus mengejar kuasa. Semakin kemaruk inginkan kuasa, semakin menjadi-jadi impian inginkan kerusi2 empuk di Putrajaya.
 
Shahnon dilihat nyata kecewa dengan PAS hari ini. Disarankan pada Shahnon, kembalilah ke pangkal jalan.. Lihatlah betapa Nasharudin Mat Isa begitu lantang mengkritik PAS ekoran kerjasama parti itu dgn DAP yg dilihat jauh tersasar dari matlamat asal PAS.

Monday, 8 October 2012

Pelakon Terbaik Alaf Ini..

Alahai Menteri Pelancongan

 
 
Bukan nak bercerita mahu mengata, setelah Kabinet Bayangan PR diumumkan, ini lah ceritanya. YB Elly Kang diumumkan sebagai bakal Menteri PELACURAN.. Opsss Menteri Pelancongan. Tapi maaf lah ye YB Elly Kang. Dah tersebar luas gambar ini ha..
 
 
 
PR khususnya Abg Nuar, pilihlah menteri yang lebih bersih dan baik sikit dari ini.. Nanti kabinet Abg Nuar teruk dicaci hina. Kalau susah sangat, lantik je SERI jd Menteri Pelancongan abg..


Undi PR bererti Undi Soros


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya. Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.

Pengerang Oh Pengerang

 
Kenapa dikatakan bingai dan bahlol? Apa tak bingai dan bahlolnya, rakyat Pengerang dah buat kenduri, dah seronok dengan kerajaan BN yang sudah menunaikan janjinya kepada penduduk Pengerang dengan membayar pampasan yang sepatutnya mereka terima.

Orang Pengerang dah seronok mahu menikmati pembangunan dan bakal menghuni disebuah perbandaran baru yang serba lengkap tetapi masih lagi menerima tiupan bayu laut.

Duit dah mereka terima, angkanya cecah ratusan ribu ringgi, kawasan pembangunan baru sedang rancak membangun tapi pemimpin puak pembangkang masih lagi bertekak. Itulah yang dikatakan bingai dan bahlol. Seorang bingai dan seorang lagi bahlol. Dua-duanya mahu meracuni pemikiran rakyat agar projek ekonomi berskala tinggi untuk kemakmuran dan kesejahteraan anak cucu dimasa akan datang tergendala. Perjuangan puak yang bingai dan bahlol ini ialah bukannya untuk kesejahteraan rakyat, tetapi perjuangan mereka ialah menggagalkan apa-apa jua yang bakal memberi manfaat kepada rakyat teramai.
 
Sedarlah wahai rakyat Pengerang, pemimpin pembangkan dengki sebab anda bakal jadi kaya raya, mereka tak dapat habuan apa-apa. Baru kini mereka sibuk cerita fasal pencemaran, sebelum ini tiada siapa yg peduli. Mereka sekadar menangguk di air yg keruh sahaja.

Saturday, 6 October 2012

Bersabarlah Saudara Anwar.. Kuasa Allah tentukan semuanya

ANWAR IBRAHIM terlampau kemaruk dengan Jawatan Perdana Menteri, sampai terlupa, rakyat mungkin boleh memilih Pakatan Rakyat, tapi Kuasa Sulta mengatasi semuanya. Allah yg tentukan semua nya, bukan Anwar Ibrahim.

MALAYSIA IN CRISIS: Anwar Ibrahim Tidak Diperkenan Sebagai PM:

Semoga Impian ANWAR IBRAHIM tidak dimakbulkan Allah..
Amin amin ya rabbal alamin...

Kelentong Lagi


Thursday, 4 October 2012

Azalina Taji Nurul Izzah

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.
 
Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut. Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.
 
Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang,sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
 
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.


Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian,Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut,kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Tuesday, 7 August 2012

Haram, berdosa bagi umat Islam undi parti DAP

Sungai Rapat Online: Haram, berdosa bagi umat Islam undi parti DAP:
Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan huku...

Sunday, 22 July 2012

Video Ust Kazim Bagi Peringatan Kepada Taksub PAS Sedarlah

Pengakuran Farid Ismeth....


 
Kekuatan Pakatan dipolopori kuasa Anwar dalam menggambarkan persepsi jijik terhadap peribadi isteri PM Rosmah Mansor telah menyebabkan masyarakat mudah mempercayainya.
Malah Pakatan menggunakan isu ini sebagai benteng kekuatan kepimpinan parti masing2. Begitu ketandusan isu.

 

Salah satu isu yang dibangkitkan termasuklah pembongkaran bekas Suami Pertama Rosmah Mansor yang didakwa merupakan Penyampai Berita RTM terkenal Farid Ismeth.
 

 
Anda TONTONLAH VIDEO DI ATAS. Pengakuan dari FARID ISMETH yang telah dipamerkan dari sebuah blog yang tertera. Anda mampu manilai status 'kebenaran' yang dibawa Pemimpin dan Kroni2 Anwar.

BADUT RAKYAT: ISU LYNAS !!! KANTOI !!! 20,000 DAN 28 JUTA RAKYAT...

BADUT RAKYAT: ISU LYNAS !!! KANTOI !!! 20,000 DAN 28 JUTA RAKYAT...: akhirnya,semalam FMT dah meminta maaf berkenaan dengan artikel lynas.tapi ada satu benda rakyat yang sayang pada LYNAS dan mahu meneruskan ...

Monday, 28 May 2012

Tahniah Anak FELDA


Biarpun bapanya seorang peneroka Felda di Redong, Segamat, Johor dan ibunya hanya suri rumah namun ia bukan menjadi halangan latar belakang keluarga berpendapatan rendah untuk cemerlang dalam pelajaran.
 
Ini dibuktikan oleh Norasyikin Mohd. Ariffin, 21, apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Sesi Jun 2011 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Ke-11 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
.
Norasyikin anak ketujuh daripada lapan beradik itu adalah seorang pelajar yang gigih berusaha sehingga mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk semua sesi pengajiannya iaitu Sijil Kejuruteraan Awam.

PM dan MB Di Halau Keluar Masjid

Anwar berlagak baik, dengan meminta para penyokongnya menerima keputusan majoriti kariah

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mengadakan siri jelajahnya di Johor Darul Takzim, sebagai satu usaha menembusi kubu kuat UMNO ini. Media-media pembangkang begitu ghairah mempromosikan siri jelajah tersebut bagi mewujudkan persepsi agar rakyat mendokong nafsu rakus Anwar bagi membolehkan dia melangkah ke Putrajaya.

Namun segala perancangan yang diadakan itu ternyata bertemu jalan buntu. Ini kerana rata-rata rakyat Johor begitu kuat dan selesa dengan pemerintahan UMNO/BN. Sebelum ini mereka cuba mengambarkan seoalh-olah Salahuddin Ayub mendapat sambutan yang sangat luar biasa di Johor amnya dan Pulai Perdana, khasnya. Malah ketika di Gelang Patah, diuar-uarkan juga yang Salahuddin mendapat sambutan yang sangat luar biasa, dengan bantuan Anwar Ibrahim.

Yang tidak diceritakan ialah bagaimana Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub telah dihalau keluar dari sebuah masjid di Pulai Perdana bagaikan anjing kurap. Tindakan Anwar Ibrahim yang bersunguh-sunguh mahu menyampaikan ceramah politik kepada jemaah, telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan majoriti jemaah yang hadir.

Ini kerana para penyokong Anwar bertegas agar pihak pengurusan masjid memberikan ruang kepada Anwar. Walaupun pihak pengurusan masjid menyatakan dan menolak permintaan tersebut dengan baik, namun ia tidak dapat diterima oleh para penyokongnya yang rata-rata bukan ahli kariah di kawasdan tersebut.
Tidak berpuas hati dengan, mereka mula meninggikan suara dan sekali sekala bersuara dengan nada menjerit seolah-olah ingin memprovokasi pihak pengurusan masjid. Namun usaha itu tidak berhasil kerana mereka sedar akan taktik penyokong Anwar yang sengaja mahu mewujudkan perbalahan agar insiden itu dapat dimanipulasi dengan menyatakan penyokong UMNO bertindak ganas dan biadapa di dalam rumah Allah.
Apabila menyedari usaha para penyokongnya gagal, Anwar mula berlakon baik dengan mengarahkan para penyokongnya menerima keputusan yang ditetapkan itu. Dengan perasaan hampa dan kecewa dia juga mengarahkan agar penyokongnya beredar kononnya bagi mengelakkan suasana menjadi semakin tegang dan sesuatu perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Niat Hati Nak Peluk Gunung..



Hajat Hati Nak Peluk Gunung, Tapi Sayang Tangan Tak Samapai...

Sedih dan menyedihkan. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pakatan pembangakang di Johor apabila satu demi satu program anjuran mereka mula ditolak rakyat. Terbaru satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Kg Sungai Kapal gagal menarik penyertaan.


Walaupun sebelum ini, pihak kami dimaklumkan jemputan dan makluman mengenai program tersebut telah diedarkan kepada hampir 12,000 penguna Facebook. Itu tidak termasuk hebagan melalui portal-portal pembangkang dan jemputan yang dilalukan melalui pengedaran risalah, kain rentang dang sebagainya.

Jemputan yang diedarkan untuk meminta orang ramai hadir

Namun segala usaha itu ternyata tidak berbaloi apabila hanya sekitar 150 orang sahaja yang hadir pada program tersebut. Dan menurut pemerhati hanya sekitar 20 orang sahaj penduduk berbangsa Melayu yang kelihatan di tapak himpunan tersebut. Itu tidak termasuk warga Singapura yang hadir sebagai tanda sokongan.

Yang lebih mengharukan, semua media-media pembangkang termasuk portal-portal seperti Malaysiakini, MalaysiaInsider, Nusajayakini dan sebagainya langsung tidak memberikan laporan himpunan tersebut. Mungkin kerana sedar penganjuran tersebut GAGAL dari segi matlamat dan mahupun penyertaan.

Sudahlah tidak mendapat sokongan, alam juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang apabila pada hari tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga memaksa peserta himnpunan lari bertempiaran. Tidak kurang juga juga yang terus pulang ke rumah.

Makin menyedihkan, hanya Salahuddin Ayub yang mewakili pimpinan pakatan pembangkang pusat yang hadir, walaupun sebelum ini dilaporkan Azmin Ali telah pun menyatakan kesudian untuk hadir bagi menyampaikan ucapan dan sebagai tanda sokongan. Azmin telah membatalkan hasratnya di sata-saat akhir apabila dimaklumkan program tersebut akan turut disertai dan dihadiri oleh kumpulan NGO yang akan menganjurkan program 'DUDUK dan JILAT'.

Sebanyak 5 tong 'icecream' telah ditempah oleh penganjur bagi diedarkan kepada pengujung yang hadir. Namun hampa apabila Azmin Ali gagal menghadirkan dirinya sehingga program tersebut berakhir.

Kesimpulannya, kegagalan demi kegagalan yang terpaksa diterima oleh pembangkang bakal menyebabkan angan-angan mereka untuk menawan Johor semakin samar dan hampir mustahil untuk direalisasikan.

Nasihat Buat Abg Din Puduraya


Insiden Anwar dan Salahuddin Ayub dihalau dari masjid di Pulai Perdana selepas Anwar cuba memberikan tazkirah maghrib, memberikan indikasi penting kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada Salahuddin Ayub yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor PAS yang pertama depanjang tempoh penubuhan parti berkenaan.

Institusi masjid di Johor sangat berbeza dengan institusi masjid di Kelantan mahupun Kedah apatah lagi Selangor. Masjid-masjid di Johor sentiasa dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan keilmuwan selain aktiviti keagamaan biasa.

Salahudin Ayub telah dicampak keluar dari kubu kuat PAS kononnya untuk mengembangkan pengaruh dan membesarkan kejayaan PAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun ramai yang melihat tindakan tersebut sebagai usaha untuk membunuh Salahuddin Ayub memandangkan PAS sebenarnya tidak mempunyai tempat di Johor.

Melihatkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh jemaah di masjid Pulai Perdana itu, Salahuddin sebenarnya perlu mengambil inisiatif membelakangkan Anwar Ibrahim. Salahuddin Ayub sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.

Biarpun mungkin dia kurang popular di Johor berbanding di peringkat Pusat, Salahuddin yang turut merupakan salah seorang daripada panel penasihat SPRM lantikan kerajaan, sebenarnya mampu membentuk kekuatan tersendiri di negeri kelahirannya itu.

PAS mungkin sukar menembusi Johor. Namun gerak kerja PAS yang bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan iltizam ahli-ahli tegarnya, lambat-laun akan membuka ruang yang lebih besar di Johor sepertimana yang berlaku di Perak dan Selangor. Bagaimanapun, PAS tidak boleh melakukan kesilapan besar seperti yang berlaku di Perak menerusi perlantikan dan pengangkatan Nizar Jamaluddin yang akhirnya memalitkan najis ke muka dan batang tubuh PAS sendiri.

Salahuddin Ayub seharusnya telah menyedari hakikat bahawa Anwar Ibrahim di Johor, hanyalah cerita dalam bayangan. Mungkin cerita tentang kehebatan Anwar Ibrahim, laku di Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan serta beberapa tempat yang DAP melihat Anwar sebagai pemangkin sokongan Melayu kepada parti itu, namun di kebanyakan tempat di Johor, Anwar adalah bahan ejeken dan lelucon.

Anwar telah terbukti serba melawakkan. Kehadirannya di Kampung Melayu Kluang tidak lama dahulu, tidak sahaja disambut dengan ejekan, bahkan jumlah yang hadir mendengar ceramahnya juga sangat kecil. Begitu juga di Mersing dan beberapa tempat yang lain... semuanya menjurus kepada penolakan total terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.

Potensi PAS di kalangan rakyat Johor, memang ada. Namun 'kesilapan' PAS yang menjalinkan hubungan baik dengan DAP dan PKR, pastinya akan menyebabkan PAS menerima kesan buruk yang lebih besar.

Dek kerana itulah, Salahuddin Ayub sebagai 'perintis' kepimpinan utama PAS yang mahu merampas atau mengubah demografi Johor, seharusnya mencari jalan yang lebih ideal dan lebih berinovatif berbanding terus mengheret Anwar Ibrahim ke sana ke sini menjelajah setiap inci bumi Johor, kononnya untuk menguatkan PAS, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Anwar yang cuba mencari tempat dan kedudukan di negeri tersebut!!!

Tuesday, 22 May 2012

Ummi Akan Bongkar Tembelang Anuar

Pihak kami baru sahaja menerima maklumat yang mengatakan Nuar Berahim akan memberikan ceramahnya di kawasan paling 'putih' di Johor sebagai satu usaha untuk mempengaruhi orang kampung dengan cerita-cerita bohong dan penglipur laranya pada 25 May 2012.


Ceramah yang bakal diadakan di Kampung Abdul Ghani Othman, Pengerang itu pastinya bertujuan untuk meminta agar penduduk kampung untuk meneruskan bantahan terhadap projek pembangunan RAPID. Namun apa yang menarik ialah, secara kebetulan tidak jauh dari tempat ceramah itu akan berlangsungnya satu lagi ceramah yang akan disampaikan oleh UMI HAFILDA pada hari dan waktu sama.

Pihak penganjur ketika dihubungi berkata, pada awal bulan Mei jawatankuasa penyelaras telah merancang untuk memanggil Umi Hafilda untuk memberikan ceramah di kampung tersebut bagi menerangkan perkembangan isu-isu terkini. Oleh yang demikian pertembungan ini pasti akan menjadi bertambah menarik kerana setiap pembohongan Anwar akan di BONGKAR oleh insan yang begitu mengenali dirinya.

Yang pasti kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur untuk membolehkan penceramah melondehkan segala TEMBELANG dan keMUNAFIKAN pemimpin PKR ini, agar penduduk kampung dapat mengenali dengan lebih mendalam insan yang bernama NUAR BERAHIM.

Amin Lari Tak Cukup Tanah



Baru-baru ini, pakatan pembangkang Johor telah mengadakan satu ceramah yang diadakan di perkarangan pejabat PKR Ledang di alamat No 9, Taman Muhibah, Sungai Mati Ledang. Antara yang dijemput untuk hadir menyampaikan ceramah tersebut ialah pemimpin tersohor PKR merangkap kekasih gelap Nuar Berahim, Incik Azmin Ali.

Namun begitu sehingga majlis berakhir, wajah dan bayang Azmin Ali langsung tidak kelihatan, sehingga membuatkan pengunjung yang hadir gelisah kerana TERLALU RINDU untuk menatap wajah kesayangan yang menjadi kegilaan NUAR BERAHIM ini. Hanya Chui Jui Meng dan jambu baru NUAR BERAHIM, si Rafizi Ramli sahaja yang berani hadir untuk menyampaikan ceramah.
 

Apabila didesak bertalu-talu oleh para hadirin yang hadir, akhirnya pihak penganjur terpaksa membuat pengumuman, memaklumkan Azmin Ali tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Apabila ditanya, penganjur mengakui ini disebabkan kerana AZMIN ALI tidak dapat menerima hakikat dengan program 'DUDUK DAN JILAT AIS CREAM' yang juga diadakan di tempat yang sama.
 

Tambah membuatkan AZMIN ALI berang, rata-rata yang hadir pada ceramah tersebut serta penyokong-penyonkong PKR turut mengambil ais cream yang diedarkan itu. Yang paling best, mereka duduk menjilat ais cream sambil mendengar ceramah yang disampaikan.
 

Persoalannya, mengapakah perlu untuk Azmin begitu marah dengan program 'DUDUK DAN JILAT AIS CREAM' tersebut?????? KALAU BETUL TAK BUAT, KENAPA NAK MARAH?

Tuesday, 15 May 2012

Durian King Utk Peneroka Kata Datuk Limah

Siang tadi, dua Felda di Parlimen Tenggara telah menerima durian runtuh seperti yang dijanjikan oleh DS Najib. Pada sebelah pagi, seramai 323 peneroka Felda Bukit Ramun telah menerima fasa 1 durian runtuh berjumalah RM5,000 bagi setiap ketua keluarga.

Ini bermakna, keluarga Mazlan Aliman juga tidak menolak durian runtuh tersebut! Cuma mungkin disebabkan malu, Mazlan mewakilkan abangnya untuk mengambil bagi pihak ibunya yang uzur.



Majlis di Felda Bukit Ramun itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohd Saddique, turut dihadiri oleh Ketua UMNO Tenggara, Dato' Baderi Dasuki dan Timbalan Ketua Pemuda, En. Nasa Ahmad. Majlis dimulakan dengan penerangan oleh Pengurus Wilayah Felda Johor Bahru, Tuan Hj Hanafi Bin Syuhada yang menerangkan kepada para peneroka akan bagaimana bonus ini diperolehi dan bagaimana pula ianya diagih dan nasihat-nasihat agar bonus yang diterima dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Sementara Tok Limah pulak mengajak para peneroka agar mengerti erti bersyukur dan pemberian durian runtuh pada hari ini menunjukkan bahawa pentadbiran DS Najib bukanlah berjanji kosong, sebaliknya kerajaan BN sentiasa mengotakan janjinya. Tok Limah juga mengajak warga peneroka agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN yang telah menjadikan warga Felda anak emas mereka.

Disebalik kegembiran itu, terpalit sedikit kedukaan bagi warga Felda Bukit Ramun dengan tindak tanduk Mazlan Aliman. Cuba dengarkan apa kata Ketua Kampung Felda Bukit Ramun, En Saahat Abd Hamid bila diajukan persoalan tentang Mazlan. Fuyuooo....dia suruh Mazlan pindah oooo....cayalah Tok!


video


Manakala majlis yang serupa juga diadakan pada sebelah petang di Felda Bukit Besar pula, kali ini penerimanya lebih ramai iaitu seramai 409 orang. Juga disempurnakan oleh Tok Limah. Kesian pulak aku tengok Tok Limah, dari pagi sampai petang tak tukar baju!...syabas la Tok...kerja kuat tu!





Keseluruhannya, Felda Bukit Ramun akan menerima sebanyak RM4.845 juta dan Felda Bukit Besar pula sebanyak RM6.135 juta apabila keseluruhan durian runtuh yang bernilai RM15,000 bagi setiap keluarga itu terlaksana.

Jom layan gambar-gambar pulak; ....Felda Bukit Ramun,










 

Felda Bukit Besar...









 
 
By Tenggara Is Southeast

Tahniah PM Najib..

Wednesday, 9 May 2012

Duta Arab Patut Terang Pada Kumpulan Mangkuk




Aku ingat la, Duta Arab Saudi ke Malaysia, perlu memberi penjelasan pada puak-puak harap haram ni. Panggil Saifuddin Nasation, Rafizi, Mat Sabu, Hussam Musa, Nik Ajis semua tu. Biau dia semua puas hati. Dia nak dengar sendiri agaknya baru puas hati. Biar Duta sendiri buka mulut....

ANAK Nak Apa Lagi



Entah apa lagi yang tak puashati pada bapok sorang ni, aku pun tak tahu. Seboleh-bolehnya nak digagalkan hasrat Felda untuk menyenaraikan FGVH. Terkini, bapok ni menghasut para warga Felda agar menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (sini).

Apa...dah bijak sangat ke anak Aliman ni? Cakap banyakpun tak guna. Yang menyokong penyenaraian jauh lebih ramai dari yang menentang. Maka kalau JANTAN.....kalau JANTAN dan yakin sendiri boleh maju, aku cabar Mazlan Aliman dan para pengikutnya jual balik kebun, tapak dan rumah di Felda kepada pengurusan Felda mengikut nilai semasa. Mungkin Felda boleh mencari jalan bagaimana untuk membolehkan mereka membeli semula aset tersebut.

Maka, dengan duit yang diperolehi tu, boleh le cari tanah lain yang sama luasnya yang tak bersangkut dengan Felda dan uruskannya sendiri. Tengok, apakah kamu akan lebih maju atau kebun kamu akan jadi mini taman negara. Itupun kalau JANTAN. Tak guna memekak, kalau dalam masa yang sama hidup masih menumpang segala kemewahan yang disediakan oleh FELDA. Biarlah FELDA dihuni oleh "orang-orang bodoh" yang tahu bersyukur dan yakin dengan niat orang lain untuk memajukan mereka.

Kamu dah bijak, kamu tak yakin dengan orang lain, maka kalau JANTAN, angkat kaki. Bukan melalak macam nyah! Aku pulak nak mohon jadi warga Felda. Berhutangpun, berhutanglah, tapi aku yakin.
 
By Tenggara is Southeast

Tuesday, 8 May 2012

RM 15 Ribu Buat Peneroka..



Tak dapat bayangkan betapa serononk dan gembiranya para peneroka Felda di atas pengumuman Perdana Menteri hari ini bukan sahaja kepada para peneroka, tapi untuk Isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda. Itulah kejutan dan janji-janji PM kepada para peneroka Felda.

Durian runtuh yang dijanjikan oleh DS Najib untuk di agih-agihkan kepada peneroka adalah berjumlah RM1.689 billion kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena 'Penyenarian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. didalam ucapan DS Najib dihadapan lebih 50 ribu warga peneroka Felda di majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, beliau berkata, Felda kini telah selangkat kehadapan dan kini telah memasuki satu baru setelah penyenaraian GGVH.

Menurutnya lagi, pemberian durian runtuh ini akan dilakukan dalam 'tiga fasa', iaitu pertama berjumlah RM5,000 unutk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga juga RM5,000 kepada generasi kedua Felda. Bukan itu saja, pada Majlis itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan dua bulan gaji kepada petugas dan pegawai-pegawai Felda. Aduh....seronoknya. Seperti biasa, turut hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

IBM harap, orang-orang Felda dapat menggunakan duit itu dengan sebaik mungkin. Jangan seperti sesetengah peneroka yang menjadi 'jutawan' dengan sekelip mata dan selepas itu menjadi susah semula dik kerana kegagalan menguruskan wang yang ada dengan baik dan bersikap boros. Ingat masa susah dan ingat masa depan. Dan...kepada yang terlalu peneroka yang terlalu menurut dan mendengar hasutan daripada pembangkang, macam mana sekarang, nak ambik juga ke duit tu?...tapi kalau tak malu ambik le.

Jangan le pulak kata itu duit 'gula-gula' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memancing undi di PRU ke-13 nanti dan....rasuah kerajaan kepada para peneroka. IBM yakin si Mazlan Aliman, kaki penghasut peneroka-peneroka akan sekali lagi cuba masuk daun kerana gagal menghasut para peneroka yang setuju dengan penyenarian FGVH di Bursa Malaysia. Kini, si Mazlan tu tengah mengelupur, geram kerana jarumnya tak masuk dan menjadi. Kepada Mazlan, janganlah menabur fitnah lagi kepada para peneroka. Jangan sampai mereka semua menghalau kamu keluar dari Felda. Biarkan mereka menjalani kehidupan mereka sebagai peneroka dengan aman dan damai.
 
 
Sri
 
Abg Mazlan Aliman pun dapat jugak tu, tak kisah la dia PAS ke ANAK ke BAPAK ke, EMAK ke, IBU ke... Semua Najib bagi sama rata. Kepada yg dah meludah, kini menjilat baik la..

Sunday, 6 May 2012

Orang Johor Menghargai Jasa Polis


kumpulan Pergerakan Puteri UMNO dan NGOs yg menghargai jasa dan sumbangan polis. Bunga disampaikan kepada KPD JBS, Tuan Zainuddin


Wakil mahasiswa turut menyampaikan bunga pd Tuan Zainuddin

Ehh... Ada rupanya mahasiswa yg menghargai Polis.. Syabas dan tahniah kepada 2 mahasiswa ini yg menghargai jasa polis.. Semoga mhasiswa lain mencontohi mahasiswa ini.



Alhamdulillah... rupanya ada lagi kumpulan manusia yg masih menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis dan pasukan keselamatan negara dalam memelihara keselamatan negara. semoga allah merahmati pengorbanan murni pasukan keselamatan negara. hanya allah sahaja yg tahu siapa benar siapa salah. kepada pencacai semua,  ingatlah dunia ini bulat. ari ni kita di atas, esok lusa kita dibawah.

Kepada abg2 polis yang bertungkus lumus mempertahankan keamanan negara, teruskan perjuangan semoga usaha anda semua dirahmati allah

Dari Tanah Kita Datang, Kepada Tanah Kita Kembali

Keganasan Polis Yang Cuba Disembunyikan


Inikah dia keganasan Polis yg dicanang seantero dunia...???

Mengapa Dibantah FGVH, Itu kan Rezeki Peneroka



Dalam beberapa hari lagi, lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menikmati ganjaran ‘durian runtuh’ yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini, sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dijangka akan berlangsung pada Jun nanti.

Saya pasti kesemua peneroka berdebar-debar dan tidak sabar menanti habuan lumayan yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mei kelak.

Kita semua sedia maklum bahawa Felda telah ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bayangkanlah susah payah hidup para peneroka. Mereka sanggup berkorban dan berpindah ke kawasan terpencil dan hidup dalam serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air demi mengusahakan tanah Felda untuk menyara keluarga mereka.

Sanggupkah generasi zaman sekarang berbuat demikian? Saya rasa tidak. Kita sudah biasa dengan kesenangan hidup dan tidak sanggup melalui kepayahan hidup. Rasa sangsi beberapa pihak yang menentang ‘durian runtuh’ serta penyenaraian FGVH amat menyedihkan kerana ia seperti memperlekeh pengorbanan dan penat lelah para peneroka selama ini.

Saya bukannya seorang peneroka Felda. Malah, saya juga bukannya anak kepada peneroka. Namun, saya berasa para peneroka memang layak menerima ganjaran yang bakal dinikmati tidak lama lagi kerana tanpa kita sedari, mereka sudah banyak berbakti kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Pengumuman ‘durian runtuh’ ini memang tepat pada waktunya untuk membalas budi para peneroka yang telah berhempas pulas membanting tulang mengusahakan tanah Felda di seluruh negara.

Jika terdapat beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati, saya berharap mereka kikislah perasaan cemburu itu. Jangan nafikan hak orang lain. Jika kita ingin berjaya, marilah kita bekerja keras juga. Insya-Allah, Tuhan akan memudahkan rezeki kita pula.

Azhar Zainal
 
by House PK