Kenapa dikatakan 
bingai dan bahlol? Apa tak bingai dan bahlolnya, rakyat Pengerang dah buat 
kenduri, dah seronok dengan kerajaan BN yang sudah menunaikan janjinya kepada 
penduduk Pengerang dengan membayar pampasan yang sepatutnya mereka 
terima.
Orang Pengerang 
dah seronok mahu menikmati pembangunan dan bakal menghuni disebuah perbandaran 
baru yang serba lengkap tetapi masih lagi menerima tiupan bayu laut.
Duit dah mereka 
terima, angkanya cecah ratusan ribu ringgi, kawasan pembangunan baru sedang rancak membangun tapi pemimpin puak 
pembangkang masih lagi bertekak. Itulah yang dikatakan bingai dan bahlol. 
Seorang bingai dan seorang lagi bahlol. Dua-duanya mahu meracuni pemikiran 
rakyat agar projek ekonomi berskala tinggi untuk kemakmuran dan kesejahteraan 
anak cucu dimasa akan datang tergendala. Perjuangan puak yang bingai dan bahlol 
ini ialah bukannya untuk kesejahteraan rakyat, tetapi perjuangan mereka ialah 
menggagalkan apa-apa jua yang bakal memberi manfaat kepada rakyat teramai. 
Sedarlah wahai rakyat Pengerang, pemimpin pembangkan dengki sebab anda bakal jadi kaya raya, mereka tak dapat habuan apa-apa. Baru kini mereka sibuk cerita fasal pencemaran, sebelum ini tiada siapa yg peduli. Mereka sekadar menangguk di air yg keruh sahaja.

No comments:
Post a Comment