Tuesday, 10 September 2013

Bukti Nyata ; Tun Tolak Hudud??

Pilihanraya Umum  Ke 13 telah lama melabuhkan tirainya, akan tetapi LAGU RAYA yang didendangkan oleh penyokong PAS yang kepalanya disumbat pil kuda PKR secara fanatiknya menyalahkan Tun Mahathir secara total menolak hudud yang pernah di draffkan kepada kerajaan Malaysia dizaman pemerintahan beliau.



"Ahli Parlimen Kulim Bandar  Baharu,Datuk Zulkifli Nordin bukan sahaja  tidak menjangka ucapannya di Parlimen akan menimbulkan isu besar,malah bersimpati  dengan sahabat-sahabat nya di barisan kerusi pembangkang apabila menjadi  'histeria' dan boleh menyebabkan 'kawan-kawan di Zoo Negara' terkejut dengan tindak balas mereka semasa ucapannya petang  tadi.Persidanga n Dewan Rakyat menjadi  hangat apabila Datuk Zulkifli Nordin  mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah 

Terengganu, membenarkan suami meliwat  isteri.


Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang  Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Ba ndar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah 

Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan  bagi seorang suami berbuat demikian. 

"Mereka (Pas) sering kali sebut yang kami nak laksanakan Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 

Kelantan 1993, Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu). Jadi kita kena tunjukkan kepada rakyat, adakah ini Hudud yang dimaksudkan oleh Islam.Kebetulan , saya ada kedua-duanya, satu drafnya dan satu lagi yang telah diluluskan, yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sendiri.Yang jelas di sini ialah Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu) yang diluluskan oleh DUN Terengganu ketika Pas memerintah Terengganu," ujarnya dalam sidang media di Lobi Parlimen. Antara contoh yang didedahkan Zulkifli bagi membuktikan ini bukan Hudud Islam sebaliknya ianya hudud Pas ialah di dalam seksyen 14, dia sebut jelas bagi tafsiran liwat, liwat adalah satu kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain, ataupun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain yang dilakukan di luar tabii (yang dilakukan melalui dubur). 

"Liwat di dalam enekmen Hudud Pas ini, bermakna lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan ikut belakang. Itu dianggap liwat kecuali melalui dubur isterinya. Berma kna kalau dia main dubur isterinya, tak dianggap liwat. Jadi saya kata, ini Islam ke? Takkan liwat isteri, tak dianggap hudud kerana prinsip liwat ialah main ikut belakang. Ini perkara yang mereka simpan cukup lama, mereka takut ianya akan dibongkar," tambahnya.

Dalam masa yang sama,apa yang hendak dibangkit dan didedahkan beliau hari ini ialah soal agama ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dijadikan bahan politik murahan hanya untuk meraih undi. Ini yang berlaku hari ini. 


Video ini diupload pembangkang kononnya marah Ustaz Kazim 
menegur tindakkan PAS bersama parti komunis.

"Antara yang saya sebut, dahulu nakkan Negara Islam, hari ini Negara Islam dah tak jumpa dalam Al-Quran. Saya baca ucapan Presiden Pas sendiri, dahulu dan sekarang nak menunjukkan ada perubahan.Jika kita nak bercakap soal hudud,qisas dan takzir mesti dilaksanakan dalam konteks Negara, kena ada Negara baru boleh melaksanakan undang-undangny a.Jadi bagaimana Pas nak menjadi juara tentang hudud sedangkan dalam masa yang sama, mereka telah meninggalkan perjuangan Negara Islam. 

Keduanya, bagaimana Pas nak jadi juara dalam hudud, qisas dan takzir sedangkan dia berketuakan seorang yang berfahaman pluralisma.Plur alism telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kalau baca pendapat mana-mana ulama pun, semua berpendapat ianya satu fahaman yang sesat," ujarnya. 

Dalam konteks tersebut,bagaim ana Pas nak menjadi juara Hudud ??? Inilah yang digambarkan sebagai mainan politik semata- mata termasuk hudud yang Pas nak laksanakan.Kata nya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri. "Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas.Ada percanggahan jelas,isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar- belit oleh pihak tertentu pada ketika itu."



Ustaz Kazim Pernah Soal Tun Mahathir tentang penolakkan Hudud PAS

Belum Bertanding, Dah Tarik Diri

Datuk Seri Azalina Othman Said

SHAH ALAM - Selepas menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno pada Oktober depan, bekas pengasas Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said akhirnya mengalah setelah mendapat nasihat daripada ahli pergerakan wanita parti

Monday, 9 September 2013

Gila Lah, KJ Pulak Naik Jet Mewah Peribadi Ke Sabah

 
Oh maaf ye. Khairy bukan sebagaimana Bang Non yang menaiki jet mewah peribadi pusing ke merata tempat.
Gambar ini dirakamkan semasa penerbangan ke Sabah baru baru ini.
 
Yang menariknya, KJ selaku seorang yang berstatus menteri hanya menaiki kelas ekonomi dalam penerbangan tambang murah dan duduk keseorangan bersama rakyat.

Apapun kata orang, Tidak ada salahnya seorang yang ternama mencuba atau memulakan sesuatu kesederhanaan dalam hidupnya. Yang pentingnya beliau tak sewa jet mewah peribadi tajaan dari orang luar yang ada kepentingan.

Masa Depan Azalina Makin Malap, 7 Negeri Sokong Penuh Kak Jat

                                       
IPOH - Wanita Umno di tujuh negeri telah menyatakan sokongan terhadap ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Shahrizat berkata Melaka, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Perak menyatakan sokongan itu ketika beliau melawat negeri-negeri berkenaan.

"Saya hargai dan saya mengambil berat amanah yang diberikan kepada saya," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Wanita Umno Perak di sini, hari ini.

Katanya jika diberi peluang untuk terus menerajui pergerakan itu, beliau akan memberi fokus terhadap peranan wanita dalam politik.

"Saya tidak berpuashati dengan pencapaian Wanita dalam politik. Ini akan menjadi obor perjuangan saya jika saya dipilih untuk mengemudi pergerakan Wanita Umno," katanya.

Pertandingan jawatan Ketua Wanita setakat ini membabitkan Shahrizat dan bekas ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Penamaan calon bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diadakan serentak pada 21 Sept manakala tarikh pemilihan 12 Oktober.  - Bernama

Serangan Di Zamboanga City Mungkin Merebak Ke Sabah


KOTA KINABALU: Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.
 
Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.
Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.
 
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.
 
"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.
Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.
MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.
Marilah kita berdoa semoga peristiwa ini tidak merebak ke negara kita khususnya Sabah. Masih terbayang-bayang tragedi pahit yang berlaku di Lahad Datu awal tahun ini yang telah mengorbankan perwira-perwira kita.
Selain pasukan keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM, penduduk Sabah dan Sarawak yang menetap di kawasan perairan dan pinggiran pantai diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan mereka

Cikgu Kantoi Beromen Dengan Anak Murid



Minggu ini sahaja, beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet. 
Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.

Individu yang memuatnaik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta). 
 
pengetua sekolah melakukan sex dengan pelajar
Difahamkan Tindakan Biro aduan pendidikan tempatan telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.

Mat Sabu Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

Pemerhati PAS melihat kedudukan timbalan presiden parti Mohamad Sabu kini dalam keadaan genting apabila mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan hasrat agar jawatan timbalan presiden PAS dipilih dari kalangan ulama.

NONESumber parti melihat kenyataan pemimpin PAS paling berpengaruh itu sebagai arahan dan mungkin juga isyarat kepada para perwakilan untuk memilih pemimpin dari golongan ulama.

Sumber yang dekat dengan Mohamad itu memberitahu Malaysiakini, ia sekali gus memberi peluang cerah menanti pemimpin dari kumpulan ulama untuk merampas kedudukan beliau.
"Isyarat beliau (Nik Aziz) yang mahu dari kumpulan ulama, ia akan mencetuskan gelombang besar.
"Ia dianggap (arahan) supaya perwakilan memilih calon pilihan beliau," kata sumber tersebut ketika dihubungi pagi ini.

Sumber berkenaan juga melihat bahawa penolakan ke atas Mohamad itu dikuatkan lagi dengan latar belakang penceramah popular tersebut yang bukan dikenali sebagai pemimpin ulama.

NONEMohamad juga sering dikaitkan dengan fahaman Syiah, walau dakwaan tersebut berkali-kali dinafikan olehnya.

Menurut sumber berkenaan, perkara ini secara tidak langsung memberi peluang kepada ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berdepan dengan Mohamad sekali lagi.

Sumber berkenaan mendakwa faktor penolakan berkenaan boleh dilihat sejak pemilihan parti 2011, yang menyaksikan Mohamad dipilih sebagai timbalan presiden.

"Mereka mahu memastikan harapan untuk mengangkat kumpulan ulama yang tergendala pada 2011 tercapai. Inilah kali pertama (pemilihan 2011) ulama kalah dan tidak pernah berlaku sebelum ini," kata sumber.

Dalam pemilihan tersebut, Mohamad berdepan dengan penyandang, Nasharudin Mat Isa dan naib presiden pada masa itu, Tuan Ibrahim.

Menurut sumber, kedudukan Mohamad juga semakin tergugat apabila terdapat usaha untuk mengetengahkan seorang calon "tokoh profesional yang dianggap ulama" iaitu Datuk Mujahid Yusof bertanding jawatan timbalan presiden.

"Akan ada kawasan daripada Perak, Pulau Pinang dan Kedah akan mencalonkan (Mujahid). Tapi kalau berlaku tiga penjuru, kumpulan ulama akan menang.

"Malah kalau perlawanan satu lawan satu pun, Tuan Ibrahim akan menang kerana arus dalam parti menolak Mat Sabu," kata sumber.

Tuan Ibrahim kalah tipis dengan Mohamad dalam pemilihan dua tahun lalu, dengan perbezaan hanya 21 undi.

Nik Aziz dalam laporan pada hari Sabtu lalu meminta agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden, dan berharap agar jawatan timbalan tersebut diisi oleh golongan ulama.