Friday, 4 October 2013
Ustaz Azizan - Wira Tak Didendang PAS
Bahang PRK Sungai Limau sudah mula terasa. Di beberapa ceruk kampong di DUN Sg Limau masyarakat di sana mula memperkatakan siapa bakal calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK nanti untuk melawan calon PAS. Bunyinya agak aneh mengapa calon UMNO yang disebut-sebut sedangkan sepatutnya mereka lebih memperkatakan kelibat calon PAS?
Mungkin ini satu kebetulan kerana jentera UMNO dilihat lebih banyak memainkan peranan membantu rakyat di kawasan tersebut di kala Allahyarham Tan Sri Azizan sedang dirawat di hospital. Sedangkan jentera PAS hanya sekali sekala datang menjenguk pengundi dengan hanya mengadakan ceramah-ceramah sambil-sambil hulur karung dan usung tin mintak derma.
Di kala pemergian Allahyarham Tan Sri di hospital, kelibat pemimpin-pemimpin UMNO juga yang sibuk untuk menguruskan jenazah. Kami dapat melihat kehadiran YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta Mukhriz yang lebih mendapat perhatian rakyat.
Kami tertanya mengapa Tun berdua sanggup bergegas ke hospital untuk melawat ‘musuh’ politik UMNO dengan meninggalkan sebuah majlis di kawasan lain. Walhal beberapa pemimpin PAS yang lain lebih sibuk ke Bangkok untuk tunduk sembah hormat kepada bangkai Chin Peng dan sibuk melalut nak bawa balik abu bangkai pengganas tersebut.
Dari sembang-sembang kami dengan beberapa ahli PAS asal Bukit Besar dan Sungai Dedap mereka menyatakan "pemimpin PAS la nie (kini) lebih kalut nak bela komunih dan syiah. Depa lebih suka Ustaz Azizan mampuih cepat sebab Azizanlah punca Kedah kalah, sebab tu kena kafarah habih kaki kena potong".
Terkejut juga kami mendengar penjelasan tersebut.
Kami bertanya lagi agaknya siapa yang layak jadi pengganti Arwah Ustaz. Mereka kata "mungkin anak arwah yang layak tapi dalam PAS ni jenuh sikit sebab puak Mahfuz pun ada orang depa sendiri, Mahfuz nak bertanding, Mat Sabu pun nak jugak. puak Fakrul Razi pun nak, puak Taulan pun nak jugak. Nak letak anak arwah pulak had (yang) mana satu? Had anak bini nombor satu ka, had anak bini nombor dua? Had Musadak pun ada orangnya jugak, dia pun nak jadi calon…nak letak Muaaz ka atau letak Muzaini?" Mymassa sendiri tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli PAS ini.
Mymassa pun tak dapat nak sembang panjang sebab ramai berpusu-pusu datang kat hospital. Tapi dalam benak kami ramai ahli PAS yang kecewa apabila segelintir ahli dan pemimpin PAS sendiri tergamak menentang arwah semasa hayatnya. Sampai ada yang mintak arwah dipecat dari PAS dan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana ketegasan arwah tidak melayan tuntutan melampau segelintir ahli PAS yang gilakan projek.
Arwah juga ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri berkaitan isu Syiah sehingga ada yang sanggup mencerca arwah kononnya menjadi barua UMNO. Itu belum masuk lagi kes KUIN sehinggakan apabila arwah sakit dan masuk hospital ada segelintir ahli PAS mendesak arwah dan kerajaan negeri melantik seorang pemangku dengan segera tanpa menghormati keadaan arwah yang sakit tenat.
Kami juga mendapat tahu dari Pak Su Man yang dari PAS Kampung Gelam Tiga mengenai perangai segelintir ahli-ahli PAS yang mensabotaj jentera parti sendiri semasa PRU 13 lalu. Pak Su Man memberitahu "ahli-ahli PAS pakat cabut bendera parti dan pacak bendera BN keliling kampung sebagai protes kepada Azizan. Tak cukup dengan tu, depa pakat pacak bendera PAS hitam putih keliling Sungai Limau dan mengugut tak akan keluar mengundi".
"Bila arwah menang ADUN Sungai Limau pada PRU 13 tapi dengan majoriti berkurang, ahli-ahli PAS bersorak riang. Bila arwah masuk hospital dan kena potong kaki depa hambuq kata lebih baik Ustaz mampuih teruih".
Perbuatan-perbuatan segelintir penyokong PAS ini ternyata menguriskan hati dan perasaan isteri -isteri dan keluarga Tan Sri Azizan. Pernah wakil Mymassa melihat Mukhriz sebak melihat isteri arwah mengalirkan air matanya sebab arwah dicaci dan dihina sebegitu rupa, sedangkan arwah begitu besar jasanya kepada PAS dan Negeri Kedah.
"Ustaz Azizan bukan sebarang orang. Dia Menteri Besaq dia banyak berjasa pada orang Kedah tanpa kira depa tu PAS atau UMNO. Tapi orang PAS sendiri sanggup hina dan humban Ustaz sampai lagu ni. Sakit pun susah depa nak mai lawat. Kami malu kat Datuk (Mukhriz) dan Tun Mahdey (Mahathir)…"
Itulah yang diluahkan oleh ahli keluarga Allahyarham kepada wakil Mymassa di Kedah. Kami tak mahu mengaibkan orang lain apatah lagi sesama bangsa. Kami juga turut bersimpati dan berkabung atas pemergian Allahyarham. Tapi sampai bila kami perlu sembunyikan dapatan fakta dari pengalaman kami sendiri?
Memang hasrat arwah ingin memajukan Sg Limau. Tapi setakat itu kemampuan arwah dan kesempatan yang Allah Taala berikan pada arwah. Arwah pergi meninggalkan kita dan amat teringin melihat penyatuan umat Melayu. Namun hajat arwah itulah yang menjadi punca beliau ditentang hebat oleh segelintir ahli-ahli dan pemimpin PAS sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment