Menteri Dalam Negeri Datuk 
Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai 
kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan 
kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.
 Dengan nada marah, Zahid 
berkata negara ini juga bukan milik Anwar.
 "Negera ini pun bukan negera 
bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negera bapa dia. 
 "Yang itu, awak kena tulis Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis 
berdasarkan etika kewartawanan," kata sambil menuding jarinya kepada wartawan 
portal tersebut.
 Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 
Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar 
meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya 
mengikut kaedah yang digemari.
 Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 
Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem 
pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan 
sombong yang menghina rakyat.
 "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? 
Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.
Komentar 
KP : Steady Dato' Zahid kerana keberanian menjawab tohmahan Anwar sekaligus 
membuktikan ketegasan beliau untuk tidak lagi bertolak ansur dan berlembut 
dengan lahanat dan musibat pengkhianat negara seperti Anwar dan 
juak-juaknya.Masa berlembut sudah habis,kini masa untuk bertindak!!

 
No comments:
Post a Comment