Bukan sahaja 
pemimpin-pemimpin tertinggi dalam pembangkang tidak dapat menerima keputusan 
pengiraan undi oleh SPR, tetapi juga tidak dapat ditelan oleh penyokong 
PR.
Nampak 
sangat mereka masih lagi mencuba untuk mencipta situasi tegang dan huru-hara 
dalam negara.
Ketika ini, 
penyokong PR sedang kecoh menyebarkan berita-berita palsu dan penipuan yang 
sengaja dicipta supaya rakyat Malaysia terus percaya dan marahkan parti Barisan 
Nasional (BN).
Semuanya 
kerana apa, kerana BN adalah parti yang tetap mampu mentadbir negara dalam 
keadaan baik sama ada menjaga kestabilan ekonomi, keamanan bahkan mampu menjaga 
kebajikan rakyat. Perkara-perkara inilah yang tidak mampu diterima penyokong PR, 
lalu melipat kali gandakan usaha menyebarkan penipuan demi 
penipuan.
Lihat sahaja 
dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, pelbagai penipuan, rekaan 
cerita dan sumpah seranah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PR. Belum lagi 
termasuk dalam blog-blog PR.
Penipuan 
yang hangat dibuat oleh penyokong PR adalah isu kononnya BN membawa masuk warga 
asing seramai 600,000 orang ke Malaysia sebagai pengundi hantu.
Mereka juga 
menuduh kerajaan BN telah menyediakan kad pengenalan ‘ekspress’ kepada warga 
asing ini supaya mengundi BN dalam PRU13.
Penipuan ini 
dibuat ketika semua rakyat Malaysia sedang sibuk keluar untuk mengundi pada 5 
Mei lalu.
Ia terus 
dihangatkan dengan perbuatan memuat naik gambar-gambar individu-individu yang 
berwajah seperti warga asing, Bangladesh atau Pakistan di Facebook supaya 
membuatkan orang ramai lebih percaya dan termakan dengan agenda penipuan 
ini.
Jadi, 
sementara semua orang menunggu giliran untuk membuang undi, sempatlah untuk 
melihat ‘perkembangan’ penipuan penyokong tegar PR. Secara tidak langsung ia 
dapat mengubah pendirian pengundi. Penipuan ini adalah langkah terdesak PR untuk 
meraih undi dari rakyat Malaysia sementalah mereka sendiri sudah mengetahui akan 
menghadapi kekalahan teruk.
Perdana 
Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak juga sudah menegaskan tidak ada pengundi 
hantu langsung dalam PRU13 dan ia disokong kuat oleh SPR. Jadi mengapakah PR dan 
penyokong-penyokong mereka terlalu tuli dan pekak untuk meneima 
kebenaran?
Malangnya, 
ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai penipuan ini tanpa usul periksa. 
Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Adakah masuk 
akal 600,000 pengundi hantu membantu BN dalam PRU13 sedangkan BN menang tipis 
dan tewas undi popular?
Ternyata, PR 
memang kalah dalam PRU13 dan membuktikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya 
tidak berhasil. Itulah kebenaran dan hakikat yang pahit untuk penyokong PR 
terima.
Tidak cukup 
dengan penipuan kononnya BN membawa pegundi hantu, mereka sekali lagi sebarkan 
penipuan dengan mengatakan berlakunya salah kira undi dengan terjadinya 
‘blackout’.
Walhal, 
insiden ‘blackout’ langsung tidak terjadi! Dan ia disahkan sendiri oleh pemimpin 
DAP dan wartawan pro-PR.
Apa yang 
pelik, penyokong PR menuduh BN sengaja adakan ‘blackout’ supaya salah kira undi 
berlaku tetapi bagaimana mereka cepat-cepat menyediakan lampu suluh? Alasan, 
takut berlakunya terputus bekalan elektrik.
Reformasi 
berbentuk menukar ‘Default Picture’ di Facebook dan Twitter dengan gambar hitam 
juga dibuat sebagai tanda protes dan mogok dengan keputusan PRU13.
Nampaknya, 
taktik Anwar menggunakan agenda penipuan telah diturunkan kepada 
penyokong-penyokong tergarnya yang telah buta hati dan akal.
Padahal, 
pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13 di Malaysia 
ini.
Paling tidak 
pun, fikirlah secara logik, jika benar keputusan tidak adil, mengapa BN masih 
tewas di tangan pembangkang untuk negeri Selangor, Pulau Pinang dan 
Kelantan?
Benarlah 
kata Tunku Aziz, Anwar dan pengikutnya tak akan pernah kering akal untuk 
mencipta kekacauan dalam negara. Mungkin strateginya untuk menimbulkan huru-hara 
sewaktu hari mengundi tidak berjaya dan dikesan awal-awal, sebab itu Anwar 
lancarkan ‘senjata’ penipuan seperti ini.
Jadi, 
sebagai rakyat Malaysia yang masih ada akal fikiran yang waras, jangalah kita 
menjadi seperti lembu dicucuk hidung, menuruti sahaja kata-kata yang tidak 
berasaskan fakta dan kebenaran




 
No comments:
Post a Comment