“Perkara ini saya serahkan 
kepada pihak yang arif dalam undang-undang bagi mengambil tindakan,” kata Ahmad 
Zahid selepas ditanya pemberita ketika sidang akhbar pagi ini(semalam) di 
Putrajaya sempena Operasi Banteras Pendatang Tanpa Izin.
Apabila ditanya lanjut, Zahid 
juga enggan memberi sebarang pendapat sama ada tindakan Malaysia Insider 
tersebut menyalahi undang-undang negara atau tidak.
Menurut sumber, Zahid telah 
meminta Polis dan Pejabat Peguam Negara untuk melihat sama ada tindakan Malaysia 
Insider menerbitkan dua artikel berbaur penderhakaan kepada Agong dan penghinaan 
kepada Islam boleh dikenakan tindakan.- sumber
Malaysia mengamalkan Sistem 
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang 
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan 
Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap 
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak 
beraja. 
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja 
dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan 
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan 
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan 
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada 
raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat 
setia kepada Yang di-Pertuan Agong.


No comments:
Post a Comment