Bapa saudara kepada
Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman
video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia
memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang
lain di bulan Ramadan ini.
Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya
bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.
Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah
dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat
persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS)
di sini.
"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan
dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata
pelajaran agama Islam.
"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang
daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah
terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di
negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari
in.
Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini
untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah
Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita
berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik
bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di
negara ini sekitar 1970-an.
Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan
tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak
saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.
"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf,
mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup
dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.
"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya
yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan
itu," katanya.
Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini
menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai
Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana
sudah pun mengetahuinya sejak 2010.
"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah
menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya
sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas
dan sebagai seorang tomboi," ujarnya - UM
Kenyataan
adik Maznah itu ternyata berlainan dengan pengakuan Maznah @ chetz yusof sebelum
ini :
BACA
SINI
No comments:
Post a Comment