Pelik ... Kit Siang TIDAK BERANI menghentam 
Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army. Sebaliknya, 
beliau hanya menghentam Dato' Seri Zahid Hamidi.
Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia. Jika 
sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan 'like' bagi 
sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan 
terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan 
kewujudan Red Bean Army ini.
 
Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan 
dibayar dari RM3000-RM8000 seorang. Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun 
laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di 
Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.
 
DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.
 
Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu 
ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato' Seri Zahid Hamidi yang membuat 
kenyataan mengenai Red Bean Army DAP.
 
BAPAK RACIST ini menafikan DAP membelanjakan sejumlah RM180 juta setahun atau 
RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.
 
Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk 'dihadamkan' oleh logik 
akal kita. Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk 
DAP.
 
Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan 
campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
 
Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi 'Ini Kalilah' sudah cukup untuk 
membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.
 
Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam 
Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di 
atas bahu PAS. Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi 
PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sung guh menambah dan menukar pengundi 
di kawasan-kawasan 'strategik'.
 
Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN 
melalui apa cara sekali pun.
 
Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai 
Red Bean Army. Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan 'like' 
terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 
2,000 – 3,000 orang sahaja. Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang 
menyengat.
 
Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai 
samseng tetapi juga penipu tegar. Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, 
walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.
 
Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi 
membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak.
 
Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap 
bahan yang digembar-gembur kan mereka mula diragui oleh penyokong mereka 
sendiri. Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun 
menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu 'blackout'.
 
Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada 
apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus 
menipu. Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak 
wujud.
 
Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu 
sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army. Sebaliknya, beliau hanya menghentam 
Dato' Seri Zahid Hamidi.
Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika 
benar-benar peka dengan aktiviti-aktivi ti yang berlaku di internet, terutama 
laman-laman sosial.
Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat 'like' 
sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam?
 
Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen 
dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai 
'wajah'?
Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato' Seri Zahid 
Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri.
 
Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera 
yang kurang bijak? Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan 
menipu?
 
Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun 
lebur. Red Bean Army sudah pun terdedah. Penipuan mereka juga sudah terkantoi. 
Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke 
himpunan-himpun an haram. - sumber 
No comments:
Post a Comment