Pembedahan membuang kedua-dua 
belah kaki Ustaz Azizan telah dilakukan jam 11.30 malam tadi di Hospital Pulau 
Pinang akibat jangkitan kuman pada kedua-dua kakinya.
Difahamkan kedua-dua kaki 
Ustaz Azizan ditanam bersebelahan kubur Allahyarham Ustaz Fadhil Noor di tanah 
perkuburan KIDU. 
Moga Ustaz Azizan dan keluarga 
tabah dengan segala ujian yang diberikan. Semua hanya pinjaman sementara buat 
kita di dunia. Kepada rakyat Malaysia sama sama kita doakan agar Ustaz Azizan di 
beri kekuatan dan redha dengan Qada dan Qadar Allah.
Semoga Ustaz Azizan tabah 
menghadapi dugaan Allah swt diatas ujian yang maha hebat ini, Dan diharap 
kesihatan Ustaz Azizan bertabah baik selepas ini, Insyallah

No comments:
Post a Comment