Sunday 13 October 2013

Rumah MP Perlis Hangus Terbakaq

 
KUALA LUMPUR - Kediaman Menteri Besar Perlis Azlan Man di Bukit Persekutuan di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam semalam.

Ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, empat anggota keluarganya yang berada di banglo dua tingkat berkenaan berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad, ketika kejadian empat bersaudara terbabit berada di tingkat atas rumah sebelum bergegas menyelamatkan diri selepas menyedari ada kebakaran.

Enam jentera bomba bersama-sama 57 anggota dari balai bomba Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail dan Seputeh digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

"Setibanya di lokasi kami mendapati hampir 60 peratus bahagian dalam rumah telah terbakar berikutan struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya api berjaya dikawal setengah jam kemudian, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu di KANGAR, Azlan memberitahu Bernama beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Saya belum sempat pulang untuk melihat sendiri keadaan rumah, namun dimaklumkan bahagian atas rumah musnah, katanya yang ditemui selepas penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung seluruh Perlis.

Katanya beliau sudah tinggal di rumah itu ketika masih berkhidmat dalam sektor awam.

Belum pasti bila saya akan pulang untuk melihat rumah kerana jadual tugas saya di sini padat, katanya menambah isteri beliau sudah ke Kuala Lumpur untuk melihat tahap kerosakan dan kerugian yang dialami. - Bernama

Saturday 12 October 2013

Koleksi Gambar Siti Nurhaliza Mengandung??

Sekadar hiasan

Siti Nurhaliza Dah Mengandung? Khabar angin, ibarat angin yang bertiup perkhabaran itu sekejap datang dan sekejap hilang dibawa angin. Begitulah juga dengan gosip yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza sudah mengandung.

Siti Nurhaliza Dah Mengandung?

 
Dikatakan gosip Datuk Siti Nurhaliza mengandung bermula gara-gara perut Datuk Siti Nurhaliza yang kelihatan agak berisi sedikit berbanding biasa sewaktu Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Malam Transformasi Bersama Rakyat.

Inilah punca gosip yg mengatakan Siti Nurhaliza mengandung

Bagaimanapun, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dakwaan tersebut, dan dibawah adalah jawapan dari beliau sendiri.

 
Siti Nurhaliza Dah Mengandung?


@siti_nur11: Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha



Nampaknya ramai peminat tidak sabar-sabar menunggu bila agaknya Datuk Siti Nurhaliza akan mengandung, Datuk K pun lagi tak sabar agaknya.

Kami mendoakan hanya yang terbaik buat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Apa pun jom lihat beberapa gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram beliau.



 








 


- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2013/10/siti-nurhaliza-dah-mengandung.html#sthash.TS36HVRU.dpuf

Terkini!! Ini Ka Senarai Jawatankuasa Pemuda UMNO 2013-2016??

Ketika Ibu Pejabat UMNO sedang bertungkus lumus mengorganisasi pemilihan UMNO, telah tersebar ura-ura regu jawatankuasa sayap Pemuda UMNO untuk sessi 2013-2016.

Pemilihan UMNO kali ini memperlihatkan lima calon menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda, empat calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan 75 calon untuk jawatan exco pergerakan pemuda.

Daripada calon yang menawarkan diri, saya memberi kepercayaan kepada calon-calon di bawah untuk membarisi kepimpinan pemuda bagi sessi 2013 - 2016.


Pengerusi Tetap 
ABDUL FATTAH BIN ABDULLAH – (calon no 2) 

 
Timb. Pengerusi Tetap 
MUHAMMAD YADZAN BIN MOHAMMAD – (calon no 1) 
 

Ketua Pemuda
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR -(calon no 01) 


Naib Ketua Pemuda
KHAIRUL AZWAN BIN HARUN –(calon no 04) 

 
Ahli Jawatankuasa (EXCO PERGERAKAN PEMUDA)


 
1) IBDILILLAH BIN ISHAK –(calon no 1) 

 
2) SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI –(calon no 2) 


 
3) ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH – (calon no 4)

4) NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN –(calon no 7) 


 
5) AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD –(calon no 11) 

6) AHMAD FAISAL BIN ABDUL KARIM –(calon no 12) 

7) FATHULBARI BIN MAT JAHYA – (calon no 16) 

 
8) ONN HAFIZ BIN GHAZI –(calon no 22) 

 
9) RAHIMI BIN ABD KARIM – (calon no26) 

 
10) SHEIKH NAFIQ ALFIRDAOUS (CALON NO.33)

11) ERWIN MUKHRIZ BIN ZAHARI - (calon no 44)

12) MOHD FAIZAL DAUD (CALON NO.46)

13) ARIFF HAKIMI Hj. ZULKIFLI (CALON NO.62) 

14) MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN -(calon no 48)

15) NURUL IZHAM BIN NURUL ANUAR –(calon no 54) 

 
16) AZRINIZAM BIN IBRAHIM – (calon no 57) 

17) Mohmad Faiz Yaacob (Calon no 32)

 
18) JEFRIZAL BIN MOHD JAAFAR –(calon no 63) 

19) MOHD IKHMAL ABU BAKAR (CALON NO. 59)

20) KAPTEN. MOHD FAIRUZ MOHD SAKIRIN (CALON NO.55)

Neloofa Tayang Kekasih Hati.. Hans Gigit Jari


Neloofa bikin panas lagi beb.. Kali ni mesti si Hans Isaac tu meroyan sakan bila tengok gambar "kekasih hati" terbaru Neelofa ni.. Bukan calang-calang orangnya tau lelaki disebelah Lofa tu.. Dah popular pun satu Malaya beb..

Inilah yang dinamakan tuah badan... Sapa sangka buah cempedak bertukar jadi nangka.. Sapa tahu dari karier biasa tapi mampu popular sekelip mata.. Hebat.., hebatt!!!
 
/
/
/
/
|
N
 |
/
/
/
|
|
E
 |
|
/
/
/
/
|
L
 /
/
/
/
|
|
|
O
 |
|
/
/
/
/
/
/|
|
|
O
 |
|
|
|
F
/
/
/
/
/
/
/
/
A
/
/
/
/
/
/
/
/


Wartawan Aibkan Mereka Seaib-aibnya..

Niat pasangan pelakon, Aeril Zafrel, 26, dan Wawa Zainal, 22, untuk terus merahsiakan kelahiran anak pertama mereka daripada pengetahuan umum sehingga ke tahun 2015 tidak kesampaian, apabila mereka terpaksa membuat pengakuan sudah pun berkahwin.

Hasil pendedahan media mengenai pernikahan 'rahsia' mereka, pasangan artis ini akhirnya terpaksa berterus-terang sudah pun bernikah pada tahun lalu sehingga melahirkan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos.

"Saya dan Wawa telah bernikah secara sah pada 25 Februari 2012 dalam satu majlis yang diadakan di rumah pengurus saya di Petaling Jaya, Selangor. 

"Pernikahan itu dijalankan oleh seorang juru nikah yang dibawa dari Sabah, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulung dan disaksikan oleh pengurus saya sendiri.

"Itu pernikahan pertama kami. Pernikahan yang pertama itu sebenarnya adalah untuk menghalalkan hubungan kami kerana risau menghampiri zina. Selain itu, pernikahan dirahsiakan kerana kami tidak mahu pihak pengurusan Wawa mengetahui mengenai hubungan kami," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Aeril, mereka terpaksa bernikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 setelah mendapat tahu bahawa Wawa sudah pun mengandung. Ini bagi membolehkan status anak mereka dapat didaftarkan dengan namanya sebagai ayah. 

Kenyataan yang diberikan oleh Aeril dalam sidang media itu telah mengundang suasana 'panas' di kalangan media yang hadir. Soalan provokasi telah diberikan media yang selama ini menganggap mereka telah 'ditipu' oleh kenyataan demi kenyataan tidak benar kedua-dua artis ini yang sebelum ini telah menafikan berita pernikahan mereka. 

Rata-rata wartawan yang hadir menyatakan kesangsian mengenai kesahihan pernikahan kali pertama Aeril yang dikatakannya sebagai nikah 'syariah' kerana ia telah membelakangi Jabatan Agama Islam dan landas undang-undang syariah negara.

Aeril lantas berkata, pernikahan kali pertama itu sudah cukup mencukupi rukun nikah, cuma ia tidak disahkan dalam sebarang dokumen hitam putih mengenai pernikahan itu.

Malah, tindakan Aeril yang memberi penjelasan bahawa dia menghormati pendirian isterinya untuk menyorokkan perkahwinan itu kerana khuatir isterinya akan dimarahi oleh pihak pengurusannya juga dilihat sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh pihak media yang hadir.

Sementara itu, ketika ditanya sampai bila mereka mahu menyorokkan bahawa mereka sudah mempunyai anak, jelas Wawa, dia mahu menyimpan rahsia itu sehingga kontraknya bersama pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG) tamat pada 2015.

"Saya mahu menyorokkan kelahiran anak ini sehingga saya tamat kontrak. Selepas itu baru saya akan beritahu kepada pihak media. Tetapi, ada pihak yang telah membocorkan mengenai perkahwinan dan kelahiran anak sulung kami. 

"Pelbagai tohmahan telah dilemparkan berkenaan status sebenar anak kami, dan sebab itu kami terpaksa menceritakan perkara sebenar sekarang," ujarnya yang turut hadir bersama bapa di sidang akhbar itu.

Aeril dan Wawa juga di akhir sidang media telah melahirkan permohonan maaf kepada pihak media kerana telah menipu dalam kenyataan mereka sebelum ini

Pemilihan UMNO : Wanita Gua Musang Bertinju??


Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.
 
Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.
 
Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.
 
Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.
 
“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.
 
Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.
 
Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.
 
“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.
 
“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.
 
Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini. Untuk video klik sini

Wednesday 9 October 2013

Calon Muflis Kena Sedar Diri - Puad Zarkashi

Calon yang diisytiharkan muflis perlu sedar diri sebelum membuat keputusan untuk bertanding pada pemilihan Umno bulan ini.
Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan calon berkenaan bukan sahaja menyusahkan perwakilan tetapi menunjukkan mereka tidak ikhlas untuk bertanding.
“Sudah tahu bankrap tetapi mahu pula bertanding dan berkempen. Tindakan ini memang menyusahkan orang lain dan parti.
“Mereka perlu sedar diri kenapa mahu bertanding. Setiap calon yang bertanding sepatutnya mempunyai keikhlasan diri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di
Klana Resort di sini semalam pada majlis pengenalan calon pemilihan Umno 2013.
 
Menurutnya, setiap ahli Umno perlu mendidik diri untuk menjadi lebih telus, ikhlas serta jujur apabila menawarkan diri untuk bertanding pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, Mohd Puad menyambut baik keputusan Lembaga Disiplin parti yang mengubah syarat sebelum ini dengan membenarkan calon berkempen secara terbuka.
“Keputusan ini cukup melegakan kami yang bertanding terutamanya calon-calon swasta seperti saya yang tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam menteri kabinet dan agensi.
“Sepatutnya perkara ini dibenarkan lebih awal lagi kerana kempen bertujuan memberi peluang kepada calon menyatakan misi dan visi bertanding. Lagipun jika pilihan raya umum memberikan ruang berkempen seluasnya kenapa tidak pada pemilihan parti,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi memikirkan secara terperinci kaedah-kaedah kempen yang dibenarkan

Tuesday 8 October 2013

Duit Gaji Tak Cukup??

Keluh Gaji Tidak Cukup
 
Riyadh: Kebanyakan penduduk Saudi merungut pendapatan mereka tidak mencukupi dengan meluahkan kekecewaannya di laman Twitter.

“Gaji kami tidak cukup,” slogan dilancarkan awal musim panas yang menarik lebih 17.5 juta pengguna laman sembang itu untuk meluahkan perasaan kecewa mereka.

Seorang pengguna laman itu menggesa Raja Abdullah menggunakan kuasa mutlaknya untuk menaikkan gaji semua kakitangan awam di negara pengeluar minyak terbesar dunia itu.

Gaji bulanan seorang kakitangan awam Saudi ialah di antara 3,945 riyal (RM12,229) dan 24,750 riyal (RM76,725) selain elaun lain, menurut kajian disediakan sebuah syarikat insurans baru-baru ini.

Gaji kakitangan sektor swasta pula ialah antara 6,400 riyal (RM19,840) berbanding 15,299 riyal (RM47,426) di negara Arab lain, menurut laporan disediakan Bank Dunia dan Kementerian Ekonomi Saudi.

“Biar pegawai berhenti mencuri...ambil rasuah dan orang awam menjadi mangsa,” tulis wartawan Fahd al-Fahid di akaun Twitter miliknya.

Pengguna lain memaparkan imej menggambarkan keperitan hidup di negara itu, termasuk seorang wanita menyelongkar sampah, keluarga tinggal di rumah usang dan pelajar bersesak dalam bas usang.

Pengguna lain menghantar gambar kartun, satu daripadanya memaparkan seorang lelaki Saudi berdiri di bawah bayang pokok sawit yang baunya boleh dihidu melangkaui sempadan negara itu.

Di bawah gambar itu ditulis: “ Aset kami pergi kepada orang lain: Negara hanya terima lima peratus hasil kekayaan, 95 peratus lagi dikaut negara luar.”

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan bantuan AS$5 bilion (RM14 bilion) kepada Mesir selepas tentera negara itu menggulingkan Presiden Mohamed Mursi, awal Julai lalu.

“Inflasi berterusan menaikkan harga barang sejak beberapa tahun lalu memberi kesan serius kepada kuasa membeli orang ramai di sini. Kadar pengangguran sebanyak 12.5 peratus membabitkan golongan muda, yang mewakili 20 juta penduduk,” kata ahli ekonomi Abdullah al-Almi. - AFP

 
#Negara pengeluar minyak terbesar dunia tu beb! Baru nak halau kera-kera yang asyik merungut itu tak cukup, ini tak cukup tu pindah duduk sana. Kesian pulak... Makan pasir nanti..

Sunday 6 October 2013

Ular Telan Kanak-kanak di Johor??

Antara yang mengikuti perkembangan blog seorang rakan admin. Tujuan admin menulis ini bukanlah untuk memalukan apa yang ditulis oleh rakan admin tersebut kerana gambar (bawah) ini sememangnya pernah dilihat telah tersebar didalam applikasi Whatapp.


Disini saya ingin menafikan adanya tangkapan oleh mana-mana pihak berkenaan ular sawa besar ini di Johor kecuali di Sungai Siput baru baru ini.

"Ular sawa ini telah ditangkap oleh penduduk Kg Cahaya Baru Masai johor selepas membaham seorang kanak-kanak berumur 4 Tahun" - sumber


Disini admin sertakan dari mana gambar tersebut ditemui dan didalam laporan sumber tersebut ular sawa yang besar itu telah menelan seorang wanita di Afrika Selatan (ada juga mengatakan ini adalah berita palsu). Diharap pihak yang pernah terbaca artikel ringkas tersebut sedia maklum.

sumber dakwaan admin :http://www.hoax-slayer.com/giant-snake-swallows-woman.shtml


Wallahualam...







Ini kat sungai siput..Ular Guni Buruk gelarannya..Terima kasih abam-abam JPAM...Kalau aku idok la nak memegangnya...dah macam anjing mukanya...ngeee...gel

Kilang Pengeluar Anak Haram??

null 

Dailymail: Dr Nayna Patel bersama wanita-wanita yang sewakan rahimnya

INI,berita seram dari India. Sebuah ‘kilang bayi’ pertama di dunia sedang dibangunkan. Tempat itu akan menjadi rumah bagi ratusan perempuan miskin yang dibayar untuk mengandung dan melahirkan anak-anak bagi pasangan kaya, terutama pasangan dari Eropah dan Amerika, yang tidak boleh hamil.

Dalam tempat ini,  calon orangtua boleh mengirim sperma (embrio) ke sebuah premis di mana seorang perempuan kemudian disewa rahimnya untuk mengandung dan melahirkan anak, sebelum kemudiannya, pihak orangtua datang untuk menjemput anak mereka yang baru lahir.

Klinik yang bernilai multi-juta dollar itu akan dilengkapi apartemen bagi pasangan kaya yang datang berkunjung, satu tingkat untuk para 'surogate mother' (perempuan yang disewa rahimnya untuk mengandung bayi orang lain dengan iseminasi buatan), pejabat, bilik bersalin, sebuah departemen IVF, bahkan restoran serta kedai suvenir.

Doktor di balik klinik pengembangan berteknologi tinggi itu adalah Nayna Patel, menjalankan sebuah klinik yang menampung sekitar 100 perempuan hamil dalam satu rumah. Patel membayar setiap perempuan yang disewa rahimnya dengan tarif USD 8,019 dollar dari orangtua yang mengharapkan anak.

Program Patel di Anand, sebuah kota kecil di negara bahagian Gujarat di mana klinik baru itu sedang dalam tahap pembangunan, telah melahirkan hampir 600 bayi untuk pasangan kaya. Dr Patel, seorang perempuan, bercakap dalam sebuah filem dokumenter di program BBC Four pada Isnin (30/9/2013) malam bahawa dia telah menerima ancaman kematian dan menghadapi tuduhan mengeksploitasi orang miskin demi mendapatkan keuntungan.

"Saya menghadapi kecaman dan saya akan mendapat kecaman lagi. Menurut banyak orang, saya kontroversial. Ada dugaan tentang penjualan bayi, kilang pembuatan bayi," ujar Dr Nayna Nationalgeographic.

Dr Patel menegaskan bahawa ia sedang dalam misi seorang feminis. Ia mengatakan "penyewaan rahim adalah soal cara seorang perempuan membantu yang lain".

Dia menolak anggapan dirinya mengeksploitasi perempuan yang menyewakan rahimnya itu. "Para perempuan itu melakukan pekerjaan," katanya. "Ini sebuah pekerjaan fizik, mereka dibayar untuk pekerjaan itu. Para perempuan itu tahu tidak ada keuntungan tanpa rasa sakit."

Seorang perempuan yang disewa rahimnya, Papiya, yang sedang hamil bayi kembar untuk pasangan Amerika, mengatakan, dia merancang menggunakan wang hasil sewanya di sebuah rumah baru buat keluarganya. "Dengan memiliki bayi kembar, bererti kami mendapatkan fee yang lebih besar," katanya. "Saat terakhir saya menjadi ibu yang menyewakan rahim, saya membeli barang-barang rumah tangga, sebuah kereta, dan meminjamkan sebahagiannya untuk kakak ipar."

Seorang perempuan lain yang juga disewa rahimnya, Vasanti, mengatakan bahawa ia mampu mengirim puterinya ke sebuah sekolah berbahasa Inggeris yang baik dengan wang tunai yang ia perolehin. Dia juga menggunakan biaya itu untuk membangun rumah baru bagi keluarganya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum sewa rahim dalam Islam?

'Sewa rahim' menurut bahasa adalah pemakaian/ peminjaman kandungan dengan membayar wang atau bayaran suatu imbalan.

Menurut istilah adalah menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma), iaitu pasangan suami isteri... Dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sampai lahir.  Kemudian suami isteri itu, yang ingin memiliki anak akan membayar sejumlah wang kepada wanita penyewa rahimnya. 

Jadi, kalau dllihat dalam syariat Islam, syarat mutlak atas status sah dari kelahiran seorang anak ke dunia ini adalah dengan jalur rasmi, iaitu akad nikah yang sah menurut agama.

Ini sesuai dengan Al-Quran..
  • “Dan sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. “ (QS Ar Ra’ad: 38)
  • ”Allah menjadikan bagimu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu isteri-isterimu itu, anak-anakmu dan cucu-cucumu dan memberimu rezeki yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada Allah dengan batil dan mengingkari nikmat Allah?”. (QS. An-Nahl)

Guan Eng : Dah Ludah, Jilat Balik..

SELEPAS PRU-13 lalu, seawal 8 Mei bertempat di Stadium Petaling Jaya, Pakatan Rakyat berhimpun membantah keputusan Pilihanraya itu.

Alasan Pakatan Rakyat membuat bantahan kerana kononnya mereka telah dirampas daripada kemenangan, kerana berasaskan undi popular, Pakatan Rakyat mendapat lebih 50 peratus daripada jumlah undi.

Bantahan tersebut berlarutan sehingga sebulan, sehingga mereka menamatkan sendiri, kerana saban hari jelajah batahan itu, sokongan semakin merosot.

Undi popular rupanya hanya terpakai kepada orang lain, namun apabila terkena dengan batang hidung sendiri, rupanya ianya tidak tergunapakai.

Buktinya pada pemilihan CEC DAP pada 29 September lalu, Lim Guan Eng yang merosot undi popular daripada urutan ke dua pada pemilihan tahun 2012 ke urutan ke-5 dan satu-satunya calon CEC yang merosot undinya, namun tetap dipilih sebagai setiausaha Agung Parti.

Pada pemilihan tahun 2012 Guan Eng mendapat 1,576, manakala pada pemilihan ulangan tersebut, beliau hanya mendapat 1,304 merosot 272 undi. 

Calon yang menduduki urutan ke 15 pada pemilihan CEC tahun 2012 Liew Chin Tong menduduki urutan pertama pada pemilihan 29 September lalu dengan undi 1,438.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengulas pemilihan itu sambil berkata, sepatutnya Guan Eng perlu meletakan jawatan, atas sebab beliau tidak mendapat undi popular.

Kesedian Guan Eng menerima semula jawatan setiausaha Agung DAP, seolah-olah beliau menelan Kahaknya bulat-bulat berkaitan dengan undi popular.

Belangkas Dalam Komuter??

Seorang pelayar web Stomp.sg, David telah merakamkan aksi sepasang remaja yang dalam keadaan memalukan ketika menaiki MRT pada malam Jumaat lepas.

Kedudukan mereka semacam belangkas apabila kedua-duanya menyilang kaki antara satu sama lain.

Dalam perbualan telefon dengan wakil Stomp, David berkata:

"Ketika saya menaiki MRT untuk pulang dari Politeknik Singapura dalam pukul 10 malam Jumaat (4 Okt) yang lalu, saya terlihat pasangan remaja seperti belangkas ini sedang duduk di kerusi.

"Saya rasa amat malu kerana mereka lakukannya di hadapan umum. Boleh ke berkelakuan demikian di tempat awam?
Stomp.s

Friday 4 October 2013

UMNO Tdak Pernah Berubah - Prof Shamsul

    Datuk Dr Shamsul Amri BaharuddinDatuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

SHAH ALAM - 'Saya tak pernah dengar Umno transformasi.'

Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin ketika diminta mengulas soal transformasi politik dalam sesi diskusi Memacu Transformasi Politik Malaysia.

Soalan dibangkitkan moderator yang juga Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abdul Jalil Ali berhubung usaha Umno meremajakan parti itu dengan mewujudkan transformasi namun mengetengahkan calon yang tidak bersih.

"Saya tak pernah dengar Umno transformasi. Yang saya dengar, Malaysia yang transformasi," katanya pada sesi diskusi anjuran Sinar Harian dan Akademi Belia, hari ini.
 
Beliau berpendapat, Umno tidak perlukan transformasi sebaliknya melihat strategi yang boleh diguna pakai dalam menarik sokongan.
 


"Pada saya, Umno tak perlu transformasi. Umno perlu lihat apa strateginya.



"... soalnya strategi dapatkan sokongan. Bagaimana nak kukuh apa yang mereka ada sekarang," katanya.

Diskusi ini membincangkan kandungan buku karya bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berjudul Memacu Transformasi yang baru dilancarkan, petang ini.



Selain Shamsul Amri, diskusi ini turut menampilkan Penasihat Sosial Masyarakat India Malaysia, Dr Vijay Shanmugam dan Bekas Pengerusi Perhubungan Kelab Umno Luar Negara-Australia/New Zealand, Izhar Moslim.