Wednesday 28 August 2013

Kronologi Isu Kalimah ALLAH!! Melayu Kena Ambil Perhatian



Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran;
“Katakanlah (hai Muhammad): (Tuhanku) adalah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tempat sekalian makhluk memohon segala hajat. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang menyerupaiNya”.

(Surah Al Ikhlas ayat 1 - 4)

Ayat suci di atas secara jelas menegaskan bahawa ALLAH itu bersifat TUNGGAL lagi ESA. ALLAH tidak boleh DIPERSEKUTUKAN dengan apa jua andaian, bentuk dan rupa seperti mana yang terdapat di dalam kepercayaan agama-agama lain.
 
Perdebatan tentang kalimah “ALLAH” di Malaysia bermula sewaktu Gereja Roman Khatolik Kuala Lumpur memohon memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu.
 
Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan syarat kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu adalah dilarang sama sekali. Namun puak-puak kafir ini tetap engkar dan menentang arahan tersebut dengan menjalankan pelbagai gerakan tersusun mencabar keputusan kerajaan dan kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
 
Persoalannya mengapa mereka beria benar ingin menggunakan kalimah ALLAH dalam bible versi Bahasa Melayu? Bukankah lebih baik digunakan perkataan “TUHAN” untuk tafsiran tepat bagi “GOD” atau “LORD” seperti sebelum ini. Apakah tidak akan cukup sempurna iman kristian mereka tanpa menyalahgunakan dan mensyirikkan Allah s.w.t dalam ibadah mereka? Apakah muslihat mereka sebenarnya?
 
KRONOLOGI TUNTUTAN KALIMAH “ALLAH” OLEH PUAK KRISTIAN

Sebelum Semakan Kehakiman
 
31 Disember 2007 - Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly; Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “ALLAH”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” masih kekal.
 
3 Januari 2008 - Kabinet terus mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “ALLAH” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006.
 
1 Februari 2008 - Berlangsungnya dialog 'tertutup' di antara pemimpin de fakto PKR, Anwar Ibrahim dengan 200 orang ahli Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia), kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum ke-12 telah menyatakan bahawa kalimah "ALLAH" patut dibenarkan kepada Kristian. (Artikel asal bertajuk "Anwar explains his stance to Christian leaders" telah diterjemahkan daripada artikel asal, terbitan Malayiakini pada 2 Februari 2008).
 
19 Mac 2008 - Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “ALLAH”.
 
5 Mei 2008 - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “ALLAH” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
 
5 hingga 7 Mei 2008 - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 menegaskan bahawa lafaz atau kalimah “ALLAH” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
 
7 Januari 2009 - Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “ALLAHtidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
 
16 Feb 2009 - Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “ALLAH” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Semasa Semakan Kehakiman
 
31 Disember 2009 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah “ALLAH”.
 
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
 
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “ALLAH” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
 
Selepas Semakan Kehakiman
 
5 Januari 2010 - Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
 
6 Januari 2010 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
 
 
9 Januari 2010 - Paderi Gereja Baptist Australia; Pastor Brutus Balan menegaskan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam sahaja. Jika ia turut digunakan oleh Kristian maka akan timbul kekeliruan di kalangan penganut Islam dan Kristian seluruh dunia.

15 Mei 2010Mursyidul Am PAS; Nik Aziz Nik Mat menyatakan gereja Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH tanpa sekatan termasuk DAP demi kepentingan politik mereka.
 
11 April 2011 - Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk mencari jalan mengatasi masalah berhubung import, pencetakan, pengagihan serta penggunaan kitab Bible dalam Bahasa Melayu di negara ini. Ia tidak sama sekali menyentuh perkara berkaitan proses rayuan berkenaan. Kabinet juga tidak mengatakan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah ALLAH dan segala keputusan semuanya bergantung pada keputusan mahkamah.
 
6 Mei 2011 - DAP merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia di dalam Ikrar Pertemuan Paderi-Paderi Kristian di sebuah hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Makan malam tersebut adalah bagi meraikan lebih 100 paderi kristian yang memainkan peranan di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak April 2011.
 
3 Ogos 2011 – Umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan insiden pemurtadan umat Islam dalam acara “Thanksgiving Dinner Program Itenary” yang berselidung di sebalik majlis berbuka puasa anjuran Damansarasa Utama Methodist Church (DUM ) di Petaling Jaya, Selangor yang menyaksikan seramai 12 orang umat Islam dimurtadkan. Pihak penganjur menggunakan istilah-istilah seperti “Allah, Alhamdulillah, Allahuakhbar” dan sebagainya untuk menyebarkan dakyah kristianisasi mereka mengelirukan umat Islam yang hadir.
 
3 November 2012 - Anak Anwar Ibrahim; Nurul Izzah mencetus kontroversi apabila menyatakan kebebasan beragama sepatutnya dinikmati juga oleh umat Islam untuk memilih mana-mana agama tanpa paksaan. Ucapan beliau di dalam sebuah forum anjuran pertubuhan kristian di Subang Jaya bertajuk: “Negara Islam Versi Mana Siapa Bertanggungjawab? mendapat sokongan dari pergerakan memurtadkan umat Islam.
 
24 Disember 2012 - Ketua Menteri Pulau Pinang  merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Krismas 2012.
 
28 Disember 2012 - Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “ALLAHKHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
4 Januari 2013 - Timbalan Presiden PAS; Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “ALLAH” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
 
8 Januari 2013 - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “ALLAH” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
 
8 Januari 2013 - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “ALLAH” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Deklarasi  tersebut dibacakan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri.
 
11 Januari 2013 - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “ALLAH” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
 
13 Januari 2013 - Susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang) PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “ALLAH” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Amnya; Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
17 Januari 2013 - Sebuah NGO di Pulau Pinang; Persatuan Muka Buku telah membuat laporan berhubung kegiatan dua orang lelaki dipercayai mubaligh kristian mengedar kitab bible bahasa Melayu kepada murid-murid di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang.
 
Julai 2013 - Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
 
12 Julai 2013 - Duta Vatican City ke Malaysia: Paderi Joseph Marino menyokong kempen gereja khatolik Malaysia dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” kepada penganut kristian di Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan tugas kedutaan asing yang tidak boleh campur tangan sebarang urusan sesebuah negara lain. Beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut.
 
22 Ogos 2013 - Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri, KDN, JAKIM dan NGO-NGO Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah ALLAH dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan tersebut diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin. Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 ini!
 
PENUTUP
 
Saudara-saudaraku….perjuangan kita masih belum selesai. Bayangkanlah jika Mahkamah Rayuan nanti memihak kepada golongan Kristian ini dengan membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh mereka! Maka dalam masa yang singkat akan terdapat beratus-ratus ribu kitab Injil berbahasa Melayu mensyirikkan nama Allah s.w.t dengan konsep trinity; Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus dicetak dan disebarkan kepada anak-anak kita untuk dimurtadkan oleh gerakan Kristian ini…Nauzubillah.
 
Ayuh kita umat Islam lancarkan jihad fisabilillah mempertahankan keesaan dan kesucian kalimah Allah s.w.t dari disyirikkan oleh kaum kuffar yang berniat memurtadkan ummah.
 
Teruskan bermunajat dan apa jua ikhtiar kita menghalang kejahatan puak-puak kuffar ini dari merobek dan mencemarkan kesucian kalimah ALLAH. Teruskan berjuang meskipun orang-orang kafir dan munafik membencinya!
 
Jangan kita biarkan kalimah “ALLAH” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMAN dan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya. Sesungguhnya permintaan puak-puak kristian untuk menggunakan nama “ALLAH” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR, PENUH MUSLIHAT, BERNIAT KHIANAT dan JAHAT.
 
Renungilah peringatam Allah berikutnya;

"Wahai Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani), janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan kalimah Allah yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan para Rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "Tuhan itu tiga", berhentilah (dari ucapan itu). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara"
(Al Quran Surah An Nisa 171).  
TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KEMUSYRIKAN!

*Artikel di atas adalah kiriman e-mel dari pembaca MyMassa.

JPJ Cuci Tangan!! AES Kini Bawah Trafik Bukit Aman


 
Sistem AES telah diserahkan sepenuhnya kepada Cawangan Trafik Bukit Aman berkuatkuasa serta-merta di bawah arahan kabinet. Penyerahan tersebut termasuklah alat Mobile Radar yang sedia ada sekarang. Dengan kata lain, dua syarikat yang mengendalikan dan mendapat keuntungan besar daripada AES, beralih MAJIKAN daripada JPJ kepada PDRM Cawangan Trafik pula. 
 
AES ditentang oleh sebahagian besar rakyat Malaysia bukan kerana saman atau penguatkuasaannya tetapi kerana ia adalah penyerahan tanggungjawab kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan rapat dengan Omar Ong, seorang penyangak besar yang duduk di kerusi empuk dan menjadi lintah darat dengan idea-idea bodohnya yang menyusahkan rakyat!
 
Walaupun penyerahan tugas tersebut dibuat, namun penjelasan tentang hubungkait dua syarikat dengan AES, masih tidak dijelaskan oleh Kerajaan Malaysia. 
 
Apakah ini idea Omar Ong untuk mengalihkan perhatian, ditambah pula sekarang ini, kebencian terhadap PDRM begitu memuncak? 
 
Berapa peratus pula kedua-dua syarikat berkenaan akan menagih komisyen daripada PDRM selepas mereka berjaya memperolehi jutaan ringgit dari JPJ?
 
Timbul persoalan utama, semenjak bila pula Cawangan Trafik mengambilalih tugas sebenar Jabatan Pengangkutan Jalan?
 
Arahan kabinet yang berkuatkuasa serta-merta itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan serta persepsi negatif terhadap kerajaan. Seharusnya penasihat-penasihat bernafas busuk seperti Omar Ong dan Idris Jala, segera disingkirkan bagi memulihkan kembali keadaan di negara ini. Semakin banyak nasihat yang mereka berikan, semakin banyak idea yang mereka keluarka, bukan menambahbaik sebaliknya memburukkan lagi keadaan!
 
Contoh terbaiknya ialah PETRONAS... wujudnya manusia seperti Omar Ong di PETRONAS, menjadikan PETRONAS tidak ubah seperti harta pusaka peninggalan tok nenek untuk dibidak-bidakkan sesama sendiri!

Sikap Pemimpin PAS Yang Diceritakan Dari Zaman Nabi Ada


APABILA Adam a.s dan isterinya dihalau keluar dari syurga kerana memakan buah larangan, kedua-duanya mengakui kesalahan masing-masing dan menyalahkan diri sendiri terhadap kesalahan yang dilakukan. Mereka tidak menyalahkan iblis kerana merancang komplot yang mendorong mereka melakukan kesalahan itu, dan Adam tidak menyalahkan isterinya kerana mengheretnya ke dalam masalah itu.

Sebaliknya, kedua-duanya mengakui bahawa mereka telah menzalimi diri sendiri kerana membiarkan hawa nafsu menguasai pertimbangan mereka sehingga akhirnya mereka melanggar batas yang ditetapkan Allah SWT.

Kisah Adam dan Hawa disebut dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada manusia keseluruhannya. Setiap anak Adam pasti akan melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pesalah adalah yang banyak bertaubat. Perbezaan antara Adam dengan iblis adalah iblis enggan bertaubat terhadap kesalahan dirinya bahkan enggan mengakui kesalahannya. Dengan sebab kesombongannya itu maka tertutuplah kepadanya pintu kebaikan dan jadilah ia makhluk terkutuk.

Taubat adalah asas kepada perubahan, sama ada perubahan yang kita maksudkan itu menyentuh soal perubahan diri peribadi seorang manusia ataupun perubahan masyarakat, bangsa dan negara secara keseluruhannya.

Sekiranya kita mahu melakukan islah terhadap masyarakat, bangsa dan negara kita, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah bertaubat, iaitu masyarakat, bangsa dan negara itu hendaklah mengenalpasti kesalahan diri, mengakuinya, menyesalinya dan mengambil tindakan-tindakan yang wajar agar tidak mengulanginya lagi. Semua itu memerlukan kebijaksanaan, keberanian dan tawaduk.

Kesemua sifat yang disebutkan itu, walaubagaimanapun, sudah hampir tiada lagi dalam diri kaum Muslimin hari ini yang begitu parah dilanda krisis makna diri.

Justeru, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menyalahkan orang lain terhadap masalah dan krisis yang melanda dunia Islam. Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Barat kebiasaannya menjadi sasaran kecaman mereka apabila berlaku sesuatu krisis dalam negara-negara Islam.

Yang tidak pernah kita dengar adalah kecaman terhadap diri sendiri. Ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Lebih mudah mengecam anasir-anasir luar sebagai punca segala masalah dan krisis, namun tiada apa yang dapat diselesaikan dengan cara itu.

Memang tidak dinafikan kemungkinan ada pihak luar yang menghasut dan mengadu-domba sehingga berlaku permusuhan dan pertumpahan darah sesama Islam. 

Namun begitu, bukankah kesalahan sebenar tetap terletak kepada diri sendiri? Kenapakah begitu mudah untuk kita mendengar hasutan dan fitnah orang lain? Tidakkah itu menunjukkan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan diri kita sendiri, dan dengan cara kita memahami dan menangani masalah yang kita hadapi?

Islah hanya boleh berlaku apabila ada perubahan dalaman, iaitu perubahan yang berpunca dari kehendak sendiri, kerana kita tidak boleh mengubah orang lain agar tidak berkomplot dan menimbulkan masalah kepada kita. 

Yang kita boleh lakukan adalah mengubah diri, dan dengan cara itu secara perlahan-lahan masyarakat keseluruhannya akan turut berubah sedikit demi sedikit. Perubahan yang kita maksudkan itu merujuk kepada keinsafan dan kefahaman yang mendalam terhadap hakikat diri, kehidupan dunia dan nasib akhir di akhirat.

Perubahan diperlukan hanya kerana perkara-perkara berkenaan telah dikelirukan makna dan pengertiannya sehingga membawa kepada pensekularan dan kecintaan melulu terhadap kehidupan dunia. Perubahan sebenar hanya akan berlaku melalui pendidikan yang dirancang dengan baik sehingga berupaya menyampaikan ilmu yang benar, yang seterusnya mengeluarkan manusia dari kejahilan makna diri.

Perubahan secara perlahan-lahan, berhemah dan terancang, walaubagaimanapun, tidak begitu menarik untuk dibincangkan, apatah lagi diusahakan. Para aktivis politik mahukan perubahan segera, dan yang mereka maksudkan adalah perubahan pucuk pimpinan negara, tidak kira apa caranya sama ada secara demokrasi mahupun secara revolusi. Mungkin yang mereka andaikan bahawa pemimpin negara itulah punca segala masalah dan kezaliman, maka harapan mereka adalah pemimpin baru yang dilantik akan berupaya menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

Sekiranya pemimpin itu juga gagal, dia juga akan dijatuhkan dan pemimpin baru dinaikkan sehinggalah bertemu pemimpin yang sesuai. Yang mungkin tidak mereka sedari adalah kerugian jangka panjang akibat krisis politik yang tidak sudah-sudah. Tanpa kestabilan politik tidak mungkin dapat dirancang pembangunan ekonomi dan diselenggarakan pendidikan. Bahkan nyawa, harta benda dan kedaulatan negara pun mungkin terancam. Pendek kata maslahah umat menjadi pertaruhan pihak-pihak yang berkepentingan.

Di Mesir perubahan pucuk pimpinan negara diusahakan melalui peti undi manakala di Syria jalannya adalah melalui muncung senjata. Walau apa pun alasan yang diberikan, ternyata kepada yang melihat dan berfikir bahawa di kedua-dua negara berkenaan, perubahan yang berlaku adalah perubahan ke arah yang membinasakan (fasad), bukan ke arah kebaikan seperti yang dikehendaki dari islah.

Seperti biasa, apabila demokrasi tidak menjadi, manakala revolusi membawa kepada pertumpahan darah yang tak sudah, yang disalahkan adalah 'musuh Islam', yang tidak mahu melihat Islam ditegakkan! Itulah retorik yang dimainkan di seluruh dunia Islam bagi meraih simpati terhadap apa yang kononnya adalah perjuangan Islam.

Sampai bilakah kita akan terus memperbodohkan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain? Sejahat-jahat musuh, menurut sebuah hadis, adalah hawa nafsu yang berada dalam diri seseorang itu. Hawa nafsu inilah yang menjadi punca segala kejahatan, maksiat dan kerosakan. Melalui hawa nafsu inilah iblis memperdaya manusia dengan berbagai-bagai cara yang pada zahirnya kelihatan baik tetapi hakikatnya keji dan menjijikkan

Mohamad ;- Ada Yang Tak Kene Dengan Bola Sepak Negara!!

Mohamad Hasan                                                              
"ADA sesuatu yang tidak kena dalam industri bola sepak," demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung prestasi buruk skuad Hoben Jang Hoben tahun ini.
  
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keadaan itu bukan hanya berlaku dalam pasukan bola sepak negeri ini tetapi juga disedari melanda industri sukan itu di seluruh negara.
  
Ditanya sama ada terdapat unsur-unsur pengamalan rasuah dalam sukan bola sepak di negeri ini, beliau menjawab, "Bukan unsur-unsur, memang ada," katanya dalam sidang media selepas menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, di sini hari ini.
  
Mohamad berkata, ia dapat dilihat menerusi aksi beberapa pemain Negeri Sembilan yang mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super musim ini sehingga menyebabkan pasukan itu menduduki tangga tercorot liga dan jatuh ke Liga Perdana Malaysia untuk saingan musim depan.
  
"Kalau main betul-betul memang boleh menang. Kalau kita lihat baru-baru ini kita kalah 5-3 kepada Pahang dalam saingan Piala Malaysia. Mana boleh perkara itu berlaku jika tidak ada sesuatu yang tidak kena.

"Semalam kita letak pemain pertahanan berusia 19 tahun menentang Kelantan. Kelantan bukan pasukan biasa, tapi kita lakukan dengan baik apabila seri 1-1. Sebab itu, saya cakap ada sesuatu yangtidak kena dalam industri bola sepak," katanya.
  
Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara itu dan menyerahkan kepada badan itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemain yang didapati bersalah.
  
"Saya sudah cakap banyak kali jangan kecewakan kawan, jangan khianati pasukan, jangan khianati peminat, jangan khianati negeri, tapi nampaknya nasihat saya tiada siapa yang menilai.
  
"Jadi kalau tindakan diambil nanti jangan salahkan saya, jangan salahkan persatuan," katanya yang enggan menamakan atau merujuk kepada posisi mana-mana pemain yang dimaksudkannya.
  
Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia bagi musim 2011 menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Super musim ini selepas mencatat hanya satu kemenangan daripada 22 perlawanan.
  
Bagi saingan Piala Malaysia musim ini pula Negeri Sembilan berada di tangga ketiga dalam kumpulan C selepas meraih satu kemenangan, satu seri dan satu kalah dalam saingan yang masih berlangsung. - Bernama

Tuesday 27 August 2013

10 KPI Khaled Nordin Selaku MB Johor

Khaled Nordin                                                                                                                 
 
SETIAP Exco telah ditetapkan 10 sasaran untuk diberi tumpuan dan penekanan sebagai indeks pencapaian utama (KPI) masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia membabitkan 10 KPI yang perlu dikemukakan setiap Exco mengikut portfolio mereka.

“Setiap Exco sudah mengemukakan sasaran tersebut dan akan dilihat serta dinilai oleh kerajaan negeri.

"Sasaran yang nak dilakukan oleh setiap Exco menjadi tumpuan kerajaan negeri.

“Sampai masanya saya akan beritahu dan umumkan pencapaian ini kepada umum,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, dalam tempoh 100 hari ini semua Exco dapat melihat banyak perkara dan memahami perjalanan ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut mendapat input daripada kajian yang dibuat daripada orang ramai.

“Insya-ALLAH kita telah dapat merangka perkara-perkara yang kita rasakan begitu kuat dalam tempoh 100 hari pelantikan ini, katanya.

Beliau berjanji setiap pencapaian bagi membawa lebih banyak kemajuan kepada negeri ini dan dapat menjana pembangunan negeri yang lebih makmur dan menyeluruh.

Rahim Noor - Gani Patail Tidak Bijak

Rahim Noor
 

                                                              
KUALA LUMPUR - Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih' dengannya adalah terlalu sinikal.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang turut menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai tidak bijak.

“Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi ‘ketagih’.

“Beliau (Abdul Gani) mesti tahu setiap undang-undang itu mesti mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, sekiranya benar dakwaan tersebut, Gani perlu melihat bagaimana keberkesanan EO untuk berdepan dengan penjenayah berat.

“Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini.

“EO tidak membantu polis adalah tidak benar, tanya sahaja kepada pesara polis, mereka akan mengakuinya,” ujarnya yang memegang jawatan nombor satu polis itu pada Januari 1994 hingga 1999.

Kata Rahim lagi, Abdul Gani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu dan beliau perlu kemukakan bukti sekiranya ia benar.

“Kecuali beliau memang ada buat kajian mendalam dari segi aspek ‘ketagihan’ dan mesti ada bukti yang sahih.

“Kalau tidak boleh memberi asas yang kukuh, saya anggapnya  sebagai sinikal dan bersifat sarkastik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Gani dalam laporan sebuah portal berita berkata, secara umum tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka ketagih dengannya.

Akaun FB Seks Gadis Melayu

Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.
Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut.
Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual.
 

Cendikiawan Melayu Mula Bersuara


Semalam telah dianjurkan kongres pendidikan kebangsaan anjuran majlis perundingan melayu. KLIK SINI
ANTARA INTIPATI YANG CUKUP BAIK DAN WAJIB DIGASAK SAMPAI MENANG..
1) Menghapuskan sistem sekolah vernakular. dijadikan contoh singapura, indonesia dan thailand tiada sekolah vernakular.
2) Kerajaan didesak TIDAK MELULUSKAN SEKOLAH MENENGAH CINABENG .
3) Berhenti melayan dari segi aspek karenah dong zhong.
3 Perkara ini adalah penting. lagi penting bila para cendikiawan melayu yang bersuara.
Apa yang menarik bila segala mala bijak pandai bangsa Melayu yang terdiri daripada Prof, Ir, bekas Panglima, bekas CEO GLC dan yang lain-lain bersatu dan bersuara membentangkan isu.
Isu pulak adalah dalam kategori hot.
SEPATUTNYA KESINAMBUNGAN KONGRES INI PERLU DIWUJUDKAN PERSATUAN PENDIDIK MELAYU YANG LEBIH EKSTREM .
Takpe, itu boleh diusahakan.
Kepada majlis perundingan melayu ini, mohon jangan mati sekerat jalan.
Merangka strategi ke arah memenangkan bangsa melayu perlu dilakukan.
sabar dan tenang adalah perlu.
Kita bercakap mengenai keperluan anak-anak melayu di sekolah luar bandar dan bandar mendapat kualiti pendidikan yang sama rata, sama untung.
aku begitu teruja kalau majlis cendikiawan ini mendesak pelbagai lagi tuntutan yang menguntungkan anak bangsa kita.
Fokus fokus fokus.
Masanya dah tiba untuk kita bangsa melayu ada banyak lagi kumpulan penggiat dan pendesak dasar yang menguntungkan Melayu.
Kumpulan pendidikan Melayu dah ada.
Dah tiba masanya pula persatuan peguam Muslim kembali dan diperkuatkan lagi fungsinya dalam membela Islam dan Melayu !
 
Tq GAP

Sohaimi Bertanding MT

Sohaimi Shahadan
Sohaimi Shahadan
 
KUALA LUMPUR - Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan hari ini membayangkan kemungkinan akan bertanding jawatan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.
 
Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai pendiriannya hanya akan diputuskan minggu hadapan, selepas memikirkan semasak-masaknya dan mengkaji sokongan daripada akar umbi.
 
"Buat masa ini saya tidak boleh menyatakan sama ada saya bertanding di peringkat Pemuda atau MT. Nanti saya akan umumkan apabila tiba masanya iaitu selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno pada awal September ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan makmal prabelanjawan 2014 anjuran Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda Umno di sini, hari ini.
 
Mengulas mengenai beberapa pemimpin termasuk pemimpin baharu yang masing-masing mengesahkan akan bertanding dan mempertahankan jawatan baik di peringkat Pemuda mahu pun MT, Sohaimi berkata ia menunjukkan bahawa Umno sebuah parti  demokratik.
 
"Dengan adanya gabungan pemimpin lama dan baharu, ia adalah petanda bahawa Umno kini dalam usaha meremajakan parti. Ini akan digabungkan dengan semua kekuatan yang ada untuk membolehkan Umno mendapat pandangan baru, terus relevan dan mantap di persada politik tanah air," katanya.
 
Pada pemilihan Umno dijadual 19 Oktober, seramai 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian. - Bernama

Petanda Kekalahan BN Pada PRU 14!!

sekadar hiasan

Dewasa ini kita acak kali disendasikan dengan isu-isu membabitkan parti BN. Sejak dari saat pertama diumumkan berjaya memenangi PRU 13, BN telah mula dilihat lena diulit kemenangan. Mula timbul pelbagai ucapan angkuh mula keluar dari mulut-mulut longkang pemimpin BN yang tak sedar diri.

Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, PRU 13 makin berlalu. BN telah mula selesa dan tak sedar diri, lupa dengan apa yang diucapkan semasa PRU lalu. Pembangkang pula dilihat telah mengorak langkah pertama sejak minit pertama diumumkan kalah kepada BN pada PRU lalu. Target PR kalau tak dapat PRU 13, tunggulah PRU 14..

Kini setelah hampir 3 bulan PRU 13 meninggalkan kita, BN dilihat semakin lemah. Semacam hilang punca, dan dilanda pelbagai masalah luar dan dalam BN itu sendiri. Adakah ini mungkin sebagai petanda BN akan bungkus pada PRU 14??

Kalau kita lihat kini sejak tamat PRU 13, orang-orang UMNO telah mula bercakap mengenai pemilihan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO telah mula mencongak dan bercita-cita besar menjelang Pergung. Mereka menawarkan diri untuk jawatan itu ini, si polan itu layak bertanding, si polan ini tak patut bertanding.. Macam-macam hal.

Pemimpin UMNO yang menang PRU 13 lepas terlupa, menggunung janji mereka tabur untuk memenangi pengundi.. Dah menang mereka lupa diri. Kini tiba masa mereka mengejar dunia politik mereka.. Rakyat yang hausss ditinggalkan. Adakah ini mungkin petanda BN kalah PRU 14??

Soal jenayah kini semakin membimbangkan.. Tembak, bom, tetak, bunuh, dadah semakin menjadi-jadi. Apakah ini manifesto PRU 13 lalu?? PM Najib dilihat seakan terjerat apabila bertindak memansuhkan undang-undang pencegahan. Mungkin penasihat PM tidur kot masa tu.. Sekarang apa dah jadi?? Jenayah meningkat menunjukkan kegagalan BN dalam menangani kadar jenayah.

Kalangan ahli kabint pulak dilihat saling bercakarang satu sama lain. Menteri itu kata menteri ini patut berhenti, ada menteri sokong, ada bantah, ada suruh benhenti pulak tu... Ada menteri pulak yang buat jawatan-jawatan tertentu macam mak bapak dia yang punya. Lantik kaum piak sendiri pegang jawatan itu ini.

Itu belum cerita PM faraidkan jawatan-jawatan GLC pada yang kecundang dan tak dapat tempat lepas PRU 13. Ghani Othman - Sime Darby, Ali Rustam - PUNB, Ngen Yen Yen - Penasihat Pelancongan, Rais Yatim - Penasihat Kebudayaan, Azeez Putra - Tabung Haji, Dato Latif - SPNB dan macam-macam jawatan lagi

MIC pulak dengan krisis kepimpinan. G.Palaneval dilihat buat macam-macam nak kekalkan kuasa.. Mungkin kah Subramaniam langgar Palaneval?? Kaum India dalam BN ada macam-macam parti. Tak tau mana satu betul. Apa nak jadi dengan BN.. Lepas tu angkat pemimpin Hindraf jadi Senator lantik jadi Timb Menteri. Lagilah MIC panas..

MCA pulak cerita lintang pukang. Presiden kata tak nak amik apa-apa jawatan. Tapi dia sendiri pegang jawatan Chairman Penang Port. Apa macam?? Lepas tu dulu kata tak bertanding, ni nak bertanding pulak dah. MCA menghadapi krisis kepercayaan kaum Cina.

Gerakan tersu sejukk... Sejak Kho Tsu Kun ambil alih Gerakan.. Gerakan ibarat hidup segan mati tak mau..

Lepas 120 hari PRU 13 meninggalkan kita, BN dilihat beralih ke era sebuah KERAJAAN YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA!! Isu TPPA, isu kos sara hidup yang semakin melambung naik, isu itu, isu ini.. Adakah ini petanda BN kalah PRU 14??

BN mula alpa, lena dan malas untuk bekerja.. Pembangkang mula mencacak jauh kehadapan.. Sedangkan BN sedang saling bercakaran.. Dengan isu dalaman yang tak sudah-sudah. Apa nak jadi dengan BN.

Bankitlah BN... Kalau PM dan BN leka dan lalai rakyat bakal menghukum mu pada PRU 14.
Ingatlah BN sentiasa lupakan PR, tapi PR tak mungkin lupakan BN....

Amaran Untuk Calon MT ;- Kalau Dah Kalah Tu Sedarlah Diri Sikit

Pemimpin Umno yang memegang jawatan menteri dalam kabinet disaran tidak bertanding pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan bidang kuasa.

Naib Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Tengku Putra Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata, sudah tiba masanya Umno memberi peluang kepada pemimpin baru dan individu yang berjaya mempertahankan parti itu di kerusi masing-masing.

Adun Kempas itu juga berpendapat menteri tidak perlu bertanding kerana dikhuatiri mereka musykil suara mereka sebagai ahli MT atau pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Jadi, macam mana nak perjuangkan hak Melayu dan Islam, biarlah seseorang yang hanya duduk di MT sahaja.

"Inilah masanya untuk beri peluang kepada orang muda dan orang yang menang.  Saya sarankan agar yang kalah tepuk dada masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong pemilihan calon berdasarkan merit dan tidak memandang kepada aspek kenegerian agar pemimpin yang dipilih benar-benar berwibawa untuk mendokong dasar perjuangan parti.

"Saya tidak gemar dengan cara kenegerian kerana kalau berdasarkan negeri saya bimbang ada pemimpin yang sudah diketahui gagal jalankan tanggungjawab.

"Malulah Umno kalau masih pilih pemimpin begitu, kita kena tunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya.

Selain itu katanya, beliau  turut menyokong dasar pemilihan baru yang dibuka kepada 150,000 ahli berbanding 2,600  sebelum ini.

Menurutnya, keterbukaan Umno pada pemilihan  kali ini menunjukkan parti ini  lebih demokratik.

"Ahli kita juga sudah matang untuk memilih siapa  pemimpin yang patut mereka  pilih," katanya.

Zahid Hamidi Bakal Kalah Pergung UMNO??

 
JAWATAN Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Ahmad Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Ahmad Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.
 
Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah Ordinan Darurat, cabarannya kepada Waythamoorthy dan sehinggalah kepada tindakannya mahu mendedahkan senarai nama-nama kongsi gelap, semuanya mengundang sorotan publisiti di pelbagai media massa.
 
Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.
 
Pendeknya, apa sahaja yang keluar dari mulut Ahmad Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.
 
Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Ahmad Zahid paling popular. 
 
Di mata perwakilan Umno pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.
 
Secara kasarnya, dalam pemilihan Umno 19 Oktober ini Ahmad Zahid ternampak tiada masalah untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden nombor satu yang diraihnya dalam pemilihan 2009 lalu.
 
Sehingga ini, selain Ahmad Zahid yang sudah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya, dua lagi Naib Presiden Umno iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.
 
Pemimpin lain yang sudah mengumumkan akan menyertai persaingan ialah Isa Samad, Pengerusi Felda manakala Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dijangka akan turut menyertai perebutan kerusi Naib Presiden dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
 
Ini menjadikan sekurang-kurangnya tujuh orang akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno kali ini.
 
Walaupun Ahmad Zahid terlihat paling popular berbanding lain-lain pesaingnya manakala wajah serta berita mengenainya juga muncul hampir setiap hari di akhbar dan tv, peluang beliau tidaklah semudah yang dijangka, apatah lagi untuk mendapatkan kemenangan bergaya dengan memperolehi undi tertinggi.
 
Sosek-sosek dalam UMNO mulai kedengaran bahawa Zahid seolah-olah sengaja menonjol-nonjolkan diri untuk kepentingan pemilihan Umno. Beliau dilihat sengaja bersuara mengenai Akta Hasutan dan Ordinan Darurat sekarang sedangkan ketika Najib mengusulkan mahu memansuhkannya dulu, tidak pula suaranya kedengaran.
 
Bahkan ketika Najib mengatakan bahawa cadangan memansuhkan kedua-dua akta itu mendapat persetujuan Kabinet, pendirian Ahmad Zahid yang sebenarnya turut menjadi tanda-tanya.
 
Apatah lagi dengan adanya seruan pelbagai pihak, termasuk Mahathir agar pemimpin muda diberi peluang dalam pemilihan Umno kali ini bagi menghadapi PRU14, sentimen ini seolah-olah kekangan buat Ahmad Zahid. 
 
Saranan agar lebih ramai pemimpin muda atau pelapis ditonjolkan nyata memberi kelebihan kepada Hishammuddin dan Mukhriz untuk mengungguli jawatan tersebut manakala Ahmad Zahid dianggap bukan lagi sebagai pelapis untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan beliau lebih berusia daripada Najib dan hanya muda sedikit daripada Muhyiddin.
 
Hishammuddin walaupun dianggap lemah tetapi beliau ada pengaruhnya yang tersendiri dalam Umno, selain kedudukannya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri serta usianya yang lebih muda turut memberi kelebihan buatnya. 
 
Mukhriz juga sedang meniti pupolariti berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah dan pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kukuh pastinya memberi kelebihan jika beliau bertanding kerusi nombor tiga dalam Umno itu.
 
Malah ada yang beranggapan apabila Mahathir memperkatakan perlunya Umno memberi ruang yang lebih luas kepada golongan muda menonjolkan diri, maksud tersiratnya ialah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz di kedudukan yang lebih kukuh dalam Umno.
 
Penyertaan Ali Rustam dan Isa Samad turut menjejaskan peluang Ahmad Zahid. Walaupun kedua-dua pemimpin ini juga sudah berusia tetapi penyertaan mereka boleh menjadi "kacau daun" dan membuatkan ada yang mengundi kedua-dua calon ini kerana simpati.
 
Ali Rustam pernah dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009 atas dakwaan salah laku ketika berkempen, meskipun peluangnya untuk menang ketika itu amat cerah. 
 
Dalam pemilihan kali ini setelah kalah di Bukit Katil dan mungkin dilantik Senator serta diberikan jawatan di peringkat Pusat, bertanding jawatan Naib Presiden Umno akan memberi kelebihan kepada Ali Rustam kerana gabungan undi simpati dan penyokong setia yang sedia wujud akan lebih berpihak kepadanya.
 
Kelebihan Ali juga kerana sikap ramah mesra, suka membantu dan jarang menghampakan jemputan yang diterimanya walaupun yang menjemputnya hanya sekadar ahli Umno biasa saja.
 
Jika dulu ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang menobatkan Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno, penyertaannya dalam perebutan kerusi Naib Presiden kali ini akan membuatkan hasrat yang tidak kesampaian dulu bertukar menjadi undi yang melimpah-ruah.
 
Dalam musim rumah terbuka yang sedang berjalan sekarang, Ali Rustam nyata sedang menggunakan kesempatan yang ada untuk hadir sebanyak mungkin jemputan yang diterimanya di seluruh pelusuk negara. Dengan tidak terikat sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai luang masa yang banyak untuk memenuhi semua jemputan dan menemui perwakilan Umno.
 
Isa Samad juga boleh menggugat peluang Ahmad Zahid. Kedudukannya sebagai Pengerusi Felda yang mana Felda mempunyai penempatan di lebih 50 bahagian Umno di seluruh negara, walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat sukar menang tetapi "kacau daunnya" akan menyusahkan calon-calon lain.
 
Penyertaan Musa Aman pula dilihat hanya akan menjejaskan peluang Shafie Apdal kerana sehingga ini majoriti pemimpin Umno Sabah menyokongnya dan ini secara langsung akan menipiskan lagi peluang Shafie Apdal mengekalkan jawatannya.
 
Dengan sentimen Umno yang mahu mewujudkan pelapis dan memberi peluang kepada orang muda dalam pemilihan tahun ini, Hishammuddin dan Mukhriz dijangka paling selamat untuk memenangi dua jawatan Naib Presiden Umno kali ini manakala Ahmad Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal.
 
Jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Ahmad Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan Umno, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain.
 
Dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Shahbudin Husin - (Pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju serta AJK Pemuda Umno Negeri WP. Telah menghasilkan tiga buah buku poliitik iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan terbaru Asalkan Bukan Najib).

Sunday 25 August 2013

Lepas Pistol, Kini Penjenayah Beralih Guna Bom Pula

Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.

"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan. Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.

"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.

Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.

Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.

Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. - Bernama

Pakat Lantik Anak Menantu, Semangat Baru 1 UMNO

Selepas Nazri Aziz didedahkan meletakkan anaknya sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, rupa-rupanya terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pemimpin yang turut berbuat demikian.

Mereka ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kasim yang melantik anaknya, Nur Shafizah sebagai setiausaha sulit dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abd Rahman yang melantik menantunya, Firdaus Mufazal Faiz juga sebagai setiausaha sulitnya.

Tindakan Nazri itu telah mecetuskan kontroversi kerana beliau didakwa mengamalkan nepotisme. Walapun Nazri pada awalnya cuba bertahan dengan tindakannya itu atas alasan gaji anaknya, Nedim tidak dibayar oleh kerajaan tetapi melalui poketnya sendiri, beliau akhirnya akur dengan kesilapan yang telah dilakukannya itu, apatah lagi setelah Najib turut menegur dan menganggap tindakan itu sebagai suatu kesalahan.

Mengenai perlantikan anak Nazri itu, Najib berkata, "secara prinsipnya anak dan ahli keluarga tidak boleh bekerja kementerian tetapi dibolehkan di kawasan Parlimen yang diwakilinya".

Penjelasan Perdana Menteri ini cukup terang untuk difahami, bukan saja oleh Nazri tetapi juga oleh sesiapa saja yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan, termasuk Shahidan dan Tajuddin.

Nazri Aziz yang telah ditegur oleh Perdana Menteri bahawa tindakan melantik anaknya itu sebagai melanggar peraturan dan bertentangan dengan pekeliling Perkhidmatan Awam, kemudiannya telah menukar status jawatan anaknya daripada pegawai khas kementerian kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).

Namun pendedahan Malaysian Insider bahawa Shahidan dan Tajuddin juga melantik anak dan menantu bekerja di kementerian masing-masing, bahkan jelas dalam jawatan yang dibayar gajinya oleh kerajaan, bukan saja mengejutkan bahkan menimbulkan persoalan tentang keghairahan pemimpin kerajaan terhadap amalan nepotisme yang menjadi kebencian rakyat di seluruh dunia.

Di kala rakyat di kebanyakan negara mengecam amalan nepotisme ini, bahkan ada yang menyebabkan seseorang pemimpin atau kerajaan tumbang kerananya, semuanya itu seolah-olah tidak memberi kesan langsung kepada pemimpin negara ini.

Baik yang sudah lama menjadi pemimpin, mahupun yang baru merasa nikmat bergelar timbalan menteri, keinginan terhadap amalan yang dibenci itu seperti tidak pernah ada surutnya.

Yang terdedah mengamalkan perkara itu setakat ini mungkin hanya Nazri, Shahidan dan Tajuddin tetapi tidak mustahil ia sebenarnya turut meluas di kalangan ramai pemimpin kerajaan yang lain. Ia cuma belum terdedah saja lagi.

Sementara Shahidan ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas panjang dan cuba mengelak daripada terus menjelaskannya, Tajuddin pula menyifatkan pendedahan mengenai menantunya itu sebagai agenda politik murahan.

Dalam laporan yang lain pula, Tajuddin jelas menunjukkan kemarahannya mengenai pendedahan itu sambil mengaitkan dengan pengorbanannya selama hampir 40 tahun dalam parti, termasuk pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA sebelum ini.

Soalnya, apakah kerana sudah berkorban selama 40 tahun dan pernah ditahan ISA, ia merupakan tiket yang menghalalkan nepotisme?

Daripada cara kedua-dua menteri dan timbalan ini menjawab, mereka sebenarnya tahu kesalahan melantik anak dan menantu di kementerian masing-masing tetapi masih mahu menegakkan benang basah atas perlakuan itu.

Walaupun anak Shahidan dan menantu Tajuddin ini belum pernah terkait sebarang kontroversi sepertimana anak Nazri Aziz tetapi tidak bermakna peraturan dan pekeliling Perkhidmatan Awam boleh dilanggar sesuka hati.

Isunya bukanlah sama ada anak, menantu atau ahli keluarga itu terlibat kontroversi atau tidak tetapi selagi ia merupakan ahli keluarga, peraturan itu seharusnya dipatuhi tanpa banyak soal.

Dalam hal ini, Shahidan dan Tajuddin tidak seharusnya terus berdalih atau cuba mempertahankan kesalahan melantik anak dan menantunya itu. Sebaiknya akur dan patuh saja dengan nasihat dan arahan Perdana Menteri yang menjelaskan bahawa ahli keluarga mana-mana menteri tidak boleh bekerja di kementerian.

Berhentilah daripada terus menyusahkan Perdana Menteri, Umno dan kerajaan. Tidak guna mereka mempertahankan tindakan itu kerana dibimbangi lagi banyak yang cuba dipertahankan, lagi banyak pendedahan mengenai salah laku anak dan menantunya itu.

Sekarang ini pun sudah ada blog-blog yang mula menyeret Tajuddin dengan isu-isu nepotisme yang lain terutama di Bahagian Pasir Salak serta gambar-gambar menantunya dalam pelbagai aksi.

Tidak mustahil jika Shahidan dan Tajuddin cuba mempertahankan lagi anak dan menantu mereka, lagi banyak pendedahan dan gambar-gambar yang akan terdedah kemudiannya. Akhirnya mereka juga yang malu.

Jadi, sebaiknya akur sajalah dengan nasihat serta arahan Perdana Menteri dan mengalahlah sepertimana yang telah dilakukan oleh Nazri Aziz.
 http://celahgelegar.blogspot.com/2013/08/shahidan-tajuddin-lantik-anak-menantu.html