Wednesday 28 August 2013

JPJ Cuci Tangan!! AES Kini Bawah Trafik Bukit Aman


 
Sistem AES telah diserahkan sepenuhnya kepada Cawangan Trafik Bukit Aman berkuatkuasa serta-merta di bawah arahan kabinet. Penyerahan tersebut termasuklah alat Mobile Radar yang sedia ada sekarang. Dengan kata lain, dua syarikat yang mengendalikan dan mendapat keuntungan besar daripada AES, beralih MAJIKAN daripada JPJ kepada PDRM Cawangan Trafik pula. 
 
AES ditentang oleh sebahagian besar rakyat Malaysia bukan kerana saman atau penguatkuasaannya tetapi kerana ia adalah penyerahan tanggungjawab kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan rapat dengan Omar Ong, seorang penyangak besar yang duduk di kerusi empuk dan menjadi lintah darat dengan idea-idea bodohnya yang menyusahkan rakyat!
 
Walaupun penyerahan tugas tersebut dibuat, namun penjelasan tentang hubungkait dua syarikat dengan AES, masih tidak dijelaskan oleh Kerajaan Malaysia. 
 
Apakah ini idea Omar Ong untuk mengalihkan perhatian, ditambah pula sekarang ini, kebencian terhadap PDRM begitu memuncak? 
 
Berapa peratus pula kedua-dua syarikat berkenaan akan menagih komisyen daripada PDRM selepas mereka berjaya memperolehi jutaan ringgit dari JPJ?
 
Timbul persoalan utama, semenjak bila pula Cawangan Trafik mengambilalih tugas sebenar Jabatan Pengangkutan Jalan?
 
Arahan kabinet yang berkuatkuasa serta-merta itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan serta persepsi negatif terhadap kerajaan. Seharusnya penasihat-penasihat bernafas busuk seperti Omar Ong dan Idris Jala, segera disingkirkan bagi memulihkan kembali keadaan di negara ini. Semakin banyak nasihat yang mereka berikan, semakin banyak idea yang mereka keluarka, bukan menambahbaik sebaliknya memburukkan lagi keadaan!
 
Contoh terbaiknya ialah PETRONAS... wujudnya manusia seperti Omar Ong di PETRONAS, menjadikan PETRONAS tidak ubah seperti harta pusaka peninggalan tok nenek untuk dibidak-bidakkan sesama sendiri!

No comments:

Post a Comment